Skip to main content

Insan Bernama Pemimpin


Cermin muka mu
tika kau berdiri
di depan cermin..
bilang kerutan yang timbul
di wajah mu
dan lihat bibir mu
dan renung dahi mu.

Kau pemimpin
yang semakin hilang
harga diri
di mata kami
dan
disudut hati rakyat.

Kau pendekar hebat
di gelanggang politik negara
kau pijak
kau sepak
kau tendang
kau perhina
lawan mu
mengikut rasa kaki
dan hati mu
untok memuaskan
nafsu dendam mu
pada seteru mu

Kau pergunakan
beribu teori
hari ini kau kata boleh
esok kau kata tidak boleh
asalkan matlamat mu tercapai

Kau pergunakan
keadaan menghalal kan cara
kau guna anjing buruan
di mana mana
menyalak seteru mu
hingga tersungkur
sepuas hati mu
kau gelak ketawa

Satu waktu kau kata
mareka itu tidak layak di buat kawan
bila kau dalam kelemasan
kau panggil mareka sahabat
untok membantu mu
agar tidak mati kelemasan.

Ingatlah
istana mu kata pergi
kubur mu kata mari...
namun kau masih tidak sedar diri
masih mahu mengenggam
kuasa lagi
hingga mati...

Mungkin mata mu
tidak akan terpejam rapat
hingga kau menjadi mayat
 selagi harta dan kuasa
tidak dapat kau kuasai
sepuas hati.

Duhai Pemimpin
nanti
harta yang mengunung
yang kau himpun
sepanjang waktu kau berkuasa
tidak bermakna apa apa
untok membela mu
dengan fitnah dendam
ketidak kejujuraan
selagi ada rakyat
meminum air mata
merempat sebagai geladangan
yang kau berjanji untok membela mareka
akhirnya kau terlupa
segala janji
bila kau kaya raya
yang kau kata
tidak pernah kau kota
selain pada puak dan juak
kau sahaja..

Wahai Pemimpin
Firaun yang hebat pun tumbang
siapa lah kau yang berharap
pada sokongan rakyat
untok mengundi mu
setiap kali pilihan raya
walaupun kau taburkan wang
berjuta.

Saad Noordin
Baling Kedah.

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...