Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Temurapat PRU PKR: PKR Kalah Sebelum Berkempen?

Parti PKR tegar sekali menggunakan nama ‘rakyat’ dalam setiap aktiviti dan kempen mereka. Sudah tentu sekali dalam menghadapi pilihanraya kali ini, nama ‘rakyat’ akan dijulang tinggi-tinggi kononnya sebagai matlamat perjuangan walaupun matlamat sebenarnya adalah ‘demi Anwar, untuk Anwar dan kerana Anwar’. Dalam Temurapat PRU PKR tahun lepas, parti tersebut telah meminta bantuan Merdeka Center, untuk menguji beberapa slogan bagi digunakan sebagai tema kempen dalam PRU-13. Antaranya: 1. Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia 2. Malaysia Baru, Muafakat Baru, Pimpinan Baru 3. Demi Rakyat, Demi Masa Depan Selaras dengan keterujaan PKR dengan perkataan ‘rakyat’, maka mereka nampaknya memilih slogan ketiga, iaitu ‘Demi Rakyat, Demi Masa Depan’ yang bagi mereka lebih tegas dan sesuai dengan imej KEADILAN. Slogan ini dikatakan mendapat reaksi positif dari pengundi sasaran PKR iaitu Golongan Muda, Golongan Bekerja dan Kaum India yang tidak berpatisan. Dalam temurap

Akan Tercapaikah Impian Lajim Ukin Menjadi Ketua Menteri?

Lumrah kebanyakan orang politik tidak lepas dari menyimpan cita-cita tinggi untuk kepentingan peribadi dan tidak pernah puas dengan kedudukan serta jawatan sedia ada. Memang diakui ramai yang tak pandai mengukur baju di badan sendiri sebaliknya lebih suka masuk bakul angkat sendiri, lantaran itu pantang dijanjikan atau ditawarkan jawatan yang lebih tinggi segelintir politikus ini akan segera menggapainya. Bekas MT UMNO dari Sabah, Lajim Ukin adalah antara politikus yang memiliki sifat dan sikap yang tidak pernah puas dengan nikmat yang dikecapi dan acapkali terlebih ukur baju di badan sendiri. Rakyat Sabah sendiripun sudah lama sedia maklum dengan impiannya yang membuak-buak begitu berkeinginan sekali untuk menjadi Ketua Menteri malah pernah satu ketika diugutnya PM supaya Ketua Menteri sekarang dilucutkan jawatan dan diganti pula dengan dirinya. Lajim pun tahu untuk naik ke tangga atas dengan menggunakan kemampuannya agak sukar untuknya menandingi kewibawaan dan pengaruh Musa Am

Populariti Najib, BN Terus Meningkat

Kajiselidik berkenaan populariti pemimpin dan parti politik yang diadakan oleh UKM menunjukkan petanda yang baik buat Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang. Ini berdasarkan hasil kajian yang mendapati bahawa populariti Dato’ Seri Najib meningkat sehingga 76% mengatasi dua pemimpin pembangkang iaitu Anwar Ibrahim dan Nik Aziz. Melalui pecahan etnik pula, sokongan terhadap Najib di kalangan Melayu berada di tahap 75%, Cina 69.9%, India 71%, Iban 85.5% dan lain-lain etnik Bumi 84.4%. Kajiselidik yang melibatkan 1,000 warga Lembah Klang pula menunjukkan 69.9% memilih BN akan menang dalam PRU ke-13, 37.5% setuju BN akan menang 2/3 majoriti dan 32.1% lagi merasakan yang BN akan menang mudah. Dalam pada itu, populariti pemimpin dan parti pembangkang semakin menurun dengan Khalid Ibrahim mendapat tempat tercorot dengan 55% responden di menyatakan tidak yakin dengan PR serta ragu-ragu dengan a

Kenyataan Akhbar Program Jelajah Aman Kampus 2012

Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) hari ini menggesa para pelajar supaya menumpukan perhatian kepada peperiksaan dan tidak menyertai satu perhimpunan untuk menyokong ketua pembangkang, Anwar Ibrahim pada 9 Januari 2012. Presiden persatuan pro-BN itu, Mohd Shahar Abdullah berkata pihaknya turut mengecam satu lagi perhimpunan akan akan diadakan esok untuk menyokong seorang pelajar pro-Mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim. Adam Adli, seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, berdepan tindakan tatatertib ekoran tindakannya menurunkan satu kain bercetak wajah perdana menteri dalam satu perhimpunan pelajar pro-Mahasiswa sebelum ini. Mengulas rancangan perhimpunan tersebut, Mohd Shahar berkata tindakan berkenaan merupakan satu "petanda amat teruk kepada demokrasi negara." "Kita mahu kampus kita menjadi aman, menjadikan mahasiswa berfikiran rasional," katanya yang bimbang jika terdapat pelajar ditahan polis memandangkan peperiks

