Skip to main content

CUKOP CUKOPLAH MENJADIKAN UMNO LADANG MENUAI KEKAYAAN DIRI.

KITA SAMBUNG LAGI.....

Tok Mat Hassan  bernasib baik, saat beliau memangku jawatan Presiden UMNO hasil buah dipohon muafakat nasional semakin ranum, maka ramailah yang dapat duduk berteduh dibawah pohon yang mula rendang sambil menikmati hasil buahnya. UMNO mula mengapai keyakinan rakyat menerajui Mufakat Nasional dengan termeterainya Piagam  Mufakat Nasional..kerana itu saya sering menyebut ikatan antara umno dan Pas ada hitam putihnya dalam bentuk piagam (perjanjian) yang ditanda tangani oleh Presiden Umno dan Presiden Pas disambut dengan lenangan air mata di bangunan bersejarah Dewan Merdeka PWTC tanggal 14 September 2019.
Kini.. bila terbentuknya kerajaan baru atas nama perikatan nasional yang dicetuskan oleh Tan Sri Muhyudin dari Bersatu dan Azmin  Ali bersama  beberapa orang ahli Parlimen dari Parti Keadilan yang turut disokong oleh Umno dan Pas maka Tan Sri Muhyudin akhirnya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Khalash.
Matlamat UMNO pimpinan DS Zahid dan Tuan Guru Hj. Hadi bukan jawatan yang dikejar, kerana itu kedua mereka tidak menuntut sebarang jawatan kecuali Hj. Hadi yang dilantik sebagai duta khas kenegara negara Islam bertaraf menteri....(ciput sangat).
Matlamat  penting difikirkan oleh DS Zahid adalah untuk menyelamatkan UMNO dari diharamkan oleh pemerintah kerana ketika itu kerajaan Pakatan Harapan mahu membatalkan pendaftaran UMNO dan membekukan semua asset serta akaun UMNO. Ini yang ahli UMNO wajib faham.... jangan dok main terpa sembarangan.
Setelah TS Muhyudin mengakat sumpah sebagai Perdana Menteri maka kuasa mutlak (progratif) beliau membentuk kabinet terletak ditangannya sebagai perdana menteri tanpa boleh sesiapa masuk campur atau melakukan "cepua". Dia nak lantik siapa pun itu hak mutlaknya.....
Namun kerana mengenang jasabudi UMNO dan Pas menyokong  TS Muhyudin maka beliau melantik beberapa oreang bekas ahli parlimen dari UMNO dan beberapa orang ahli Parlimen dari Pas dan UMNO untuk menyertai kabinetnya..ingat ini kabinet Ts Muhyuddin.
Hasil dari pembentukan kerajaan itu, UMNO tidak lagi diburu  igauan mimpi ngeri bakal diharamkan...asset dan akaunnya bakal dipulangkan semula..dan paling penting peruntukkan wakil rakyat setiap seorang ahli Parlimen dari Pas dan Umno sejumlah empat juta ringgit di setiap kawasan Parlimen telah diperuntukkan untuk digunakan demi kesejahteraan rakyat.
Disinilah bermulanya perebutan kuasa di kalangan beberapa orang ahli Parlimen Umno yang merasa tidak puas hati kerana mereka tidak diberikan jawatan sebagai menteri atau timbalan menteri... seperti peristiwa dalam perang di bukit uhud...pahlawan Islam tamak kepada Ghamimmah untuk memperolehi hasil rampasan perang...
Nasib malang bagi DS Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO, beliau tidak seperti Presiden parti yang terdahulu era Tunku Abdul Rahman..Tun Razak..Tun Husein..Dr.Mahathir...Tun Abdullah dan DS Najib...di mana disebalik jawatan Presiden UMNO mereka juga menjadi perdana Menteri, sedangkan DS Zahid Hamidi hanyalah sekadar ahli Parlimen biasa yang tak punya apa apa untuk diberikan imbuhan.   Kerana itulah sudah ujud gerakkan mahu menyingkirkannya dengan alasan andai mereka yang melakukan gerombolan berjaya menyingkirkan DS Zahid maka tentunya mereka bakal mendapat ghamimah  atau labanya.....Fikirkanlah sewarasnya dalam situasi begini siapa lebih murni jiwanya meletakkan perjuangan parti mengatasi kepentingan diri.
Saya amat yakin kalau DS Zahid mahukan jawatan tentu dia boleh minta dari TS Muhyuddin, tetapi beliau lebih rela tidak memegang sebarang jawatan  dan menanti penuh sabar usai perbicaraan yang sedang dihadapinya... perlu diingat dakwaan terhadap DS Zahid bukanlah merupakan jenayah sebenar tetap[i ia lebih bertolak dari pendakwaan politik untuk menjatuhkan pemimpin UMNO dengan menggunakan mahkamah.......  sama sama kita tunggu apa kesudahannya nanti.
Namun yang penting sebelum teman menyedut dalam dalam asap rokok dan meneguk kopi pahit bersama kuih yang dibuat oleh orang rumah kita perlu bermuhasabah diri:-  jangalah mudah kita terpedaya dengan persepsi yang dibena oleh puak puak pembangkang untuk menjatuhkan pemimpin Melayu...insaflah...cukup cukuplah menjadikan umno sebagai LADANG MENUAI KEKAYAAN DIRI.

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...