Skip to main content

HISYAMUDDIN TUN HUSSIN CUMA MENUMPANG MARUAH UMNO


Saya bukan ahli UMNO dan saya memilih untuk menjadi non partisan kerana nawaitu saya hanya mahu keadilan ditegakkan bagi rakyat.

Sebagai individu, saya berhak bersuara tentang mana-mana juga pemimpin politik negara ini.

Saya tidak perlu menjaga hati sesiapa untuk bercakap benar.

Jauh sekali saya perlu menjaga kedudukan saya kerana saya tidak perlukan jawatan dalam politik.

Rakyat adalah kiblat saya

Saya menulis kali ini untuk orang UMNO dan aktivis Melayu di luar parti samada di bandar atau di kampung.

Bahasa saya mudah dan ringkas.

Saya berjuang menentang PH sejak sebelum PRU14 dan pada malam BN tumbang hingga kini.

Saya orang pertama bangkit menyelar Tun Mahathir pada malam 10 Mei 2018.

Saya tiada elaun Ahli Parlimen tapi saya bercakap setiap hari walau dalam apa keadaan sekalipun demi membantu Ahli-Ahli Parlimen sediada dan calon-calon BN di PRU15 nanti menang dan kembali berkuasa.

Tapi saya kecewa apabila ada Ahli-Ahli Parlimen yang mendapat elaun setiap bulan sanggup menyokong Tun Mahathir terus berkuasa sedangkan saya yang menelan maki hamun, sumpah seranah serta fitnah jijik penyokong PH di media sosial bagi pihak mereka.

Saya tadah muka untuk dimaki setiap hari sejak sebelum PRU14.

Di mana maruah H20?

Jika H20 keluar UMNO, beliau tiada nilai walau sesen pun kepada Tun Mahathir.

Beliau ada nilai hanya kerana masih berada dalam UMNO dan masih boleh "buat kerja" untuk kepentingan Tun Mahathir.

Tun Mhathir sedang kebulur sokongan UMNO untuk mengekang kemaraan Anwar Ibrahim.

Mereka lupa apa Tun Mahathir lakukan kepada UMNO hingga maruah Melayu diludah PH.

BN DAN PAS mampu menang PRU15 walau siapa pun Perdana Menteri PH.

Lantaklah Tun Mahathir nak bergusti dengan Anwar, kenapa kita nak sibuk bantu?

Politik kotor dan jijik tidak mengenal saudara atau kawan.

Mereka gunakan alasan kononnya untuk bangsa, untuk UMNO, untuk rakyat. Cliche!

Jika pandai bercakap, bercakap lah untuk membela rakyat. Jangan bela diri sendiri untuk menghalalkan pengkhianatan.

Saya tidak takut  dan tiada segan silu dengan sesiapa kerana saya seorang Muslim.

Tiada nama lain untuk seorang pengkhianat melainkan hanya pengkhianat.

Saya hurmati perbezaan pendapat tapi saya tidak akan menipu diri sendiri, H20 adalah pengkhianat.

Pendapat saya adalah pendapat peribadi, bukan pendapat mana-mana pemimpin.

Kita hurmati antara satu sama lain sebagai insan.

Anina Saadudin
Presiden
EMPIRICAL MALAYSIA


Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...