Skip to main content

DI SEBALIK VIRUS CORONA Kerajaan Terpilih, Ramadan dan Hari Raya PKP.

Tiada siapa melainkan Allah swt yang turunkan Corona Virus.
Turunnya dua bulan sebelum Ramadan.
Di saat konflik kepimpinan negara, yang akhirnya berlaku pertukaran kerajaan, dari PH ke PN.
Rasanya, mampukah PH menangani pandemik Covid-19 seperti yang PN lakukan hari ini?
Allah swt lebih mengetahui, sebab itu DIA angkat TSMY ganti Tun M. Kita pun tak menjangka, di saat kemelut politik, janji peralihan kuasa Tun M kepada DSAI, tiba² Tun M letak jawatan. Sekelip mata segalanya berubah.
Baginda YDPA memilih TSMY sebagai PM8 dan terus diuji menangani pandemik Covid-19.
Rasanya seluruh rakyat Malaysia menarik nafas lega kerana Covid-19 terjadi bukan di bawah kerajaan PH, yang sepanjang masa pemerintahan mereka tak habis² mempolitikkan segala hal. Kalau masih PH... Punah Harapan rakyat, tiada pembelaan. Kuasa Allah yang menentukan peralihan kepimpinan negara.
Tiada istilah kerajaan pintu belakang atau tebuk atap. Pemimpin² PH patut cermin diri, lihat di cermin, layak atau tidak jadi pemimpin negara? Memanglah PN naik tidak melalui suara rakyat, tapi kali ini KUASA ALLAH yang memilih, sebab DIA tahu PH tidak layak, itu sebab ditukarkan dengan sekelip mata kepada kepimpinan yang lebih bertanggungjawab.

Bagi kita umat Islam, alhamdulillah Ramadan dan Syawal tahun ini di sambut dengan sederhana dalam suasana PKP. Ramadan, bulan menahan lapar dan dahaga. Tahun ini tiada majlis berbuka puasa di mana², waima di masjid dan surau. Semua pihak di minta patuh pada arahan PKP. SEBENARNYA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ini PERINTAH dari ALLAH SWT, melalui pihak yang berkuasa.

Pesanan (firman) Allah dalam Al Quran tak diendahkan. Melalui PKP baru mahu patuh.
Ramadhan sebenarnya sebagai bulan kita mengekang hawa nafsu, tetapi di bulan ini pula berlaku pembaziran dan sikap berlebih-lebihan.  Sepatutnya di bulan Ramadhan kita bersikap sederhana, jimat cermat dan tidak melampaui batas tetapi berlaku sebaliknya setiapkali tiba bulan yang penuh keberkatan ini.
Semua orang berbelanja besar untuk juadah hidangan berbuka puasa dan persiapan menyambut raya yang menuntut perbelanjaan berganda daripada bulan-bulan lain.

Tidak hanya berkisar tentang makanan atau perbelanjaan, malah pembaziran juga meliputi banyak perkara dalam kehidupan muslim.
Antara yang seringkali dilakukan oleh manusia ialah pembaziran  masa, amalan , kekayaan, hati dan tubuh badan.

ALLAH sememangnya menyuruh kita bersederhana dalam menjalani hidup ini. Berapa banyak berlaku kemungkaran, pembaziran dalam sebulan berpuasa, berapa ramai umat Islam yang mengabaikan amalan Ramadan yg sepatutnya dgn sibuk berniaga bazar Ramadan, berapa ramai yang menyampaikan sumbangan untuk anak yatim tetapi menunjuk² di dada akhbar? Ibadah puasa kita di bulan Ramadan tidak berjalan seperti yang di tuntut Islam, tetapi ujud amalan2 yang tak sepatutnya.
Pihak yang menyampaikan bantuan dan sumbangan hanya memilih orang² dan kawasan ² tertentu disebabkan kepentingan diri dan politik. Pada hal masih ramai lagi yang memerlukan bantuan tapi tak diambil peduli.
Majlis berbuka untuk kanak² tahfiz dan anak yatim dibuat di hotel². Apa sebenarnya di sebalik majlis seperti ini? Alasannya untuk meraikan anak² ini. Niat untuk amal kebajikan dalam tak sedar dirosakkan.
Apa jadi pada kita di sepanjang Ramadan dan Syawal 2020 yang dalam lingkungan PKP? Tiada Bazar juadah di sepanjang jalan menjelang waktu berbuka (yg sepatutnya waktu ini kita berdoa sambil menunggu berbuka) , tiada bazar pakaian, sampin, songkok dan baju raya sampai subuh (waktu utk kita bertahajud).
Sebenarnya terlalu banyak HIKMAH di sebalik Covid-19 dan PKP kalau kita mampu berfikir positif.
Menyambut Ramadan dan Syawal tahun ini dalam mood sederhana dan ala kadar. Tidak sibuk membeli makanan utk berbuka, tidak sibuk utk membeli baju baru, menghias rumah ala kadar, makanpun biasa² saja. Berkurung di rumah banyak perkara bermanafaat dapat kita lakukan. Solat jemaah bersama keluarga, anak menjadi imam dan membaca doa yg sebelum ini mungkin tak pernah dibuatnya. Ayah masak untuk keluarga dan macam² lagi. Ada juga yang mengeluh PKP menghalang kegiatan ekonomi dan sumber pendapatan. Memang betul tetapi tetap juga kita ada makanan untuk hidup. Allah tetap beri rezeki. Kalau kita salahkan keadaan, bermakna kita salahkan Allah swt.
Inilah bulan Ramadan, bulan puasa yang melatih kita untuk berlapar dahaga sepertimana mereka² yang sememangnya hidup dalam kesempitan, kelaparan dan ada yang kebuluran tiada makanan. Kita baru diuji dengan Covid-19. Yakinlah pada Allah, Dia yang tentukan rezeki hambaNya.

BERSABAR BERSAMA ALLAH dalam susah maupun senang.
BERSYUKUR KEPADA ALLAH dalam susah maupun senang.

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...