Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Manifesto Pakatan Rakyat Penurunan Harga Kereta

Walaupun dikecam hebat, Pakatan Rakyat tetap mahu menurunkan harga kereta seperti dalam Manifesto mereka sekiranya menang PRU13. Rafizi Ramli masih tak malu usaha nampak macam hero walaupun gagal setiap kali. Rafizi samakan Malaysia dengan Venezuela padahal Venezuela ada rizab minyak yang paling banyak di dunia. Inflasi negara hanya pada kadar 1.5% sahaja bukan seperti negara-negara yg tawarkan harga minyak rendah.Boleh ke debat dengan dia ni bila dia asyik kata No No No No No? Pengumuman pimpinan pakatan pembangkang yang ingin menurunkan harga kereta melalui ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini dilihat sebagai pendekatan populis semata-mata. Ini kerana ramai yang berpendapat ia bukanlah kaedah yang terbaik buat rakyat malah bakal memberikan impak besar kepada negara. Ini kerana secara keseluruhannya penurunan dan pemansuhan cukai kenderaan belum tentu menurunkan harga kereta. Sebagai contoh kereta hibrid tidak dikenakan cukai, namun harganya tidak pula di

Kelantan Terjerumus Ke Lembah Maksiat Walaupun 23 Tahun bawah Naungan PAS

Imej Kelantan sebagai kononnya “Serambi Mekah” kerana ditadbir oleh Kerajaan PAS Kelantan sebenarnya satu pembohongan. Semakin banyak gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran, penyalahgunaan dadah dan perjudian telah berleluasa di negeri yang dipimpin PAS ini. PAS Kelantan gagal bendung kegiatan tidak bermoral. Sikap angkuh kerajaan PAS Kelantan punca gelaja tidak bermoral semakin merosakkan rakyat negeri itu. Sudah tiba masanya BN bawa kemajuan sosioekonomi untuk rakyat Kelantan yang terlalu ketinggalan di belakang. 17 tahun janji stadium baru nak buat. Jelas PAS Kelantan tidak pedulikan rakyat Kelantan. Setelah hampir 23 tahun mentadbir kerajaan negeri Kelantan, pimpinan Pas masih lagi dilihat mengunakan Islam sebagai modal untuk menagih simpati yang dijadikan sebagai umpan untuk terus menipu rakyat. Malah Mursyidul Am, Nik Aziz selaku menteri besar sering mengunakan alasan memartabatkan Islam bagi memastikan dirinya terus kekal di tampuk kuasa. Malah

PM @NajibRazak Yakin BN Menang 2/3 Majoriti

Ramai yang seakan sedar dengan perubahan sikap dan emosi yang sedang melanda Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ketika ini. Walau dia masih cuba bersikap tenang terutama di hadapan media dan khalayak umum namun pada hakikatnya, Anwar sedang dilanda sindrom takut untuk berdepan dengan bermacam-macam kemungkinan yang akan melanda khususnya kehilangan sokongan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Masakan tidak, selain berdepan dengan pelbagai isu dan skandal seks yang tidak ada titik noktahnya Anwar gusar dengan perkembangan terkini berhubung sokongan masyarakat yang semakin berkurangan. Contoh paling ketara, sekiranya sebelum ini setiap program yang dihadiri oleh Anwar, paling sedikit jumlah kehadiran pasti mencecah ke angka 5-6 ribu. Namun mutakhir ini, angka itu menunjukkan jumlah kemerosotan yang ketara dengan anggaran kehadiran hanya sekitar 1-1,500 orang sahaja dalam satu-satu masa. Berbanding program Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang melonjak sekitar 10-15 ribu.

Pulau Pinang Semakin Menjunam Di Bawah Lim Guan Eng & DAP

Setelah lima tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di Pulau Pinang bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, serta keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009. Ramai percaya LGE berjaya kurangkan hutang negeri. Ramai tak tau itu sebenarnya dibuat dengan bantuan Kerajaan Persekutuan. Pulau Pinang alami defisit selama 4 tahun berturut-turut di bawah DAP & Lim Guan Eng. Projek terowong mega RM6.3 bilion Lim Guan Eng terima kritikan hebat dari CAP

