KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada Rabu menafikan dakwaan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub sebelum ini yang menyatakan bahawa Felda Global VentureBerhad (FGVH) tidak pernah mencatatkankeuntungan melalui pelaburannya di luar negara. Jelas beliau, nilai keuntungan luar negara yang dicatatkan FGVH seperti yang diumumkan pada persidangan Dewan Rakyat Selasa minggulalu iaitu keuntungan sebelum cukai sebanyak RM203 juta pada 2009 dan RM366 juta pada 2010 telah difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan boleh diakses oleh orang awam. Malah jelas beliau, catatan nilai pelaburan luar negara bagi 2011 kini sedang diaudit dan dijangka selesai penghujung bulan ini. "Kami yakin angkanya juga menguntungkan, saya tak tahu nak kata berapa...tapi besar angkanya," katanya pada sidang media di lobiParlimen di sini, Rabu. Isnin lalu, Salahuddin mencabar Ahmad untuk membuktikan kenyataannya secara bertulis dalam masa tiga hari ...
Photo / gambar sebagai khazanah warisan (ada kala gambar tidak mengikut keterangan semasa)Sebarang maklumat, artikel, pandangan atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini yang bukan ditulis atau disediakan olih pemilik blog ini adalah menjadi tanggung jawab atau liabiti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan pemilik blog menafikan sebarang tanggung jawab atau liabiti keatas bahan itu. daripada roslay raffie