Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

70% Rakyat Percaya PR Kalah PRU 13

Bagi para pembaca yang gemar melayari internet dari satu blog ke satu blog tentu saja ada terbaca beberapa artikel pro pembangkang yang isinya gah melambung-lambung meraikan angka 30% yang tercatat dalam laporan Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). Angka 30% yang penulis maksudkan itu merujuk pada laporan kajiselidik yang disediakan oleh UMCEDEL yang menyatakan peratusan keyakinan umum terhadap PR untuk memenangi PRU 13 telah meningkat dari 21% kepada 30% respondan. Dalam kajiselidik tersebut, UMCEDEL melaporkan daripada 1,536 respondan yang ditemubual, 44% mempunyai keyakinan yang BN akan kekal memerintah negara ini, 26% lagi enggan menjelaskan pendirian mereka manakala 30% atau 461 orang lagi amat yakin PR akan menguasai PRU 13. Dan angka 30% itulah dicanang oleh para penglipurlara PR kononnya sebagai asas kukuh itulah petanda PR akan mengalahkan BN dalam PRU 13 kelak. cara propaganda yang mereka gembar gemburkan itu seolah-olah peratusan 30% itu beg

Turun Naik Populariti Najib Perkara Biasa

Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sehingga kini terus menjadi pilihan sebahagian besar rakyat Malaysia apabila 58% daripada 1,536 respondan yang dikajiselidik cukup selesa berada di bawah kepimpinannya. Senario tersebut dapat dilihat dari keputusan kajiselidik terbaru yang dijalankan oleh Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). Dalam kajian Mac lepas, UMCEDEL merekodkan populariti Najib berada pada aras 61%, sedikit tinggi berbanding laporan terkini yang dipaparkan. Mungkin bagi pembangkang kejatuhan 3% populariti Najib adalah satu berita baik untuk mereka atau barangkali penurunan itu akan dikaitkan dengan 'kejayaan' PR menganjurkan beberapa siri demonstrasi jalanan seperti BERSIH 3.0, Himpunan Oren dan Janji Demokrasi. Penurunan 3% tahap populariti PM itu bagaimanapun bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana turun naik populariti seseorang pemimpin utama negara sudah menjadi satu perkara biasa dan jarang statik pada satu-satu tahap sa

Kajian UMCEDEL Buktikan BN Akan Menang PRU 13

Berdasarkan laporan terbaru kajian pilihanraya yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) tidak syak lagi Barisan Nasional (BN) sudah berada di landasan yang betul untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13). Kajian tersebut yang dilaksanakan bermula 1 September hingga 16 September 2012 lepas melibatkan seramai 1,536 orang respondan dari seluruh negara. Kurang 746 orang berbanding 2,282 orang responden yang ditemubual semasa tempoh kajian sebelumnya (31 Mac - 15 April 2012). Di peringkat pusat, daripada 1,536 responden yang dikajiselidik itu, seramai 676 orang ataupun 44% daripadanya yakin BN akan memenangi PRU 13 dan mengekalkan penguasaan sebagai Kerajaan Pusat. Hanya 461 orang sahaja yang memilih Pakatan Rakyat (PR). Manakala baki 399 orang ataupun 26% lagi memberikan jawapan tidak pasti, berkemungkinan besar terdiri dari golongan atas pagar. Angka 26% adalah amat besar bagi sebuah negara demokrasi yang membangun seperti Malays

BN TAWAR PENYELESAIAN MASALAH, PEMBANGKANG HANYA ALTERNATIF

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013 pada hari Jumaat 28 September. Ini merupakan bajet yang ke empat yang dibentangkan di Dewan Rakyat sejak memegang tampuk pentadbiran negara pada April 2009. Walaupun ramai yang mengatakan ini adalah bajet pilihan raya kerana ini adalah bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang hingga April tahun depan, namun bagi kerajaan Barisan Nasional ia adalah sana sahaja, samada pilihan raya atau tidak. Program serta projek pembangunan bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara perlu diteruskan walaupun rakyat bakal memilih parti mana yang bakal menerajui kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang. BN sentiasa yakin sokongan padu rakyat kerana ia tidak perlu berbohong mengenai rekodnya yang cemerlang jika dibandingkan dengan pembangkang. Sebab itu tidak salah kalau Perdana Menteri memberi lebih tumpuan kepada kebajikan rakyat da

