Skip to main content

DAP BERTEKAD MAHU HAPUS SISTEM KUOTA, KONTRAKTOR MELAYU


Debat di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) pada 8 Julai lalu berjaya mengukuhkan persepsi DAP sebagai parti Cina paling rasis di negara ini. Sementara Soi Lek menggunakan pentas debat untuk mempertahankan rekod parti itu dalam memperjuangkan kaum Cina di negara ini sejak zaman Merdeka lagi, Guan Eng menggunakan peluang tersebut untuk menghentam Barisan Nasional habis-habisan.

Sesiapa yang mengikuti debat tersebut akan mendapati kandungan ucapan serta isu yang di bawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berbeza langsung dengan ceramah-ceramah politik yang beliau adakan seiring dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain. Fitnah, cemuhan, tohmahan serta serangan peribadi terhadap Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan sudah menjadi lumrah dan resam pihak pembangkang.

Jadi para hadirin pada debat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid sudah tentu amat kecewa jika mereka datang mengharapkan sesuatu yang baru dari Guan Eng. Namun sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga; sepandai-pandai Guan Eng cuba memanipulasi fakta dan memutar belit sejarah parti itu yang penuh dengan sentimen perkauman, terserlah juga sikap anti-Melayu tanpa disedarinya.

Agak sukar DAP untuk menutup wataknya yang sebenar dalam masa hanya empat tahun sejak 2008 setelah bergelumang dalam sikap rasis dan anti-Melayu selama 45 tahun sejak ditubuhkan pada 1967. Oleh kerana itu walaupun DAP berusaha keras untuk menyembunyikan dasar perkaumannya dengan cuba menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap orang Melayu namun usaha ini gagal, malah dilihat pula sebagai parti yang bersikap hipokrit dan bermuka-muka berbaik-baik dengan bangsa anak watan yang dibencinya.

Semasa debat, Guan Eng telah tersasul dalam dua isu apabila cuba mematah hujah Presiden MCA, dan kesilapan ini yang dilakukan di hadapan hadirin yang terdiri kebanyakannya daripada pemimpin dan masyarakat Cina telah meranapkan sikap berpura-pura DAP menghormati hak istimewa bangsa Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Pertama, ketika berhujah mengenai isu penubuhan Kolej Tuanku Abdul Rahman oleh MCA, Guan Eng telah mempertikaikan sistem kuota kemasukan universiti awam. Ini merupakan salah satu hak istimewa orang Melayu yang diwujudkan bagi menjamin anak-anak Melayu mendapat peluang mendapat pendidikan di menara gading.

Tanpa peruntukan ini, sudah tentu pelajar-pelajar Melayu akan menghadapi persaingan yang sengit daripada kaum Cina dan India, dan besar kemungkinan peratusan pelajar Melayu di universiti akan menjadi amat kecil jika kerajaan mengamalkan dasar kemasukan terbuka.

Atas kesedaran ini kerajaan Perikatan dan kemudiannya BN terus menerus melindungi kepentingan orang Melayu dalam bidang pendidikan melalui dasar ini. Kini DAP mahu menghapuskan sistem kuota yang bermakna semua universiti awam termasuk UiTM akan dipaksa membuka peluang seluas-luasnya kepada pelajar kaum Cina dan India dengan mengorbankan kepentingan orang Melayu.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Guan Eng semasa sesi debat apabila beliau mendakwa DAP adalah sebuah parti yang memperjuangkan hak semua kaum; hanya ia tidak berani menyebut bahawa dalam perjuangan 'sama rata' parti itu banyak dasar serta program pro-Melayu akan dihapuskan!

Guan Eng juga dengan berani menyentuhkan isu kontrak-kontrak kerajaan yang diberikan kepada syarikat-syarikat Melayu/Bumiputra.Beliau mendakwa Umno mengamalkan dasar yang hanya mengutamakan pemberian kontrak kepada syarikat kontraktor Melayu.

Oleh itu katanya, Guan Eng berjanji untuk menghapuskan semua syarikat kontraktor Melayu yang 'jahat' jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. jika kontraktor Melayu yang mendapatkan kontrak dikatakan sebagai 'jahat' hanya kerana mereka berjaya dalam perniagaan di bawah kerajaan BN, bagaimana pula kontrak-kontrak kelas F yang diberikan oleh kerajaan Pulau Pinang?
Walaupun Guan Eng berkata DAP bersikap telus memberi kontrak kepada syarikat Bumiputra yang benar-benar layak, pembohongan beliau terdedah apabila lebih 90 peratus daripada syarikat Melayu yang berjaya adalah terdiri daripada penyokong-penyokong PKR, PAS dan DAP. Malah DAP telah mempastikan tidak ada satu syarikat kontraktor Melayu di Pulau Pinang layak menerima sebarang kontrak di negeri itu jika didapati mempunyai kaitan dengan Umno atau BN.

Jadi DAP hanya akan membantu segelintir kecil orang Melayu yang sanggup menjadi balacinya dan pada masa yang sama akan menyisihkan majoriti peniaga Melayu, walaupun di kalangan mereka ramai yang berkelayakan dan berpotensi. Debat MCA-DAP yang diadakan seharusnya membuka mata orang Melayu agar tidak dibuai mimpi oleh janji-janji palsu DAP dan Pakatan Rakyat.

Sikap berdiam dan bisu PKR dan PAS terhadap kenyataan rasis pemimpin DAP itu hanya mengguatkan lagi keyakinan bahawa DAP akan menghapuskan segala apa yang kecapi oleh orang Melayu di bawah kerajaan BN jika ia dibenarkan berkuasa.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun