Skip to main content

MELAYU MALAYSIA JANGANLAH DILAYAN SEBAGAI KELAS 2

Pada Julai 2018, Kulasegaran memohon maaf kerana menyatakan orang Melayu adalah pendatang manakala orang India adalah penduduk asal Tanah Melayu.

Maaf Kulasegaran diterima. Tiada tindakan lanjut. Masih menjadi menteri.

Pada Ogos 2019, ahli perniagaan; Lee Kim Yew memohon maaf kerana memuatnaik gambar Jalur Gemilang dengan mengubah jalur putih kepada hitam.

Maaf Lee Kim Yew diterima. Tiada tindakan lanjut. Masih bebas berniaga.

Pada Ogos 2019, ahli perniagaan; Koon Yew Yin memohon maaf kerana menyatakan bahawa anggota tentera hanya makan dan tidur sahaja dan sepatutnya tentera digunakan untuk menggantikan pekerja asing yang bekerja di ladang FELDA.

Maaf Koon Yew Yin diterima. Tiada tindakan lanjut. Masih bebas berniaga.

Pada Ogos 2019, Dr Zakir Naik memohon maaf kerana tidak berniat menyinggung mana-mana pihak dalam syarahan beliau. Beliau hanya menyampaikan syarahan berkaitan perbandingan agama sesuai dengan bidang kepakaran beliau.

Maaf Dr Zakir Naik tidak diterima. Kes belum selesai. Kertas siasatan dibuka. Program dan aktiviti beliau disekat. Beliau terus dikecam dan diancam.

Saya kira kita sudah cukup matang untuk menilai isu-isu ini. Isu yang dibangkitkan dan kenyataan yang dibuat oleh Kulasegaran, Lee Kim Yew dan Koon Yew Yin boleh memberi impak negatif kepada perpaduan nasional. Malah sebagai warganegara Malaysia serta individu berpengaruh, tidak seharusnya kenyataan serta perlakuan dangkal sebegitu ditonjolkan. Tetapi perkataan maaf mereka diterima dengan mudah.

Bagaimana pula dengan Dr Zakir Naik? Di mana keadilan untuk Dr Zakir Naik? Apakah formula keadilan yang diguna pakai oleh pemerintah masa kini?

Adakah hanya menteri dan orang berharta jutaan sahaja yang bebas menyatakan pendapat mereka? Adakah permohonan maaf menteri dan orang berharta jutaan sahaja yang laku di bumi Malaysia kini?

Di mana suara menteri agama dalam kes berkaitan Dr Zakir Naik? Tidak terdetikkah di hati beliau untuk menulis surat terbuka buat menenang suasana sesuai dengan peranan beliau sebagai menteri agama? Tidak terdetikkah di hati beliau untuk membantu Dr Zakir Naik yang jelas memperjuangkan agama Allah?

Di mana pula suara pemimpin-pemimpin, pejuang-pejuang parti, aktivis-aktivis masyarakat dan badan-badan agama dalam isu berkaitan Dr Zakir Naik?

Adakah kita sanggup membiarkan Dr Zakir Naik berjuang seorang diri sedangkan beliau sebenarnya sedang berusaha membersihkan imej Islam yang selalu disalaherti?

Di saat Dr Zakir Naik berjuang memberi kefahaman dan menyampaikan ilmu, beliau disekat dan diganggu gugat.

Benar, kita tidak punya kuasa dan harta billion dan juta, tetapi kita berjuang sesuai dengan kapasiti kita. Bantulah agama Allah dengan apa-apa cara sekalipun.

Ayuh, tunjukkan sokongan kita kepada pejuang agama Allah!

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu.” -Surah Muhammad: ayat 7.



#Stand4ZakirNaik
#SolidaritiZakirNaik
#StandForDrZakirNaik
#StandWithDrZakirNaik
#DrZakirNaik
#ZakirNaik

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...