Skip to main content

PRK DUN N23 CHINI

1. Ramai pulak yg buat macam2 analisa selepas keputusan rasmi diumumkan.

2. Ada yg kata Chini bukan ukuran utk ketahui kekuatan kerajaan PN. 
Ini saya setuju. Pahang bukan kerajaan PN tapi BN. Pahang adalah negeri yg jadi perintis kpd MN sejak PRK CH tetapi kerajaan Negeri tetap dibawah BN. Uji kekuatan BN itu yg pastinya!

3. Chini adalah manifestasi sokongan kpd Kerajaan BN Pahang yg sekarang ini menjalin kerjasama dgn PAS utk bergerak dibawah Muafakat Nasional. Pahang tidak bergerak sebagai PN.

4. Ada juga yg membuat analisa kalau dicampurkan undi BN dgn undi Pas pada PRU14 dulu, PRK ini tidak tally. Masa PRU14 dulu BN dpt 10027 undi dan Pas 5405 undi. Kalau dicampur jadi 15432 sedangkan PRK ini hanya dapat 13872 undi. Kurang 1560 undi.
Analisa begitu tidak tepat sebab kita tidak boleh tentukan undi dari parti mana yg kurang atau mungkin juga peratusan keluar mengundi yg kurang. PRU14 dulu 78.72% dan PRK ini 73.87%.

5. Ada juga yg kata undi calon Bebas lambang rumah lebih banyak undi dari calon PKR dlm PRU14. Itu memang benar. Bebas Rumah dapat 1222 undi sedangkan PKR hanya dapat 1065 masa PRU14 dulu.
Ini menunjukkan bahawa di Pahang PKR tidak laku. Tiada sambutan dan PRU15 nanti, PKR akan lenyap di bumi Pahang.

6. Pahang masih kubu kuat ketuanan Melayu dan ikut sejarah, kalau Melayu yg memerintah, ditambah dgn keimanan beragama Islam, bangsa lain pun akan merasai kenikmatannya.

Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...