Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Adakah Anda Mahu BR1M - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau boleh menarik semula Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekiranya rakyat tidak memerlukannya. "Adakah anda mahu BR1M? Jika anda tidak mahu, saya boleh tarik balik," katanya kepada perwakilan ketika berucap di mesyuarat agung UMNO Pasir Gudang, hari ini. Kenyataan itu kemudian disambut perwakilan dengan  mereka menjawab: "Kami masih mahu" dengan nada gurauan itu dilontar Najib sambil menyindir pengkritik kerajaan. Sambil mendakwa ada pihak yang tidak sukakan bantuan kewangan itu, Najib berkata, pada zaman sebelum ini kerajaan membantu rakyat dengan membina kemudahan awam seperti jalan raya. "Tetapi pada zaman saya, dapur rakyat pun kita bantu," katanya.

UMNO perlu mewujudkan lebih ramai 'keyboard warriors' bagi menangkis persepsi negatif terhadap parti di media sosial.

"Waktu saya jadi timbalan presiden, saya tak persoalkan dana parti sebab itu kerja presiden." "Waktu zaman Dr Mahathir, timbalan tak kata apa, ini amalan dalam parti. Kita teruskan amalan parti, yakinlah apa saya buat untuk kebaikan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang di Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang di Johor. "Macam 1MDB, kita belum rugi. MAS kita terpaksa suntik dana RM6 bilion, realitinya pada tahun 80an, 90an ada lagi. "Isu-isu tertentu yang saya tak perlu kupas, tapi zaman dulu tiada media sosial, tak begitu panas, orang tidak tahu pun."Hari ini belum apa-apa meletup jadi panas, saya pun mendidih je sepanjang masa, tidak adil," katanya Beliau berkata, isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu juga diperbesar-besarkan media sosial sedangkan syarikat itu belum lagi mengalami kerugian. "Dalam sejarah kita banyak lagi isu, 1MDB belum ada kerugian."MAS

JANGAN TEBUK SAMPAN YANG KITA NAIKI BERSAMA DI TENGAH LAUT...

Kita tidak mungkin kita tidak mendapat memiliki semua yang kita inginkan di dalam kehidupan ini...tetapi besyukur lah kerana kita masih dapat menikmati apa yang kita perlukan walau pun hanya sedikit.. Janganlah kita terikut ikut dengan strategy kaum kafir harbi ini yg nak melemahkan apa saja organisasi orang -orang Melayu Islam.  Sasaran mereka bukan sahaja kepada pemimpin-pemimpin Islam sahaja, mereka juga ingin  menguasai negara2 Islam. Antara strategy mereka ialah menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin2 Islam dan menyekat, mengganggu sumber dana organisasi orang-orang Islam.   Sasaran kebencian terhadap pemimpin sebenarnya dan secara tak langsung memecah belahkan. Ia dibuat dengan terancang dengan menggunakan toikoh tokoh tertentu samaada melalui penyamaran mahupun konon konon beliau adalah penyokong kuat tokoh tersohor...maka belakulah perbezaan kemudian dihasut berterusan hingga serius dan sememangnya jika tidak diperbetulkan akan mengujudkan kolompok baru sep