Perkataan ‘Rakyat Hakim Negara’ Hanya Retorik Pembangkang Sebaliknya Mereka Mempergunakan Rakyat Untuk Kepentingan peribadi

“Sebenarnya dalam kes Datuk Seri Anwar ini, ia adalah antara Datuk Seri Anwar dengan Saiful Bukhari, saya kira tidak relevan jika diheret rakyat untuk menjadi Hakim Negara. Rakyat hakim Negara merupakan bahasa yang mereka gunakan tahun 1998, 1999 dan kalau kita nak rakyat menjadi hakim adalah pada pilihan raya nanti,” ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. Ujarnya, memang ada sesetengah rakyat melihat perbuatan liwat itu tidak salah tetapi hakim mengatakan liwat salah. Maka, rakyat tidak boleh menjadi hakim dalam kes-kes melibatkan perundangan. “Saya fahamlah retorik perkataan ‘rakyat hakim Negara’ itu hanya retorik pembangkang. Rakyat menentukan kepimpinan Negara itu betul tetapi rakyat hakim Negara itu tidak betul kerana hakim ini kita bagi pada hakimlah sebab mereka pakar dalam perundangan dan mereka tahu mana salah, mana yang tidak salah. Apa yang berlaku ialah kes individu, antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan. Apa halnya kes antara dua individu ini, nak di

USAH Bertelagah Siapa Perlu Jadi Pemimpin

Debat tidak dapat MENYELESAIKAN sebarang masalah. Pelaksanaan atau rombakan sistem yang perlu diperbetulkan daripada pembentukan diri sebagai pemimpin yang berwibawa(individu) sehingga kepada membaik pulih sebarang sistem yang perlu untuk menjadikan ianya lebih efisyen, adil, harmoni dan NYAH PENINDASAN. USAH bertelagah siapa perlu jadi pemimpin pada masa akan datang. Rakyat sudah muak melihat orang-orang yang terkenal dan sudah matang bertelagah sesama sendiri. Kita bukan mahu melihat siapa menang 'Laga Ayam'. Seorang pemimpin perlu ada 3 perkara penting ILMU(Bijak), ADIL dan AMANAH. Ilmu bukan untuk di debatkan, tetapi untuk DILAKSANAKAN untuk kebaikkan SEMUA. Menjadi pemimpin bukan sekadar menjadikan ianya PROFESION untuk menyara keluarga, atau menunjukkan handal BERPIDATO, tetapi untuk memimpin satu KOMUNITI kearah yang lebih baik dan harmoni. Satu SISTEM yang baik dan harmoni, akan dicontohi pula dinegara yang lain nanti, maka dengan sendirinya yang batil akan musna

Suaram mengecam PM Malaysia Dan Ketua Pembangkang

Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai satu norma dan gaya hidup masyarakat tidak boleh diterima oleh masyarakat yang beradab. Namun ini tidak bermakna kita tidak membenarkan mereka ini untuk hidup, belajar, bekerja, berinteraksi dengan masyarakat. Hak-hak kemanusiaan mereka adalah sama dengan manusia lain, namun gaya hidup begitu tidak dapat diterima sama sekali. Janganlah dengan sengaja membuat fitnah kononnya orang yang menolak LGBT akan menganiaya mereka. Suaram dengan sengaja memainkan emosi masyarakat dan menggunakannya sebagai elemen untuk mengugut. LGBT BUKAN SATU KOMUNITI.. MEREKA ADALAH PEMBAWA BALA DALAM MASYRAKAT .. GOLONGAN INI MERUPAKAN GOLONGAN BERAKAL SONGSANG YANG PERLU DIHAPUSKAN DARI MASYRAKAT... MEREKA MEMPUNYAI KECELARUAN FIKIRAN DAN GENDER... MEREKA TAK LAYAK DIANGGAP SEBAGAI SATU KOMUNITI... TAPI GOLONGAN PICISAN YANG SENGAJA MENCARI ARAH SONGSANG... BERTAUBATLAH LGBT.   Aku teringat kata pengacara dog whisperer. " Anjing menjadi gana

