Skip to main content

Shafie Afdal Perdana Menteri Ke 9 ??

KENYATAAN MEDIA: PENCALONAN PERDANA MENTERI

1. Saya telah mengadakan satu pertemuan dengan kumpulan yang
menyokong saya dan rakan-rakan dari parti Amanah, Warisan dan DAP
pada Jun 25, 2020 - bertempat di Rumah Tetamu Sabah, Kuala Lumpur.

2. Perbincangan yang diadakan secara tidak formal dihadiri oleh Dato Seri Shafie Apdal, YB Mohamad Sabu, YB Tan Kok Wai, YB Lim Guan Eng, YB Anthony Loke, YB M. Kulasegaran dan YB Liew Chin Tong.

3. Dato Seri Mukhriz Mahathir dan Dato Wira Marzuki Yahya turut menyertai pertemuan itu.

4. Kami membincang banyak perkara berkaitan keadaan Negara pada masa kini serta masing-masing melahirkan rasa risau terhadap beberapa perkembangan semasa.

5. Semasa perbincangan, telah ditimbul beberapa cadangan mengenai hala tuju perjuangan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat yang telah

di rampas oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan konco-konconya dan menubuh Kerajaan pintu belakang menggantikan Kerajaan yang dipilih
rakyat semasa pilihanraya ke 14 dalam bulan Mei tahun 2018.

6. Di dalam perbincangan, saya terbuka kepada apa juga cadangan termasuk saya tidak dicalon sebagai bakal Perdana Menteri. Di antara cadangan yang dikemuka ialah pencalonan Dato Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri.

7. Kami sebulat suara bersetuju Dato’ Seri Shafie Apdal dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

8. Saya menyokong penuh cadangan ini. Yang penting ialah kita mempunyai pendirian yang tegas supaya rakyat tahu akan pendirian kita.

9. Kami juga bersetuju mencadang Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1 dan Mukhriz sebagai calon Timbalan
Perdana Menteri 2.

10. Mungkin ada yang bertanya kenapa Shafie dicalonkan. Mungkin ada yang telah lupa bahawa Shafie adalah salah seorang pemimpin asal menentang Kerajaan kleptokrasi sejak sebelum pilihanraya ke-14. Dia juga salah seorang pemimpin yang menjadi mangsa awal Kerajaan Najib dan telah disingkir dari jawatan Menteri serta Naib Presiden UMNO kerana tidak dapat menerima perbuatan rasuah dan pencurian wang  rakyat menerusi skandal 1MDB yang begitu memualkan.

11. Shafie ketika itu bersama-sama dengan Muhyiddin. Kini Muhyiddin  meninggalkan perjuangan dan kembali bersama dengan kleptokrats yang  dahulu menghukum dan menyingkirnya.

12. Saya percaya jika langkah kami berjaya, ia akan merapatkan lagi  hubungan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

13. Saya juga percaya apa yang kita cadangkan ini dapat diterima oleh rakyat  sebagai bukti bahawa personaliti-personaliti di dalam pemimpin- pemimpin parti pembangkang tidak utamakan kedudukan dan jawatan.

14. Yang penting ialah meneruskan perjuangan yang dimulakan sejak tahun  2015 untuk membersihkan negara dari kerosakan yang dilakukan oleh  pemimpin Kerajaan ketika itu kerana sikap tamak, bongkak dan  kepentingan diri. Seperti yang kita sedang saksikan, perbuatan yang kita  tentang dahulu sudah mula bertapak dan pemimpin dan penyokong
kleptokrasi sudah kembali.

15. Parlimen akan bersidang tidak lama lagi. Saya akan kemuka usul tidak  percaya terhadap Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin.

16. Insya-Allah, dengan sokongan Ahli-Ahli Parlimen yang tidak boleh  menerima Kerajaan pintu belakang Tan Sri Muhyiddin dan mahu
mengembalikan mandat rakyat akan bersama saya dan rakan-rakan lain  menyokong usul Dato’ Seri Shafie menjadi Perdana Menteri.

17. Jika usaha ini berjaya, langkah untuk pastikan asas demokrasi seperti  yang dituntut rakyat akan dapat kita penuhi. Kita perlu tamatkan Kerajaan  yang tidak dipilih rakyat.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
27 JUN 2020

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...