Skip to main content

Jangan Mengajak Rakyat Bergocoh Kerana Kesilapan Pemimpin.

Semua bijak belaka.
Selesaikanlah secara bijak dan mengikut peruntukan yang ada. Kita boleh beri pandangan dan analisa dan jika proses demokrasi membenarkan apa yang kita nak bebel.
Kalau nak ikut kata hati kita, UMNO dengan hujah UMNO dan tentulah orang PAS akan pertahan hujah parti Pas, Bersatu pro TSMY akan pertahankan YAB PM, Bersatu yang kiblat politiknya kepada YB Tun akan pertahankan hak mantan PM itu.
Begitu juga DAP,  PKR dan Amanah. Ini parti parti gabungan sah di bawah Pakatan Harapan yang menang dalam PRU lalu.
Sudah adat, bagi sistem pemerintahan demokrasi berparlimen menang jadi kerajaan dan kalah jadi Pembangkang.
Soal bagaimana ia berlaku dan siapa penyebabnya itu isu lain.
Apabila berlaku sebaliknya maka ketidakpuasan ini akan terus membakar samada secara terang ataupun diam.
Jika kemelut dan isu ini tidak diselesai segera ia tetap akan berpanjangan. Rakyat akan terus membuat andaian dan analisa yang akhirnya usaha membangunkan ekonomi dan hak rakyat akan terganggu.
Seeloknya lagi cepat selesai lagi bagus tanpa mengira apa keputusan samada memihak kepada PN atau PH  dengan kemenangan dalam kepuasan atau kalah dalam kedukaan.
Apa apa keputusan di Sidang Dewan kelak kita Kena terima dengan hati terbuka. Belum tentu si pembawa usul akan menang tapi hak bersuara kita kena hormat.
Saya berpandangan nak mengaitkan soal sikap tamak,gila kuasa dan lain lain tanggapan ianya seolah olah sudah sinonim dengan orang politik.
Mana ada orang politik tidak bercita cita dan menyimpan hasrat.  Kalau adapun bilangannya kecil sangat.
Kalau kita seorang Timbalan Menteri kita bercita cita menjadi Menteri.
Kalau kita seorang Menteri kita pasti memasang angan angan selepas itu untuk menjadi Menteri Kanan atau Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri.
Bak kata orang, angan angan adalah bayangan kepada cita cita.
Tanpa cita cita ia seumpama pokok yang berbunga tapi tidak berbuah.

Akhir kata, bersidanglah dengan tenang, buatlah apa yang patut, fikirlah hak rakyat dan jangan mengajak rakyat bergocoh hanya kerana kesilapan pemimpin.
Kalau pemimpin sibuk dengan alasan nak betulkan negara, rakyat juga sibuk dengan  agenda nak betulkan kehidupan yang rosak kerana Covid19.
Kami menunggu dengan sabar dan tenang di dalam bulan yang mulia ini dan semoga segala yang baik akan terhasil.
Wallahuaklam.
Tulisan Dato Dahlan Makmor

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...