13 Kejutan Anwar Ibrahim Sebelum Menjelangnya PRU13

Sumpah Laknat Anwar Hanya Untuk Pastikan Impian Menjadi PM Tercapai

Setelah puas menunggu, akhirnya penyokong Pas khususnya pencacai yang begitu menyanjungi makhluk bernama Anwar sudah boleh menarik nafas lega. Ini kerana menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal pembangkang SuaraPakatanRakyat, makhluk yang dikatakan sebagai pemimpin Anugerah Tuhan itu telah bersetuju untuk bersumpah laknat. Ia antara lainya bertujuan untuk membersihkan imejnya yang dikaitkan dengan kes Sodom aka Liwat dan skandal China Doll, sedikit masa dahulu. Malah pemimpin yang perasan kononnya dirinya layak untuk menjadi perdana menteri itu pernah beberapa kali dilihat ‘hilang kawalan’ apabila berdepan dengan wartawan yang mengajukan soalan berhubung isu terbabit. Ditambah dengan beberapa fakta kes, ia semakin menyakinkan rakyat namun dimasa yang sama telah mengelirukan pencacainya yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila Anwar dilihat seolah-olah cuba mengalihkan tumpuan masyarakat dari membicarakan mengenai kes-kes tersebut.

Menunggu Anwar 'Sesumpah' Bersumpah Ada Berani ke????

Laman Suara PR akhirnya memberi sedikit harapan untuk puak pembangkang mengeluh lega setelah begitu lama menunggu Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah sepertimana yang dituntut oleh berbagai pihak. Menurut laman tersebut, Anwar akan bersumpah pada suatu hari Jumaat minggu pertama bulan hadapan di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Acara tersebut akan turut disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang, termasuk beberapa tokoh agama luar negara. Ia dijangka menjadi ‘bom’ untuk mematikan terus UMNO dan BN menjelang PRU nanti. Memetik laporan laman tersebut, Anwar akan bersumpah laknat bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara paksa. Nampaknya, dua perkataan terakhir dalam kenyataan laman Suara PR mengenai sumpah ini, iaitu ‘secara paksa’ telah membuatkan ramai pihak pembangkang sendiri merasa tidak senang duduk. Mereka tertanya-tanya sesama mereka, apakah ini bermakna Anwar meliwat Saiful ata

Wawancara Dengan Fairfax Media, Australia: Anwar Tuduh Malaysia Fobia Terhadap Dunia Lua

Ketika penyokong-penyokong Anwar masih lagi bingung cuba menepis video wawancara Anwar dengan radio BFM yang menyaksikan Anwar menentang diskriminasi terhadap terhadap golongan LGBT dan menganggap ianya merupakan hak peribadi seseorang, timbul satu lagi video yang membawa mesej yang sama dari Anwar, berkenaan isu ini. Video yang boleh didapati di http://www.smh.com.au/world/anwar-to-end-xenophobia-and-promote-freedoms-20130305-2fj1v.html adalah wawancara Anwar dengan Fairfax Media dari Australia yang disiarkan pada 6 Mac 2013. Artikel berkenaannya pula yang ditulis oleh Lindsay Murdoch membawa tajuk “Anwar akan hapuskan xenofobia dan mempromosi kebebasan”. ‘Xenofobia’ adalah salah satu gangguan psikologi yang berkaitan dengan rasa takut yang tidak rasional terhadap sesuatu yang asing, termasuk orang asing atau budaya serta apa-apa yang berbeza dengan kebiasaan atau budaya sendiri. Media Australia ini jelas mengangkat Anwar sebegitu tinggi dengan merujuk kepada beliau seba

Rafizi Gelabah Pada Sidang Akhbar Pertahankan Anwar

"Saya sudah melihat video itu, ianya spekulasi dan berniat jahat, dan tidak membuktikan seseorang itu bersalah. Ianya hanya satu andaian, beliau (Anwar Ibrahim) seorang yang mesra dan peramah dan semua orang boleh bercakap dengan beliau." Ungkapan kata di atas dilafazkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dalam sidang akhbarnya di ibu pejabat PKR pada 22 Mac 2013 yang dipetik dari laman MalaysiaDigest. Secara tersuratnya kenyataan itu bermaksud mempertahankan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tapi sedar tak sedar, ia seperti mengesahkan bahawa individu yang gaya cakapnya seperti seorang jantan gersang dalam video berdurasi 1.20 minit yang disiarkan oleh blogger PapaGomo sememangnya Anwar. Ini sekaligus menafikan dakwaan penyokong pembangkang kononnya video itu telah diedit audionya (dubbing). Dengan pengakuan Rafizi ini berkemungkinan selepas ini para penyokong Anwar terpaksa mengolah alasan lain bagi menafikan video tersebut. Bagaimana pun tulisan ini tidak berhasr

Rakyat Perlu Tolak Manifesto Pembangkang, Kerana Ia Bukan JANJI!!!

