
Perhimpunan Agung UMNO tahun ni, aku banyak jumpa orang, sama ada pemimpin atau orang biasa. Bertemubual, berborak dengan diorang dan mendapatkan pandangan. Banyak yang aku dapat, tapi tak semua boleh aku kongsi. Baru padan muka korang. 😁😁😁
2
Cuma ini pemerhatian yang aku buat selepas 18 bulan UMNO hilang kuasa pentadbiran Negara mengikut termalogi aku sendiri:
18 bulan yang lalu, rakyat dah tekan butang RESET pada UMNO dan semua aplikasinya seolah-olah SHUT DOWN. Mulanya menggelabah juga sebab ada kerja yang kita lupa nak SAVE IN FOLDER. Tapi rupanya, setakat RESTART je. MEMORY masih ada, cuma sekarang ni sistem tengah UPLOAD NEW UPDATE dan sampai hari ni, sistem masih LOADING.
Dalam masa LOADING ni la kena masukkan NEW SOFTWARE yang boleh menambah baik sistem sedia ada. Mana-mana aplikasi yang dah OUT OF DATE tu boleh buang dah. Kena INSTALL apps yang UP TO DATE. Kalau tidak, sistem akan ulang perkara yang sama.
Sekarang dah ada software baru yang boleh tambah kelajuan REM. Nama aplikasi tu, MUAFAKAT NASIONAL. Satu lagi Apps, PENYATUAN UMMAH. Benda sama je, tapi perlu ada. Kalau tidak nanti sistem mudah HANG. Tapi tak boleh harapkan apps itu sahaja. Kena ada juga SOFTWARE lain kalau nak sistem berfungsi dengan lebih efektif.
Rakyat nak tengok fungsi sistem yang baru. Rakyat nak rasa lebih selesa dengan sistem yang sudah di UPDATE. Maka setiap komponen dalam sistem perlu kenal pasti apa yang perlu dilakukan.
Kadang sesetengah ITEM perlu di DEFINE semula. Kena cari ROOT asal aplikasi tu untuk dia bertambah maju. Kalau masih RIGID, masih kekal dengan yang lama, memang tak ke mana la jawabnya.
Kalau ada mana-mana FILE CORRUPTED tu, elok buang je la. Kalau nak simpan, DOWNLOAD masuk dalam PEN DRIVE. Lepas tu buat-buat lupa letak kat mana. Apps yang jarang pakai tu pun, boleh UNINSTALL terus. Ada pun buat berat MEMORY je. Banyak lagi apps lain yang boleh dipakai.
Tapi macam aku cakap awal tadi la. Sistem sekarang masih lagi tengah LOADING. Maknanya, masih ada masa lagi. Mana-mana BUG yang tak guna tu elok, baik buang dulu. Hantar ke RECYCLE BIN. Tapi tak semestinya kita tekan butang CLEAR atau EMPTY RECYCLE BIN tu. Kalau tertekan pun, masih boleh cari dalam CACHE. Bila sampai masa nanti, baru kita tekan butang ERASE ALL.
Thats All Folks.
Comments