13 MEI: KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KG BARU

Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah. Reaksi spontan Kit Siang terhadap kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen 19 Julai lalu harus difahami dalam konteks sejarah penubuhan DAP dan kaitan parti itu dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969. Bagi golongan muda yang tidak melalui peristiwa berdarah 43 tahun lalu mungkin tidak begitu mengerti mengapa tokoh veteran DAP itu amat marah terhadap dakwaan tersebut, tetapi generasi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri tragedi paling dahsyat dalam sejarah negara itu sudah tentu memahami sebab musabab reaksi cacing kepanasan beliau. Sejarah awal penubuhan DAP mempunyai kaitan rapat dengan Parti Tindakan Rakyat Singapura (People’s Action Party - PAP ) yang di tubuhk

PKR Cuba Cetus Pemberontakan Negara Islam Terhadap Arab Saudi

Di kala dunia mula membuka mata dan mengutuk keganasan rejim Zionis, tidak semena-mena ada pihak yang cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan persoalan terhadap kerajaan Islam, yakni, Arab Saudi.   Pihak yang diperkatakan di sini pula, bukanlah pihak barat, tetapi seorang penulis pro-PKR, sekali gus menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa PKR adalah agen Zionis di Asia Tenggara. Penulis tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan, ialah Hishamuddin Rais.  Di dalam KeAdilandaily, Hishamuddin telah menulis sebuah artikel bertajuk ‘Arab Saudi dan Zionis Israel’ di mana beliau menghina warga Saudi dengan menyatakan yang mereka berkelakuan lucah dan ganas terhadap warga asing termasuk merogol dan memukul pekerja wanita dari Filipina dan Indonesia. Antara petikan lain tulisan beliau: “Untuk saya negara yang bernama Arab Saudi  adalah ‘scam’ yang paling besar yang menimpa penganut agama Islam di seluruh dunia. Sejarah merakamkan bahawa Arab Saudi ini dilahirkan dari perancangan

Bangsa Cina Dahulu, Malaysia Kemudian

Pheng Yin Huah, Presiden Hua Zong Association baru-baru ini membuat kenyataan mengenai konsep Sekolah Satu Aliran yang dikatakannya menyalahi Perlembagaan Negara sebagai menempelak kenyataan saudara Khairy Jamaluddin yang mempersoalkan sekolah vernakular.  Kenyataan Yin Huah jelas menunjukkan sikap ‘Cina dahulu, Malaysia kemudian’.   Nampaknya, Hua Zong, seperti juga Dong Zong adalah ektremis rasis tegar yang berpegang teguh kepada semangat keCinaan tanpa mengambil kira realiti dan akibat terhadap negara.   Apabila kita bercakap tentang sistem persekolahan, kita bukan hanya bercakap mengenai pendidikan tetapi juga perpaduan.  Hanya mereka hipokrit sahaja yang enggan mengakui hakikat bahawa sistem persekolahan yang berasinganlah yang menyumbang kepada masalah perkauman hari ini.   Tindakan Pheng Yin Huah merujuk kepada Perlembagaan bagi menguatkan hujah hipokritnya amatlah mengecewakan.   Menurut perlembagaan Malaysia, ‘tiada seorang pun yang harus dihalang da

Jasa Najib di Usia 59 Tahun

YAB Dato’ Seri Najib mungkin baru 3 tahun memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara begitu banyak dan sukar untuk disenaraikan.   Bermula dari usia 22 tahun, Najib telah pun menjadi Ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dan kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran serta Timbalan Menteri Kewangan.  Ini bermakna, di usia yang begitu muda, Dato’ Seri Najib telah pun menabur jasa kepada rakyat melalui portfolio-portfolio yang dipegangnya. Kewibawaan, kesungguhan dan keikhlasan beliau berkhidmat telah mendapat perhatian Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya mencalonkan beliau ke kerusi DUN Pekan yang membawa kepada perlantikannya sebagai Menteri Besar Pahang di usia 29 tahun. Lanjutan dari itu, Najib sebagai Menteri Besar menjadi antara tokoh perintis Yayasan Pahang bagi mempromosi pendidikan dan sukan di kalangan belia melalui biasiswa dan dana.  

