Skip to main content

SALAM PERJUANGAN BUAT PETUGAS DAN PENGUNDI DUN N49 SUNGAI KANDIS



Terima kasih atas komen dan pandangan sahabat2 semua.

Saya terlibat dlm PRU N49 DUN sg kandis bermula dari pengumuman calon sehingga D-day hari ini. Izinkan saya memberi sedikit pandangan.

Sesiapa yg berada di sg kandis bermula dari awal pasti tahu bagaimana keadaan di sana..
Bagai mana moral para jentera,
bagaimana situasi PDM dan bahagian,
bagaimana keadaan pengundi.

UMNO bertanding dlm keadaan tiada bajet. Akaun UMNO pusat dan UMNO selangor dibekukan. Aset disita. Dan moral jentera sangat rendah dan masih lg belum move on akibat kekalahan dlm PRU14.
Kebanyakan cawangan dalam DUN sg kandis tiada sayap pemuda dan puteri. Maknanya separuh drpd jentera dan lumpuh. Itu menjawab soalan kenapa Lokman Adam dipilih. Dia ada team dan jentera di kalangan sahabat2 dia.

Ramai tak suka Lokman Noor Adam sbb dia vokal terutamanya sebelum ni kuat mempertahankan najib. Sebenarnya itu pun fungsi dia kalau dia menang. Pembangkang di selangor ada 4 orang jer. Menang kalah di sg kandis takkan merubah kerajaan negeri. Tapi kalau menang, dia akan berbahas sebagai pembangkang dgn lantang dlm Dewan Undangan negeri selangor memperjuangkan kepentingan rakyat selangor.

UMNO dah tahu umno akan kalah di sg kandis. Tapi UMNO dapat membina semula sedikit demi sedikit semangat juang yg sebelum ni kian pudar. Walaupun dgn bajet yg terhad,  jentera umno tetap dapat digerakkan bekerja dgn lebih ikhlas dlm PRK sg kandis.

Sebenarnya banyak pencapaian positif yang dicapai dlm PRK sg kandis untuk sebuah parti yang dilabel sebagai sudah tidak relevan lagi.

Kalah sudah dijangka.. tapi LAWAN TETAP LAWAN!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All...

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...