Skip to main content

BERITA MALANG BUAT MAHATHIR

BERITA MALANG BUAT MAHATHIR BILA LORETTA LYNCH, BEKAS PEGUAM NEGARA AMERIKA DISIASAT ATAS BEBERAPA SALAH LAKU TERMASUK MENGENAKAN DATO SRI NAJIB DAN BEBERAPA INDIVIDU BAGI PIHAK NGO YANG DIBIAYAI OLEH NED, OPEN SOCIETY MILIK SOROS DAN CLINTON GLOBAL FOUNDATION
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=580288832890519&id=1060007127376680&sfnsn=mo

CERITA DALAMAN DARIPADA PIHAK SPRM BERHUBU G PENYELESAIAN KES RIZA AZIZ
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/20/penyelesaian-kes-pengubahan-wang-riza-aziz-inside-story-sprm/

𝐍𝐀𝐉𝐈𝐁 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐀𝐊𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐓𝐈 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍- 𝗚𝗼𝗽𝗮𝗹 𝗥𝗮𝗷 𝗞𝘂𝗺𝗮𝗿

Pendakwan terhadap DSN dijangka akan digugurkan tidak lama lagi.

Antaranya adalah disebabkan oleh tindakan kerajaan Amerika, kekurangan bahan bukti amat ketara pihak pendakwaan yang boleh digunakan untuk mensabitkan kesalahan. Juga kerana pihak pendakwaan manjadikan hampir keseluruhan asas kes mereka berdasarkan bukti-bukti tidak diterima mahkamah, cakap dengar, sangkaan, dan dakwaan tidak berasas pengubahan wang haram, kecurian dan penyalahgunaan dana kerajaan.

Peguam Negara juga telah memulakan proses menggulung hujah pendakwaan dan saki bakinya jika ada yang akan pada akhirnya membebaskan DSN secara terhormat.

Pentadbiran Trump juga sedang meneliti tingkah laku Loretta Lynch yang sedang disiasat dengan sangat dahsyat atas aktiviti-aktiviti dan peranannya di dalam beberapa skandal sebagai Peguam Negara Amerika era Obama.

Dan antara dari banyak salah laku sebagai Peguam Negara US yang telah ditemui Amerika adalah bukti subahat Loretta untuk mengenakan DSN dan beberapa individu lagi bagi pihak NGO-NGO yang dibiayai oleh NED, Open Society milik Soros dan Clinton Global Foundation.

Kesemua ini adalah kesalahan-kesalahan serius yang membawa hukuman mandatori penjara untuk tempoh yang lama di Amerika.

Terdapat cakap-cakap bahawa Loretta telah bersetuju untuk beri kerjasama kepada pihak penyiasat sehingga ke tahap Amerika dan Malaysia tidak lagi dapat mempertahankan dakwaan terhadap DSN dan ahli keluarganya.  (kerana terbukti bohong dan ada konspirasi)

Kami sentiasa konsisten mengatakan bahawa DSN tidak bersalah dan telah diperangkap; bertentangan dengan pandangan puak-puak yang beriman bahawa Najib bersalah.
Kami kekal dengan pendirian tegas kami.

Diterjemah dari penulisan asal berbahasa Inggeris oleh Uncle Gopal Raj Kumar.

Link asal: https://www.facebook.com/100002331003663/posts/3134997183254618/?d=n

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...