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun

Dosa Khalid Ibrahim Terhadap Rakyat Selangor

Tatkala Selangor dibawah tampuk pemerintahan BN, setiap perancangan pembangunan dibuat dengan mengambil kira keperluan jangka masa pendek dan panjang bersandarkan kajian data-data semasa dan sebelumnya. Cadangan pembinaan cawangan UiTM bernilai RM300 juta di atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah misalnya, merupakan salah satu pandangan jauh ke depan yang mengambil kira tuntutan semasa dan impak kebaikan pada kawasan sekitarnya. Apabila pusat pendidikan tinggi itu siap dibangunkan, ia akan membawa bersamanya limpahan kemakmuran untuk penduduk sekitarnya dan mampu mengubah wajah tempat tersebut sebagai salah satu pusat tumpuan pendidikan serta membuka banyak ruang perkembangan aktiviti ekonomi. Namun apabila Selangor diambil alih oleh DAP, PKR dan PAS, cadangan tersebut diganggu oleh Khalid hanya semata-mata YBK tidak memenuhi permintaannya untuk menjadi Pengerusi baru bagi yayasan tersebut. Selanjutnya, Khalid mula menunjukkan langkah pemusuhan dengan YBK d

Tanah Bawah Air: Khalid Ibrahim & Tony Phua Sah Menipu

DALAM cuba mempertahankan tindakan kerajaan Selangor membeli tanah milik Talam yang 80% daripadanya berada di bawah air, Menteri Besar Khalid Ibrahim dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua telah menipu rakyat Malaysia dan Selangor khasnya dengan mendakwa Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti telah membuat penilaian mengenai harga tanah tersebut. Pendek kata DAP dan kerajaan negeri Selangor cuba mempertahankan keputusan pembelian tanah yang lerlebih harga dan tidak mendatangkan keuntungan itu dengan cuba menjual nama Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti. Gambaran yang cuba diberikan, pembelian itu adalah sah kerana telah diberi penilaian oleh pihak yang sepatutnya. Bagaimanapun semuanya berubah pada 12 Julai lepas apabila Trinity Corporation Berhad (nama lamaTalam Corporation Berhad) mengeluarkan notis kepada Bursa Saham bahawa kenyataan Khalid Ibrahim dan Tony Pua yang merujuk Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti sebagai pihak yang menilai dan memberi kelulusan kepada pembelian t

Kes Liwat II: Rancangan ‘Rusuhan 901’ Mungkin Perlu Diteruskan?

Pada 9hb Januari lepas, iaitu hari di mana keputusan kes liwat Anwar Ibrahim bakal diumumkan, Anwar telah bersedia untuk masuk penjara sementara orang-orangnya pula bersedia untuk merusuh untuk membebaskannya. Bagi memberi impak yang lebih bermakna, hari tersebut diberi nama ‘901’ iaitu simbol pembebasan seorang ‘wira’. Malah, sebuah bom juga telah diletupkan sebagai ‘memeriahkan’ lagi rusuhan yang dirancang. Rancangan Anwar ialah agar seluruh dunia menyaksikan pemenjaraannya dan seterusnya rusuhan besar-besaran sehingga akhirnya kuasa asing masuk campur lalu membebaskan dan menobatkannya sebagai hero sekali gus pemerintah Malaysia yang baru. Namun, rancangan tersebut gagal kerana Anwar telah dibebaskan atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu kerana sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis. Bagaimanapun, semalam pihak pendakwaan telah memfailkan petisyen rayua

JELAJAH JANJI DITEPATI BIKIN PEMBANGKANG KECUT

Pembangkang kini amat gementar dengan siri lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program Jelajah Janji Ditepati yang bermula sejak April lalu.Dalam masa hampir empat bulan, Perdana Menteri telah bertemu atau 'touch base' dengan rakyat daripada pelbagai lapisan di Johor hinggalah ke Sarawak, Perak, Kedah dan Melaka. Sambil mendengar keluhan dan rintihan rakyat, beliau juga berjaya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, bak kata pepatah sambil berenang minum air.Malah slogan Janji Ditepati juga telah dijadikan tema sambutan perayaan 55 tahun Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 31 Ogos dan 16 September tahun ini. Ketakutan pembangkang terhadap slogan tersebut terserlah apabila mereka menuduh ia sebagai propaganda politik Barisan Nasional dan usaha mengugut rakyat. Malah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan individu paling takut kepada pengaruh kuat Perdana Menteri sepertimana yang dilihat daripada samb

