Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

PAU2014 -Teks Ucapan Dasar Presiden Datuk Sri Najib Razak

Bismillahhirrahmanirrahim, Alhamdulillahirabbil'alamin. Wabihi Nasta'in. Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa'ala A-li Saidina Muhammad. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam 1Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Tetap, Yang Berbahagia Tan Sri Timbalan Pengerusi Tetap, YAB Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri, Barisan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Pimpinan Parti-Parti Komponen, Yang Amat Berbahagia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dif-Dif Kehormat, Seterusnya Saudara Rakan-Rakan Seperjuangan dalam Parti UMNO yang berkeramat ini. 1. Pagi ini merupakan kali ke-6, saya berdiri di hadapan para perwakilan serta para tetamu sebagai Presiden. Saya merujuk juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang sedang menonton di kaca-kaca televisyen dan mendengar di corong-corong radio. 2. Termasuklah sebahagian besar generasi Y, yang mengikuti Persidangan Agung UMNO ini. 3. Apatah lag

(Tek Ucapan Penuh Timbalan Presiden) Buang Budaya Negetif Dikaitkan Dengan UMNO - Berubah Atau Mati - Muhyiddin Yassin

ALHAMDULILLAH, puji dan syukur ke hadrat Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW malam ini saya dan saudara-saudari semua yang mewakili Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dari seluruh pelosok negara, dapat sekali lagi berhimpun di Dewan Merdeka ini untuk mempertegaskan matlamat perjuangan parti kita, memperkukuhkan perpaduan dan merencana masa depan bangsa Melayu. Saya mengucapkan terima kasih kepada Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO kerana terus istiqamah berada dalam saf. Muhyiddin Yassin Hebatnya Hang Tuah sehingga kini, Kisahnya menjadi bualan zaman, Jiwa pejuang takkan terhenti, Selagi nyawa di kandung badan. SEJARAH PERJUANGAN UMNO Parti kita UMNO telah mencapai usia 68 tahun. Telah banyak ranjau yang kita lalui dalam pelbagai keadaan, pelbagai cabaran dan pelbagai zaman. Kita telah melalui pasang surut asakan terhadap perjuangan kita. Alhamdulillah, walaupun kita diasak dan diterjah dengan pelbagai dugaan, Allah mas