Keghairahan pakatan pembangkang untuk membentangkan manifestonya dengan lebih awal, akhirnya memakan diri, ini kerana apabila dikaji satu persatu banyak kepincangan yang dapat dilihat kerana TERBUKTI ia dilakukan dengan secara tergesa-gesa. Pada peringkat awalnya mereka merasakan ia merupakan satu strategi politik untuk memberikan tekanan kepada Barisan Nasional (BN), disamping untuk mengunakan isu “BN TIRU” terhadap kredibiliti kerajaan, andai wujud persamaan tawaran yang bakal ditawarkan kelak. Akhirnya pada ketika ini, beban yang ingin diletakkan kepada kerajaan mula dirasai oleh pimpinan pakatan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim yang merasakan strategi tersebut akhirnya telah memakan tuan. Nampaknya tekanan yang cuba diberikan dilihat, langsung tidak terkesan kepada parti pemerintah yang pada ketika ini sedang memberikan tumpuan khusus terhadap isu pencerobohan di Sabah. Tambahan pula, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak merasakan per

Wawancara Dengan Radio BFM: Anwar Mengaku Sukar Menjawab Orientasi Seksnya

Baru-baru ini, satu video telah dimuatnaik ke Youtube iaitu wawancara rangkaian radio BFM dengan Anwar Ibrahim pada 1 Mac 2013, http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ctV1v_b9Lrw menyaksikan bagaimana Anwar berbelit-belit dan berpusing-pusing untuk memberi jawapan kepada soalan mudah yang dikemukakan iaitu “apakah orientasi seks anda?” Anwar jelas tidak mampu menjawab sama ada beliau lelaki normal iaitu heteroseksual (straight), atau homoseksual atau biseksual secara terus terang. Sebaliknya, beliau menjawab ala penglipur lara di mana kisah bermula apabila beliau telah difitnah oleh UMNO dan didakwa sebanyak dua kali tetapi ternyata tiada bukti kukuh untuk mensabitkannya ke atas tuduhan itu. Sedangkan, hakikatnya, dalam kes pertama, ketiga-tiga hakim bersetuju bahawa beliau terlibat dalam aktiviti liwat tetapi tidak dapat disabitkan kesalahan atas sebab mangsa tidak dapat mengingati tarikh dengan tepat. Anwar kemudian memberitahu bahawa beliau seorang

Bala Mati Di Makan Sumpah

Penyiasat persendirian, Balasubramaniam Perumal (PI Bala) yang baru sahaja meninggal dunia beberapa hari lepas disebabkan serangan penyakit jantung, pastinya akan kekal diingati ramai kerana mencipta rekod membuat dua akuan bersumpah (SD) yang berbeza untuk satu isu yang sama. PR tentunya sedikit sebanyak mempunyai saham dalam menyebabkan kematian PI Bala kerana masih mendesak penyiasat persendirian itu berkempen untuk mereka di Damansara sekalipun mengetahui PI Bala belum sihat sepenuhnya selepas terjatuh ketika berceramah untuk PR di Kota Bharu. Ia satu bentuk kezaliman, tapi bagi PR soal kesihatan PI Bala yang kurang baik tentunya bukan perkiraan mereka, yang penting ialah memanipulasi sepenuhnya mendiang untuk kepentingan politik supaya berbaloi dengan wang ringgit yang dilaburkan. Lagi pun sejarah hitam PI Bala yang pernah menggelapkan wang RM50,000 milik Razak Baginda yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya Shariibuu selain mempunyai rekod buruk terlibat dalam p

Puaka Rosmah, Satu Lagi Fitnah Pakatan Rakyat

Kita tidak boleh menafikan bahawa laman web Suara Pakatan Rakyat adalah satu-satunya laman web pro Pakatan Rakyat yang benar-benar membawa suara hati pemimpin dan penyokong PR secara telus dan lantang. Contohnya di muka depannya hari ini, laman tersebut tidak segan silu menyatakan apa yang tidak berani dinyatakan secara terbuka oleh kebanyakan penyokong PR, iaitu ‘Kalau Anwar Gay Sekalipun, So What?’ Walaupun kita tidak mampu menerima rasional laman tersebut mengenai soal ‘gay’, tetapi kita harus menghormati sikapnya yang tidak hipokrit, berterus-terang dan tidak berbelit-belit dalam memperkatakan pendirian sebenar PR. Sedangkan Anwar sendiri tidak berani berkata benar mengenai kecenderungannya itu. Namun, itu tidak bermakna laman tersebut tidak terkecuali dari bersifat berat sebelah dalam membincangkan isu-isu berbangkit. Seperti juga semua penyokong dan pemimpin PR, laman tersebut tetap berpegang bahawa apa saja yang buruk yang berlaku di dunia ini adalah salah Barisan

Tun Musa Hitam Balas Dendam Pada Tun Mahathir Dengan Buku Jingga?

