Skip to main content

UMNO TETAP PARTI KERAMAT. UMNO SUDAH TIDAK LAKU - PROVOKASI TERANCANG.


Umum sedia maklum UMNO adalah parti terbesar yang mempunyai kerusi majoriti daripada mana-mana parti yang ada pada ketika ini.

Dalam keadaan negara sedang menuju kestabilan politik di bawah PN di mana PPBM adalah sebahagian daripadanya, *kenyataan pertama yang mengatakan UMNO seperti sarkas dan diikuti pula dengan UMNO sudah tidak laku oleh Menteri daripada PPBM ini tidak lain dan tidak bukan adalah provokasi terancang* oleh pencatur masalah dalaman PPBM.

Penerimaan positif rakyat terhadap UMNO dan Muafakat Nasional dapat dilihat daripada beberapa siri kemenangan PRK yang telah berlangsung sebelum ini. Kemenangan di PRK Kimanis juga adalah bukti UMNO masih relevan di Sabah.

*Kenyataan Menteri ini yang menang sebagai ahli parlimen atas undian rakyat juga seolah-olah menolak dan memperkecilkan suara rakyat yang telah mengundi.*

Ini jelas cubaan pihak-pihak tertentu yang mahu mengganggu-gugat hubungan baik dan persefahaman di antara UMNO dan parti-parti lain di dalam PN.

PPBM harus memandang serius hal ini dan mengambil tindakan keras terhadap Menteri ini kerana *beliau jelas berniat jahat dan mungkin juga agen kepada pihak-pihak tertentu yang cuba menggagalkan hubungan baik antara parti kerana ada pihak yang nyata begitu terdesak hendak menggagalkan PN pada hari ini.*

*PPBM perlu segera selesaikan masalah dalaman mereka agar konflik dalaman mereka tidak merugikan negara dan rakyat sekali lagi.*

Kepada semua ahli UMNO diluar sana, UMNO adalah sebuah perjuangan. Kekuatannya adalah perjuangan ahli dan akar umbi yang tetap setia bersama parti ketika naik dan jatuh. Label yang diberikan oleh seorang ahli parlimen yang melompat dan meninggalkan parti ketika parti kalah bukanlah penanda aras parti. *UMNO TETAP PARTI KERAMAT.*


Comments

Popular posts from this blog

Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah,

 Innalillahiwainnailaihirojiun...  Dukacita Dimaklumkan Bahawa Tan Sri Matshah Safuan Telah Kembali Ke Rahmatullah, Pengesahan Berita Ini Dari Pegawai Arwah Malek Razak . Arwah Ialah Pengasas Safuan Group Dan Mantan Presiden PERDASAMA Malaysia Telah Kembali Ke Rahmatullah Sekitar Pukul 7.40 Malam Tadi.  Jenazah masih di Hospital Princecourt. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa Kepada Allah SWT. Aamiin... Al Fatihah  ( Dengan Bacaan Sepenuh nya), https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=983806289110256&id=100024426825153d

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan ...

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin di...