Skip to main content

UMNO TERSINGGUNG DENGAN MUHYIDDIN, BERKERAS TETAP MAHU ZAHID HAMIDI SEBAGAI TPM

Sama ada disengajakan atau tidak,  perutusan Muhyiddin Yassin yang menyebut hanya mahu melantik mereka yang bersih, berkaliber dan berintergiti sebagai anggota jemaah menterinya telah membuatkan UMNO mula tersinggung dan berkecil hati.

UMNO melihat kenyataan Muhyiddin itu sebagai isyarat beliau hampir pasti akan mengenepikan Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang sedang berdepan perbicaraan di mahkamah dalam barisan kabinet yang bakal dilantiknya.

Hakikatnya, UMNO dengan sumbangan sebanyak 41 kerusi Parlimen untuk menyokong Muhyiddin melakukan rampasan kuasa menumbangkan PH, bukan saja mahukan Zahid Hamidi dilantik sebagai menteri, bahkan untuk menduduki kerusi TPM.

Beberapa sumber yang rapat dengan PWTC memberitahu, UMNO tidak ragu-ragu mengatakan Zahid Hamidi perlu diberikan jawatan TPM atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO.

Mereka berhujah bahawa UMNO berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah serta mahu Muhyiddin yang kini bersama dalam Perikatan Nasional turut berpegang kepada prinsip yang sama.

Jika Muhyiddin mengenepikan Zahid Hamidi, beliau dilihat bukan saja tidak berpegang kepada prinsip itu, malah menunjukkan sikap setujunya terhadap Tun Mahathir Mohamad yang sebelum ini telah mengenakan pendakwan ternadap Presiden UMNO itu.

Dalam hal ini, kata sumber itu, apakah Muhyiddin tidak meyakini kata-kata Zahid Hamidi yang bertegas  mengatakan pendakwaan terhadapnya adalah palsu, bersifat politik dan terpilih atau beliau secara diam bersetuju dengan tindakan Tun Mahathir?

Lantaran itu, meski tersinggung, UMNO dilaporkan tidak berputus asa untuk terus memberi tekanan kepada Muhyiddin agar akhirnya akur untuk memberikan jawatan nombor dua dalam kerajaan kepada Zahid Hamidi.

Bagi tujuan itu, Zahid Hamidi bersama Presiden Pas, Hadi Awang telah mengadakan pertemuan di rumah Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa malam tadi.

Pertemuan itu yang turut disertai Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, Bendahari BN, Tengku Adnan Tengku Mansor serta beberapa yang lain itu adalah dipercayai untuk membincangkan kedudukan kabinet Perikatan Nasional serta memohon sokongan Pas berhubung kewajaran Zahid Hamidi diletakkan sebagai TPM.

Berdasarkan kenyataan Hadi Awang dua hari lalu yang mengatakan PH juga pernah menggugurkan kes Lim Guan Eng selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan oleh Tun Mahathir, parti itu bukan saja setuju Zahid Hamidi dilantik sebagai TPM, malah seperti memberi bayangan perlunya Muhyiddin melalui arahan kepada Peguam Negara yang bakal dilantiknya menggantikan Tommy Thomas selepas ini agar bertindak serupa menggugurkan kes terhadap Zahid Hamidi.

Dalam kes pembentukan kabinet, selain bertegas mahu Zahid Hamidi diberi jawatan TPM, UMNO juga dilaporkan ingin suara dan cadangan mereka diambil kira dalam perlantikan menteri daripada parti itu oleh Muhyiddin.

UMNO sama sekali tidak mahu Muhyiddin bertindak seperti Tun Mahathir ketika mengetuai PH yang melantik sesuka hati menteri-menteri daripada PKR dan membelakangkan cadangan nama yang diberikan oleh parti pimpinan Anwar Ibrahim.

Jika itu berlaku, Muhyiddin bukan saja  dianggap telah melukakan hati UMNO, malah mungkin berdepan tindakbalas daripada UMNO dan Pas yang memang sebelumnya telah bergabung dalam Muafakat Nasional yang memiliki 59 kerusi Parlimen dalam Perikatan Nasional.

Bagi UMNO, wakil parti itu yang mahu dilantik sebagai menteri oleh Muhyiddin mesti datang daripada cadangan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sahaja dan bukan daripada pihak-pihak lain.

Akhrinya, apakah Muhyiddin berani mengenepikan Zahid Hamidi dan cadangan nama yang bakal dibawa oleh Presiden UMNO itu atau beliau terpaksa akur kerana kedudukannya yang masih tidak menentu?

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...