Naik Jet, Bas Mewah Gaya Zuhud

Sejak sekian lama semacam menjadi satu kebiasaan untuk pemimpin pembangkang dari DAP, PKR dan PAS menyerang dengan pelbagai dakyah dan tuduhan kononnya ramai pemimpin BN gemar menjalani hidup gaya mewah dan kurang pula cakna masalah khalayak. Berulang kali tohmahan sebegitu diulang-ulang, lama kelamaan ramai juga penyokong pembangkang yang semakin memandang serong pada kepimpinan BN dan kian mencurigai segala kerja buat bermanfaat yang dipelopori oleh Kerajaan Pusat. Untuk menambah impak rasa mual dan kebencian rakyat, pemimpin pembangkang dan balaci mereka berusaha pula mempotretkan imej buruk terhadap Perdana Menteri dengan melontarkan tohmahan kononnya PM dan isteri kerap bergaya mewah serta memiliki cincin permata harga berjuta-juta, jam tangan mahal dan boros berbelanja di luar negara. Bila pembangkang khususnya PKR memfokuskan serangan sedemikian, gambaran positif pula terlakar difikiran penyokongnya bahawa para pimpinan parti pembangkang tidaklah berperangai sedemikia

Protes Filem Hina Nabi: Anwar Tuduh Umat Islam Mudah Marah dan Emosi

Menarik sekali apabila membaca wawancara seorang penulis, Eddie Barnes dengan Anwar Ibrahim di laman The Scotsman di bawah tajuk "Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia" atau “Cabaran Berat Dalam Menangani Perpecahan di Malaysia” (http://www.scotsman.com/news/eddie-barnes-tough-challenge-to-heal-the-divides-in-malaysia-1-2543263) Wawancara tersebut telah menjelaskan kemusykilan ramai kenapa Anwar tidak berusaha untuk turut sama berdemonstrasi menentang filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah SAW sedangkan Anwar yang kita kenali, amat sinonim dengan demonstrasi. Malah, tidak salah jika beliau digelar ‘Bapa Demonstrasi’ kerana ‘kewujudan’ dan ‘kesinambungan hidup’ beliau di dalam dunia politik adalah bertitik tolak dari demonstrasi demi demonstrasi sejak dari awal lagi iaitu pada tahun 1970-an ketika beliau masih seorang pelajar. Tetapi, Anwar tidak ingin pun untuk berdemonstrasi jauh sekali m

Air: Xavier Suka Rakyat Selangor Menderita

Baru sahaja sehari dua berlalu para penyokong pembangkang menghamburkan kemarahan terhadap Menteri Besar Pahang dan mengalu-alukan kecaman keras oleh NGO proksi PR terhadap Datuk Seri Adnan Yaakob, tiba-tiba pula pemimpin PKR Selangor Dr Xavier Jayakumar bertindak sebaliknya. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah NGO yang diketuai oleh Che'gu Bard dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini, menganggap kenyataan Adnan untuk membatalkan perjanjian konsesi air antara Pahang dengan Selangor sebagai satu ugutan untuk merealisasikan bencana krisis air di Selangor. Hari ini pula, Xavier yang juga adalah Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin secara terbuka menyambut baik kenyataan MB Pahang itu sambil menegaskan sumber air mentah tidak pernah menjadi persoalan kerana ia masih mencukupi. Menurut Xavier lagi, kerajaan PKR Selangor juga cukup gembira sekiranya keputusan membatalkan perjanjian konsesi air itu dimuktamadkan segera kerana ia dapat mengelakkan Selangor

Rakyat Berhak Hukum SUARAM

Walaupun telah terkantoi menjadi agen asing untuk menjahanamkan demokrasi, SUARAM masih lagi cuba mempertahankan benang basah dengan berhujah bahawa penerimaan dana asing bukan sesuatu yang salah. Lebih dahsyat lagi, Pakatan Rakyat termasuk PAS, sanggup berhujah yang sama, iaitu mengtidak-apakan penerimaan dana dari pertubuhan neo-con dan George Soros yang menjadi dalang menindas, membunuh dan merampas tanah umat Islam di Palestine serta menyebabkan Mesir, Syria, Tunisia dan Syria kini terumbang-ambing, tidak stabil dan lemah. Perlu diingatkan bahawa SUARAM langsung tidak menafikan yang mereka menerima dana dari Yahudi Zionis dan penyangak matawang. Malah, SUARAM mengakuinya, begitu juga dengan pertubuhan yang sewaktu atau ‘bertindih’ dengannya seperti BERSIH, Himpunan Hijau dan sebagainya yang juga menerima dana dari rangkaian yang sama. SUARAM juga langsung tidak mampu menjelaskan apakah motif kedua-dua pertubuhan asing tersebut menyalurkan dana kepada mereka jika bukan u