Tun Musa Hitam pastinya satu-satunya personaliti dari luar Pakatan Pembangkang yang menyokong Buku Jingga. Sekurang-kurangnya itulah yang dijaja oleh PR mengenai Musa Hitam berikutan kenyataannya di dalam program 'Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ yang berlangsung di Karangkraf baru-baru ini. Setelah diselidik teks asal, ternyata Tun Musa bukanlah ‘membela kitab suci Pakatan Rakyat’ itu secara langsung, tetapi Tun Musa hanya ‘membela Pakatan Rakyat’. Pakatan Rakyat juga menganggap kenyataan Tun Musa mengenai politik perkauman merupakan sindiran langsung terhadap Tun Mahathir. Dan terbahak-bahaklah mereka, suka mendengarnya. Sebenarnya, bukan baru kali ini Tun Mahathir dituduh sebagai bersifat rasis, tetapi sejak dari awal penglibatannya di dalam politik lagi Tun Mahathir telah digelar ‘Ultra Melayu’ oleh kaum Cina. Semuanya kerana beliau begitu prihatin dan lantang membela Melayu yang dilihatnya ketinggalan dalam semua bidang. Keprihatinan dan kasih sayangn

Terima Kasih Kerajaan Atas Ketegasan Berhubung Kenyataan Biadap Tian Chua

Tindakan untuk mengherat Naib Presiden PKR, Tian Chua ke muka pengadilan pasti mengembirakan majoriti rakyat Malaysia khususnya balu, anak dan kaum keluarga, para perwira yang telah terkorban sepanjang Ops Daulat dilakukan. Malah menurut sumber yang diperolehi dari rakan-rakan media yang sedang bertugas di Lahad Datu ketika ini, berita mengenai pendakwaan tersebut telah di sambut dengan ucapan ‘alhamdulillah’ dan ‘terima kasih PM’. Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa, kenyataan ahli parlimen batu yang biadap dan kurang ajar itu, telah menimbulkan kemarahan di kalangan anggota-anggota keselamatan negara yang sedang berkorban nyawa di sana. Malah menurut salah seorang rakan yang dihubungi sebentar tadi, mengatakan ada dikalangan penduduk kampung yang melakukan ‘sujud syukur’ tanda berterima kasih atas ketegasan kerajaan berhubung kenyataan tersebut. Tian Chua, pagi tadi telah dihadapkan ke mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tud

Isu Sumpah Laknat Buat Pencacai Pembangkang Meroyan Gila

Mungkin kerana berang dengan soalan yang ditanya, seorang blogger pembangkang bertindak memaki hamun sekumpulan wartawan yang ingin meminta penjelasan lanjut dari bapa kepada mangsa liwat Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim. Ia ekoran dari kenyataan yang dibuat oleh Azlan minggu lalu, kononnya anaknya Saiful Bukhari telah dijadikan ‘alat’ orang-orang tertentu untuk menfitnah Anwar. Melalui maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan, blogger pembangkang itu dikenali sebagai Rahman Talib @ Tulang Besi yang juga merupakan pengendali portal MalaysiaWaves bagi membela puak-puak ‘Anwarinas’ @ kumpulan Endorgan di dalam Pas. Ekoran marah dengan tindakan wartawan yang membangkitkan isu sumpah laknat kepada Azlan itu, dia telah berjumpa dengan kumpulan wartawan terbabit sambil menjerit-menjerit memanggil petugas media tersebut sebagai ‘Melayu Bodoh’. Yang menariknya, tindakan kurang matangnya itu, turut mengundang rasa tidak puas hati di kalangan petuga

Saman...Saman....Saman... Puak Pakatan Pembangkang GILA SAMAN!!!

Kesian PAPAGOMO, Utusan Malaysia dan TV 3 yang disaman Anwar Ibrahim dan bakal disaman Tian Chua,  walhal yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim DALANG pencerobohan di Lahad Datu adalah akhbar luar negara dan Perisikkan Kerajaan Filipina sendiri. Mengapa Anwar Ibrahim tidak menyaman Akhbar dan media antarbangsa sebaliknya menyaman akhbar Malaysia yang bukan merupakan sumber pertama pendedahan Anwar Ibrahim Dalang serangan di lahad Datu? marilah kita berfikir bersama....