Skip to main content

Isu pertukaran Speaker Dan Timbalan Speaker

Melihat kepada apa yg terjadi di persidangan Parlimen hari ini tentunya mengundang pelbagai pandangan di kalangan kita semua rakyat Malaysia mahupun masyarakat antarabangsa termasuklah para pelabur asing.

Adakah ianya sesuatu yg baik atau sebaliknya kepada kita semua ????

Isu pertukaran Speaker dan Timbalan Speaker itu adalah urusan ahli2 dewan sepenohnya. Bukan level kita utk bercakap soal ligitimasi proses tersebut. Malah bekas Speaker sendiri dlm temubualnya dgn pihak wartawan mengesahkan bahawa proses tersebut memenuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Cuma isu pertikaiaan di kalangan ahli dewan berkaitan kenyataan yg berbaur lucah, menyentuh sensitiviti kaum dan agama kerapkali kedengaran pada setiap sessi parlimen bersidang termasuklah pada sidang hari ini. Walaupun akhirnya Tuan Speaker akan mengarahkan supaya kenyataan itu di tarik balik dan kadangkala ahli dewan yg berkenaan di kenakan tindakan gantong utk suatu tempoh tertentu tetapi 'demage has been done', hati sudah di lukai, dendam kesumat sudah berputik dan kemarahan sudah terjadi. Malah merebak sehingga keluar dewan di kalangan masyarakat pelbagai peringkat. Ada yg menyokong dan ada yg menentang.

Wajarkah kenyataan2 yg sedemikian rupa terkeluar drp mulut ahli2 dewan yg merupakan pemimpin tertinggi negara samada mereka mewakili kerajaan mahupun pembangkang ??

Kepada merekalah sebenarnya rakyat meletakkan sepenoh harapan agar dasar2 yg baik di bahas dan di luluskan seterusnya di laksanakan utk membawa negara ini ke tahap yg lebih baik bagi di nikmati oleh rakyat jelata.

Sewajarnyalah semua ahli2 dewan berbahas secara berkualiti dan berhemah. Sememangnya mereka yg seringkali bertindak mengeluarkan kenyataan2 negetif ini hanya mewakili peratus yg kecil drp keseluruhan ahli dewan. Tidak di nafikan ada ramai yg lain sgt berhemah, bijaksana dan berhati2 ketika berbahas.

Yang pasti sikap mereka yg celupar ini walaupun kecil dari segi bilangannya tetapi cukup utk mencemarkan kemulian dewan ini. Sudah tentu bahang kehangatan itu akan terbawa-bawa ke laman sosial, pentas ceramah dan juga di kedai2 kopi. Akhirnya hubungan kaum kita jadi tegang dan hubungan antara penyokong parti menjadi panas. Sedikit sebanyak ianya merugikan negara dan rakyat. Sedangkan pada masa yg sama kita menyediakan belanja yg bukan sedikit utk menyatu padukan rakyat drp kalangan berbilang bangsa.

Selain itu insiden spt ini juga memberi mesej yg salah kpd generasi muda sehingga ada yg bosan melihat kepanasan politik negara yg tidak kunjung sudah. Sedangkan mereka pula pada masa yg sama perlu terus berjuang utk hidup dlm keadaan ekonomi yg lembab, peluang pekerjaan yang terhad dan kos sara hidup yg tinggi.

Sudah sampai masanya sidang dewan di negara kita dapat berjalan dgn lebih baik dan jika panas pun tidak perlulah di biarkan hingga 'mendidih'. Perbezaan pandangan itu adalah sesuatu yg lumrah. Berbahaslah dgn fakta, statistik, dapatan kajian dan cadangan yg konstruktif serta kurangkan pertikaian yg membawa kpd caci maki, kejian dan pebghinaan sesama kita. Banyak buruk drp baiknya.

Saya pasti pandangan ini bakal mengundang pelbagai reaksi. Ada yg mungkin setuju dan ada yg mungkin tidak. Apapun ini cuma pandangan peribadi saya dan tidak mewakili siapa2.

Wallahuaklam


Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...