Himpunan Oren: Usaha Pembangkang Untuk Mendapat Publisiti Murah

Pada Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lepas, pihak pembangkang hanya berjaya mendapatkan sekitar 25,000 peserta iaitu jauh tersasar dari jumlah sasaran seramai 500,000 orang. Mungkin kerana tidak puas hati, dan ingin ‘test power’ memandangkan Pilihanraya semakin hampir maka satu lagi percubaan untuk menggerakkan seramai mungkin penyokong mereka melalui demonstrasi, diadakan pada siang tadi. Kali ini, dengan memakai nama Himpunan Oren pula yang bertujuan kononnya untuk ‘menyelamatkan Felda’. Menurut mereka, para peserta adalah terdiri dari anak-anak Felda tetapi kita mendapat tahu bahawa ada pekeliling yang dikeluarkan oleh PAS untuk mengerahkan ahli-ahli mereka turun beramai-ramai menyertainya. Perlu diingatkan bahawa tiada pula pekeliling yang sama dikeluarkan oleh DAP, bukan hanya kerana DAP tidak cukup bodoh untuk menyertai balaci mereka di dalam PAS untuk berbuat sesuatu yang sia-sia, tetapi juga kerana DAP tidak berminat dengan isu ini memandangkan Felda adalah isu orang Me

Selain Anwar, Wan Azizah Juga Tengah Merayau Cari Tempat Bertanding?

Katanya Anwar akan lari di Nibong Tebal dalam PRU-13, akibat tidak yakin lagi mendapat sokongan di kawasan sendiri. Tetapi, di Nibong Tebal juga, nampaknya Anwar tidak berapa yakin. Dengan ceramahnya yang semakin kurang mendapat sambutan, Anwar sudah benar-benar tertekan. Justeru, Anwar terus merayau-rayau mencari kawasan yang sesuai untuk bertanding. Isterinya, Wan Azizah pula tidak boleh bertanding kerusi Parlimen kerana meletak jawatan sebagai MP Permatang Pauh pada 2008 untuk memberi laluan untuk Anwar. Namun, dalam kenyataan beliau baru-baru ini, Wan Azizah ada menyuarakan hasratnya untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Soalnya, di mana? Ada yang membuat spekulasi yang beliau akan bertanding di Selangor. Tetapi, di masa yang sama Wan Azizah dikatakan ada membayangkan yang beliau ingin bertanding di kawasan beliau membuang undi, iaitu di Permatang Pasir di dalam kawasan parlimen Permatang Pauh. Kerusi tersebut dimenangi oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pina

Kes Liwat II: Rancangan ‘Rusuhan 901’ Mungkin Perlu Diteruskan?

Pada 9hb Januari lepas, iaitu hari di mana keputusan kes liwat Anwar Ibrahim bakal diumumkan, Anwar telah bersedia untuk masuk penjara sementara orang-orangnya pula bersedia untuk merusuh untuk membebaskannya. Bagi memberi impak yang lebih bermakna, hari tersebut diberi nama ‘901’ iaitu simbol pembebasan seorang ‘wira’. Malah, sebuah bom juga telah diletupkan sebagai ‘memeriahkan’ lagi rusuhan yang dirancang. Rancangan Anwar ialah agar seluruh dunia menyaksikan pemenjaraannya dan seterusnya rusuhan besar-besaran sehingga akhirnya kuasa asing masuk campur lalu membebaskan dan menobatkannya sebagai hero sekali gus pemerintah Malaysia yang baru. Namun, rancangan tersebut gagal kerana Anwar telah dibebaskan atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu kerana sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan K

DAP BERTEKAD MAHU HAPUS SISTEM KUOTA, KONTRAKTOR MELAYU

Debat di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) pada 8 Julai lalu berjaya mengukuhkan persepsi DAP sebagai parti Cina paling rasis di negara ini. Sementara Soi Lek menggunakan pentas debat untuk mempertahankan rekod parti itu dalam memperjuangkan kaum Cina di negara ini sejak zaman Merdeka lagi, Guan Eng menggunakan peluang tersebut untuk menghentam Barisan Nasional habis-habisan. Sesiapa yang mengikuti debat tersebut akan mendapati kandungan ucapan serta isu yang di bawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berbeza langsung dengan ceramah-ceramah politik yang beliau adakan seiring dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain. Fitnah, cemuhan, tohmahan serta serangan peribadi terhadap Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan sudah menjadi lumrah dan resam pihak pembangkang. Jadi para hadirin pada debat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid sudah tentu amat kecewa jika mereka datang mengharapkan