Skip to main content

Pengerusi MARA - Saya DiRehatkan ... Bukan Digantung ... TS Annuar Musa


Tan Sri Annuar Musa masih lagi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), ujar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya, beliau ketika ini masih bercuti daripada menjalankan tugas berkenaan.

"Beliau masih lagi Pengerusi (Mara) dan masih lagi mendapat gaji, elaun dan sebagainya. Semuanya berjalan seperti biasa. Beliau hanya bercuti bergaji," katanya dalam sidang media selepas Bicara Komuniti TN 50 di sini hari ini.

Beliau berkata, sebarang tindakan sama ada untuk melantik Pengerusi MARA yang baharu atau mengekalkan jawatan disandang Annuar berkenaan juga diserahkan kepada jawatankuasa audit yang terlibat.

"Jawatankuasa audit sedang menyiasat. Kita tunggulah," katanya lagi.

"Surat secara rasmi saya terima, saya direhatkan dari tugas rasmi bagi membolehkan audit dalaman MARA melakukan penyiasatan atas isu bola sepak penajaan Kelantan oleh UniKL dan PMB.

"Jadi, sejauh mana penyiasatan itu saya tidak boleh jawab sebab setakat ini saya tidak pernah dipanggil, saya tidak tahu sama ada dah siap, mungkin MARA siasat tanpa saya, tapi setakat ini saya tidak pernah dipanggil oleh sesiapa," kataya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada penarikan diri merebut jawatan Presiden FAM pada hari ini berkaitan dengan keputusan MARA yang merehatkannya tahun lalu, Annuar menafikan perkara itu.

"Untuk orang buat dakwaan itu adalah bebas. Saya orang politik, ketua penerangan pula tu. Orang di luar sana bebas nak buat telahan, nak mengata saya, saya dah biasa benda-benda macam itu.

"Saya dah biasa, Terpulang pada penilaian masing-masing," ujarnya lagi.

https://youtu.be/rnBH9KVwmIw

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun