Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah menyediakan perkhidmatan Peguam percuma kepada para peniaga dan penjaja yang berhasrat mengambil tindakan undang-undang
Kejadian Demonstrasi memansuhkan ISA anjuran Gabungan Mansuh ISA (GMI) yang dipercayai didalangi oleh kumpulan-kumpulan daripada parti-parti pembangkang (berdasarkan kehadiran pemimpin mereka) pada sabtu 1hb. Ogos 2009 baru-baru ini jelas menunjukkan akan kebiadapan/keengkaran penganjur dalam memtuhi prinsip rukunnegar yang ke 4 iaitu kedaulatan Undang-Undang. Kesan daripada perhimpunan yang dicetuskan ini yelah meninggalkan satu stigma dan kerugian kepada para penjaja dan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan di Masjid India dan kawasan-kawasan sekitarnya kesan ini juga dirasai oleh para pengunjung yang rata-ratanya datang bersama keluarga dihujung minggu. Diatas kesedaran ini, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan telah mengambil pendekatan dengan menyediakan khidmat bantuan guaman bagi membolehkan para penjaja dan peniaga yang berhasrat mengambil tindakan Undang-Undang dalam bentuk menuntut ganti rugi atas kerosakan harta benda, kerugian perniagaan dan kehilangan pelanga...