Kalau mengikut berita yg digembar gemburkan, hari ini BN akan mengumumkan calon mereka utk PRK Tg Piai. Katanya ramai jugak yg mendesak supaya calon dari UMNO mewakili BN dan Muafakat Nasional kali ini walaupun secara tradisinya Parlimen berkenaan ditandingi oleh MCA. Tak pastilah pulak samada yg mendesak ni ada buat kajian secara mendalam atau tidak tetapi banyak juga sentimen2 peribadi perkauman mula ditiupkan seolah2 hanya calon Melayu yg boleh menang di situ. Rasanya lebih elok kalau kesinambungan PRU yang lalu dikekalkan tetapi dalam bentuk Muafakat Nasional yg lebih berkesan. Sekiranya calon MCA di pilih, ianya menjadi bukti bahawa Muafakat itu sendiri bukan semata2 muafakat Melayu sahaja. Calon terdahulu pun kalah dgn majoriti undi yg kecil dalam pertandingan 3 penjuru dan dlm keadaan haru biru politik semasa. Mana2 calon Melayu yg bertanding pun tidak akan dapat total 52% pengundi Melayu kerana persaingan parti2 berteraskan Melayu. Calon Cina mungkin sedikit m...
Photo / gambar sebagai khazanah warisan (ada kala gambar tidak mengikut keterangan semasa)Sebarang maklumat, artikel, pandangan atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini yang bukan ditulis atau disediakan olih pemilik blog ini adalah menjadi tanggung jawab atau liabiti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan pemilik blog menafikan sebarang tanggung jawab atau liabiti keatas bahan itu. daripada roslay raffie