Jet Peribadi: Sewa, Taja Atau Pinjam? Rakyat Tuntut Ketelusan

Belum pun memerintah, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan cara hidup yang menyaingi pemimpin di negara maju, lengkap dengan bas dan jet mewah untuk ke mana-mana. Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya pada satu-satu masa. Sekali pandang tampak benar-benar seperti pemimpin negara pertama. Jika PR ditakdirkan menjadi pemerintah tentunya Putrajaya dan Seri Perdana akan dilengkapi dengan sistem keselamatan setanding White House dengan teknologi dari Israel. Keluarga pemerintah, menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan juga pasti akan dibekalkan dengan beberapa orang pengawal keselamatan juga. Pendek kata, rakyat tidak lagi dapat mendekati pemimpin sepertimana kebiasaan di masjid, mahupun di Hari Raya atau di bazaar Ramadhan di mana kita biasa bertemu dengan Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Kita boleh membayangkan keadaan Malaysia di bawah PR dengan kehidupan pemerintah b

Tanpa Anwar, Terbukti Perhimpunan Jadi Aman

Tanggal 21 September 2012 yang lepas, umat Islam dari seluruh negara telah berhimpun secara aman di pelbagai lokasi sebagai bantahan terhadap filem Innocecence Of Muslims yang telah menghina agama Islam dan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Di ibukota Kuala Lumpur, dua perhimpunan dijalankan serentak - satu di perkarangan Masjid Kampung Baru yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO manakala satu lagi dilangsungkan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak. Perhimpunan yang bermula selepas solat Jumaat itu ternyata telah berlangsung dalam keadaan tenteram dan aman tanpa sebarang kejadian tak diingini walaupun kehadiran peserta mencecah ribuan orang. Agak menarik untuk diperkatakan apabila kelibat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang juga adalah Ketua Pembangkang tidak kelihatan di mana-mana lokasi perhimpunan pada hari itu. Anwar tidak berada di Jalan Tun Razak dan tidak juga menghadiri himpunan di Kampung Baru. Di Pulau Pinang, negeri tumpah darahnya juga bayang A

Isu Jet Peribadi - Anwar Ada Penyakit Tunjukkan Kehebatan

Tidak cukup dengan bas mewah, Pakatan Rakyat kini menunjukkan jet peribadi mereka untuk 'mendapatkan sloser' untuk rakyat. Jika ketika itu PR sering akan berhujah bahawa pemimpin BN suka hidup boros dan pembaziran, dan menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin PR adalah lebih merendah diri dan dapat menjimatkan kos. Tetapi hari ini perubahan segala-galanya, dan ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin PR adalah jauh lebih mewah daripada pemimpin BN. Pemimpin BN akan diberikan bajet dengan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, dan mereka tidak akan menggunakan dana mereka sendiri. Malah Perdana Menteri tidak boleh pergi panjang itu. Sebenarnya, gaya mewah hidup di kalangan pemimpin PR, terutama Anwar Ibrahim adalah tidak lagi rahsia. Melihat lawatan beliau di negara-negara asing, ia tidak salah untuk kita mengatakan bahawa dia mungkin menjadi lebih kaya daripada Ketua Negara. Ia telah diberitahu bahawa jet tersebut telah disewa daripada sebuah syarikat dari Amerika y

