Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2008

pak lah dan isteri

Tertubuhnya UMNO berkait rapat dengan kebangkitan orang Melayu di Tanah Melayu sebagai kemuncak semangat nasionalisme dalam menentang penjajah British. Apatah lagi dengan kuasa undang-undang dan dasar pecah dan perintah yang diamalkan penjajah. Apabila ia berlaku, telah mengejutkan British yang selama ini mengangap orang Melayu sebagai bangsa yang mudah dicucuk hidung.
Kewujudan UMNO dalam arena politik tanah air adalah satu kejadian yang diakibatkan kerana hak dan kepentingan penduduk majoriti Bumiputera telah dikesampingkan oleh kuasa penjajah. parti ini adalah tempat bagi meluahkan perasaan mereka dan mengembalikan hak asal mereka yang hampir lenyap. Namun ia cukup berwawasan dan bersemagat besar untuk menjadi parti yang berupaya memasukkan pandangan-pandangan dan kepentingan semua kaum dan golongan penduduk bagi menegakkan satu pemerintahan yang berorientasikan rakyat dan membawa kesan-kesan praktikal kepada kehidupan mereka. Dengan kepentingan negara sebagai matlamatnya, UMNO mempunyai kelayakan untuk kekal berkuasa dan menerima sokongan raayat Malaysia hendaknya.
UMNO akan kekal berkuasa dan tidak berhasrat untuk menjadi parti pembangkang, walaupun itu tidak suatu yang pasti kerana penubuhan kerajaan terletak di tangan rakyat, khasnya golongan Melayu-Bumiputera yang merupakan penduduk majoriti di negara ini dan sokongan kaum-kaum lain kepada Barisan Nasional
UMNO bukan parti politik yang komitmennya terhad kepada memenangi pilihan raya. ia berjuang bagi memajukan satu bangsa yang pernah dijajah dan tanah airnya diekspoitasi demi kepentingan asing. Usaha ini telah menimbulkan rasa hormat diri pada bangsa ini yang pada satu ketika hampir-hampir hilang hak ketuanannya kerana pengaturan politik yang dibawa oleh penjajah. Kini ia telah keluar dari keadaan yang hina untuk berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia.
UMNO bolih menjadi lemah atau pemimpin-pemimpin berpuas hati dengan pencapaian-pencapaian yang lalu. Dasar-dasarnya juga mungkin tidak bagi menepati hasrat ramai. Atau orang Melayu sudah merasa bosan dengannya dan mahu mengubah selera dengan memilih parti lain. Dari segi ini, UMNO tetap inventif dengan perbagai gagasan baru yang mampu menarik perhatian generasi baru sebagai satu-satunya parti untuk disokong. Umpamanya, penubuhan pergerakan Puteri UMNO bagi mendapat sokongan wanita muda Melayu kerana gambaran Wanita UMNO adalah terhad kepada anggota-anggota pergerakan ini yang berumur.
UMNO amat mementingkan khidmat kepada rakyat yang sudah menjadi lambangnya sejak awal lagi. Ia benar-benar parti demokratik yang berpijak dalam akar-umbi dengan pemimpin-pemimpinnya sentiasa turun ke padang bagi menyelami masalah ramai. Ia bukan sekadar memberi tumpuan kepada politik dan pilihan raya malah semua bidang yang melibatkan konstituensinya (orang Melayu) seperti ekonomi, pendidikan, agama dan lain-lain lagi hingga ke yang sekecil-kecilnya.
Sokongan yang berterusan kepada UMNO (dan parti-parti rakannya dalam BN) mencerminkan keyakinan sebilangan besar rakyat terhadap kemampuannya untuk memerintah berbanding dengan parti-parti lain. Rekodnya sejak merdeka menunjukkan ia adalah benar-benar komited kepada pembangunan rakyat dan tidak cenderung bermain ideologi.
UMNO telah dapat merentasi sempadan kaum untuk menjadi penstabil politik negara dan pencetus kemajuan. Dasarnya yang berasaskan kebangsaan Melayu dan menegakkan Islam tidak menjadi halangan dalam usaha permuafakatan dengan kaum-kaum lain kerana hak-hak dan kepentingan mereka itu mendapat layanan yang sewajarnya mengikut amalan demokrasi. Malah walau merupakan parti yang terbesar dan mempunyai jumlah kerusi yang terbanyak di peringkat negara dan kerajaan negeri, ia sedia berkongsi kuasa dengan parti-parti lain yang mewakili perbagai kaum dan golongan penduduk.
Dato Onn sendiri setelah meninggalkan UMNO bagi menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang bercorak berbilang kaum. Kerana kegagalan mendapat sokongan orang Melayu, beliau kemudiannya menubuhkan pula Parti Negara. Sementara itu , segelintir alim ulama dalam UMNO telah menubuhkan PAS pada 1951 bagi memperjuangkan Islam, di ikuti dengan Parti Rakyat pada 1955 yang boleh di anggap sebagai kesinambungan kepada parti-parti kiri Melayu sebelumnya.
Sekumpulan pemuka-muka Cina dengan restu British telah menubuhkan persatuan Cina Malaya (MCA) pada Februari 1949. Ia diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock yang telah meninggalkan AMCJA (Majlis Tindakan Seluruh Malaya) setelah pertubuhan itu tidak mendapat layanan kerajaan. MCA yang pada mulanya wujud sebagai persatuan kebajikan yang banyak membantu orang Cina semasa darurat merupakan alternatif kepada parti Komunis Malaya yang berusaha menarik sokongan mereka ini kepada perjuangannya.

majlis penerangan bersama yab presiden UMNO pada 6.4.08 di pwtc

UMNO bangkit menentang Malayan Union kerana musibahnya keatas orang Melayu, telah memaksakan kerajaan British berunding dengan wakil-wakil parti bagi membentuk semula politik Tanah Melayu. Ini membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu tetapi tidak membelakangkan terus hak orang bukan Melayu.

majlis penerangan bersama yab presiden UMNO pada 6.4.08 di pwtc

UMNO yang ditubuhkan pada Mei 1946 bagi menghalang perlaksanaan Malayan Union (yang ditaja oleh British) dan mengembalikan hak asal orang Melayu. UMNO dalam masa yang singkat telah berjaya menyatukan orang Melayu di seluruh negara untuk menjadi jaguh dalam menentang British.

Majlis penerangan bersama yab presiden UMNO 6.4.08 di pwtc

Golongan radikal Melayu meneruskan perjuangannya dengan menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada Oktober 1945. Ia kemudiannya di bantu oleh dua sayap yang kuat iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Insaf (AWAS). Secara bersama mereka memperjuangkan kemerdekaan tanpa tolak ansur dengan British dan golongan feudal Melayu.

Majlis penerangan bersama yab presiden umno malaysia pada 6.4.08 di pwtc

Berbagai masalah dan pengaman getir telah dilaluinya namun dapat meletakkan negara ini diatas landasan yang kukuh. Kehadiran UMNO di negara ini ternyata dari empat huruf jawi(pa, kaf, mim dan ba ) yang di cantumkan untuk menjadi lambang yang tidak asing lagi. Ia satu lambang yang sungguh bermakna kerana kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan pergerakan parti ini.

UMNO SEJARAH, ORGANISASI DAN PELAKSANAAN DASAR

umno adalah antara parti politik yang paling tahan dengan rekod bukan saja berjaya mengenyahkan penjajah tetapi mengendalikan pemerintahan selepasnya dalam satu tempoh yang panjang. Berbagai masaalah dan pengalaman getir telah dilaluinya namun dapat meletakkan negara ini diatas landasan yang kukuh.