Jangan Lepaskan Koo Ham Dari Tindakan Undang-Undang

Bahang kemarahan sebahagian umat Islam mungkin sudah sedikit reda selepas Ngeh Koo Ham meminta maaf atas keterlanjurannya, namun hakikatnya ia tidak bermakna Pengerusi DAP Perak itu sudah boleh menarik lafaz lega. Mesej dari twitternya yang mempertikaikan kesungguhan umat Islam membantah filem Innnocence of Muslims terbukti adalah satu bentuk penghinaan yang mendedahkan betapa tidak sensitifnya pemimpin DAP itu terhadap hati nurani orang Islam. Paling mengguris hati bila komen negatif oleh Koo Ham itu umpama sengaja menyimbah minyak pada api yang sedang menyala. Satu langkah songsang yang seperti sengaja mahu mengundang amarah khalayak ramai. Kerosakan sudah berlaku dan ia tidak dapat diperbetulkan dengan hanya sekadar melalui permohonan maaf sahaja. Sesuatu perlu dilakukan supaya keceluparan dan keterlanjuran sedemikian tidak lagi berulang. Sejak negara mengalami tsunami politik tahun 2008 yang menyaksikan DAP muncul sebagai pembangkang yang kuat, sudah acapkali sensitiviti umat

Hudud : Pendirian DAP Tetap, Konsisten

Kuala Lumpur : Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pendirian DAP bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular adalah tetap dan konsisten. Sehubungan itu, kata beliau, hukum hudud tidak akan dilaksanakan jika pembangkang berjaya mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 kerana ia bukan dasar pakatan itu. Ia kenyataan pertama Kit Siang berhubung isu hudud dan dilihat sebagai 'serangan' balas kepada kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkata, pelaksanaan hudud tidak boleh dilengah-lengahkan. Beliau berkata demikian semasa berucap pada satu majlis anjuran DAP Pasir Pinji Rabu lalu dan teks ucapannya diterbitkan dalam blognya, limkitsiang.com hari ini. Dalam entri tersebut, pemimpin kanan DAP itu memberitahu, hudud hanya boleh dilaksanakan jika ketiga-tiga parti komponen pembangkang mencapai persetujuan konsensus. "Kepimpinan pakatan pembangkang sudah berulang kali menekankan bahawa perlaksanaan hukum hudud (yang d

PKR, PAS MEMBISU BUKTI RELA DAP HINA ISLAM

Akhirnya setelah empat hari dihentam teruk berhubung komen yang mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem "Innocence of Muslims" dalam laman Twitternya, Ngeh Koo Ham pun meminta maaf pada Khamis lalu. “Saya menarik balik dan meminta maaf kepada Islam yang tersinggung dengan ‘tweet’ saya kerana ia tidak pernah bertujuan untuk menjadi begitu,” kata Pengerusi DAP Perak itu dalam kenyataan satu perenggannya. Begitu mudah Ngeh ingin memadamkan api kemarahan umat Islam negara ini terhadap komen beliau yang di anggap amat tidak sensitif dan bersifat provokatif. Dalam komen Twitter Isnin lalu, Ngeh melontarkan persoalan kenapa orang Islam harus buang masa dan tenaga membantah tindakan seorang individu yang menerbitkan sebuah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW. Persoalannya mengapa Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas dan juga ADUN Sitiawan mengambil masa te

National V-Neck Day: Satu Usaha Menghina Islam dan Perlembagaan

Sedang umat Islam terpaksa menangani perangai syaitan produser filem yang tidak ada kerja selain menjadikan dunia semakin tidak selamat, dan sedang kita menangani syaitan di tempat sendiri, iaitu Ngeh Khoo Ham atau DAP atas sikap tidak sensitif dan pandangan sembrono mengenai protes terhadap filem tersebut, kita jangan sekali-kali terlepas pandang akan ancaman syaitan yang satu lagi yang bukan sahaja disasarkan kepada agama kita, tetapi juga nilai-nilai kekeluargaan, moral dan juga kemasyarakatan secara keseluruhannya – iaitu ancaman sindrom lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jika tidak silap, hanya beberapa tahun kebelakangan ini masyarakat kita mula menyedari betapa seriusnya ancaman LGBT di negara ini walaupun telah dikejutkan mengenainya lebih awal iaitu, lebih kurang 10 tahun sebelumnya, selepas kes liwat Anwar Ibrahim hangat diperkatakan. Dalam jangka masa yang sama juga, golongan LGBT dan para aktivis hak mereka di Malaysia telah berjuang tanpa jemu untuk menya

PEMBANGKANG BANGGA TERIMA AYAM PENCEN POLITIK

Antara sifat semulajadi sesebuah parti politik ialah kegemarannya menerima keahlian daripada parti seteru. Ini berlaku atas beberapa sebab samada ahli tersebut telah dipecat atau melompat kerana tidak bersetuju dengan parti yang dianggotainyya sebelumnya. Kadangkala parti yang ditinggalkan berasa lega kerana anggota yang menjadi 'katak' berhijrah ke parti yang lain itu sebenarnya bertindak sebagai duri dalam daging selama ia berada sebagai ahli parti tersebut. Bagi parti tersebut tindakan itu adalah sebagai satu rahmat baginya kerana masalah ahli yang sentiasa khianat dan tidak setia kepada perjuangan dapat diselesaikan. Namun bagi parti yang menerima ahli daripada parti lawannya juga menganggapnya sebagai satu rahmat pula walaupun mengetahui anggota tersebut tidak mempunyai sifat yang boleh dibanggakan. Dalam keadaan begini penerimaan anggota daripada parti lain itu lebih berlandaskan kepada perasaan ego kerana kononnya ia berjaya merampas ahli parti lain. Lebih-lebih l

Twitter Ngeh Mewakili Suara Hati DAP

Sebenarnya tidak ada apa-apa yang pelik apabila Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham meremehkan protes besar-besaran terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah SAW.Kita sedia maklum bahawa pendirian DAP itu ialah anti-Islam dan anti-Melayu, maka apa yang dinyatakan oleh Ngeh di twitternya adalah konsisten dengan pendirian partinya. ‘Kesilapan’ Ngeh, hanyalah kerana menyatakannya kepada umum sedangkan DAP bersusah payah menafikannya. DAP tidak pernah mempunyai sensitiviti terhadap agama dan kaum lain. Ini adalah hakikat yang nampaknya masih ada yang tidak dapat memahaminya. Perjuangan DAP adalah untuk kaumnya mendapat keuntungan maksima dari segala segi, di negara kita yang tercinta ini. Itu saja. Buktinya boleh dilihat dari sikap DAP dalam menangani isu-isu semasa. Jika masjid yang disimbah cat oleh anak Cina, ia adalah kenakalan anak-anak kecil. Tetapi jika tokong, kuil atau gereja yang menjadi sasaran yang sama, DAPlah orang yang pertama mempr

Briyani Percuma Untuk LGBT: Bukti Kerja-kuat Pemimpin PR Berjaya

Akhbar The Star semalam menyiarkan laporan mengenai sebuah restoran di Bangsar Utama, Fiercer Curry House telah menawarkan hidangan briyani percuma kepada 15 lelaki pertama yang mengunjungi mereka dengan memakai baju berkolar V dan beg tangan lelaki. (http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F9%2F17%2Fnation%2F12039803&sec=nation) Tawaran itu adalah bersempena memperolok garispanduan mengenai bagaimana untuk mengesan golongan pelajar yang terlibat atau terpengaruh dengan budaya gay atau lesbian yang didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Antaranya, ialah berpakaian ketat, berkolar-V, warna cerah dan lembut bagi gay dan tidak berminat dengan lelaki, sebaliknya gemar menghabiskan masa dengan seorang rakan wanita sahaja tanpa ditemani rakan-rakan lain, bagi lesbian. Amatlah malang apabila garispanduan yang dikeluarkan dengan niat yang murni ini telah dipersoal bukan sahaja oleh media barat seperti Huffington Post dalam ruangan Huffpost Gay

Deklarasi Kuching PR: Sebuah Janji ala Manifesto yang Bukan Janji?

Sempena Hari Malaysia dan sambutan Ulangtahun Penipuan Terbesar Anwar Ibrahim iaitu untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September, Pakatan Rakyat mengambil kesempatan untuk meluaskan lagi penipuan dengan menabur janji kepada rakyat Sabah dan Sarawak melalui satu deklarasi yang dinamakan Deklarasi Kuching. Deklarasi tersebut ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching. Ia juga turut ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Adam Ahid, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan juga Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng. Menurut PR, deklarasi tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak serta pembangunan kedua-dua negeri selain sebagai menandakan komitmen Pakatan Rakyat untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963. Tujuh perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut adalah: 1. Kerjasama Bersekutu 2.