Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Letak Jawatan Jika Tidak Ada Jiwa Melayu-Azim.

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Para pemimpin Melayu dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak berjiwa Melayu dan tidak menghargai keupayaan Melayu, diminta agar meninggalkan jawatan masing-masing demi kebaikan masyarakat tersebut. Wakil UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi berkata, tindakan berkenaan perlu bagi membolehkan kerajaan menempatkan individu Melayu lain yang lebih mempercayai bangsanya sendiri. "Mereka yakni anak-anak Melayu yang memegang jawatan penting dalam GLC diingatkan supaya tidak menjadi kumpulan yang melupakan bangsa sendiri atau bak kata pepatah bagaikan kacang lupakan kulit," katanya ketika membahaskan usul ekonomi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. Abdul Azim berkata, ini kerana tindakan mereka yang cuba mengubah sebarang keputusan kerajaan yang bertujuan bagi membela atau memberi peluang kepada kontraktor Melayu dan bumiputera di dalam sesuatu projek, boleh dianggap sebagai pengkhianat kepada bangsa sendiri.

Datuk Idris Hashim.

KUALA LUMPUR 2 Dis. — Wakil Perak hari ini mencadangkan peneraju syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dipilih daripada kalangan mereka yang berjiwa UMNO supaya dapat membantu orang Melayu meningkatkan pemilikan ekuiti dalam ekonomi. Datuk Idris Hashim berkata, walaupun kerajaan semakin giat melancarkan pelbagai projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), kesannya terhadap ekonomi orang Melayu masih belum dilihat dengan jelas. "Apa salahnya orang yang berjiwa UMNO mengepalai GLC dan GLIC ini supaya agenda Bumiputera dapat dilaksanakan sepenuhnya. Ini sekaligus membantu program transformasi ekonomi supaya dapat mengalir ke bawah,” katanya ketika membentangkan usul Ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini hari ini. Idris, yang merupakan Ketua UMNO Teluk Intan, berkata, syarikat-syarikat GLC dan GLIC perlu mengambil alih atau membeli ekuiti lebih banyak syarikat-syarikat rangkaian pembekal bagi membantu usahawan Melayu. &q

Jangan Jadi Musuh dalam Selimut -Musa Sheikh Fadzir

USUL ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 diluluskan semalam, selepas dibahaskan panjang lebar oleh 15 pembahas dengan pelbagai cadangan, teguran dan harapan. Dengan lulusnya usul itu, bermakna setiap kandungan ucapan dasar Presiden UMNO itu boleh dianggap sebagai sebahagian 'dasar' parti. Seperti perhimpunan agung UMNO sejak ditubuhkan pada 1946, ucapan dasar dijadikan ‘sepak mula’ kepada setiap perbincangan berpandukan tuntutan semasa. Kandungan ucapan dasar presiden dijadikan ingatan dan panduan kepada setiap ahli parti untuk menghadapi masa depan dalam apa juga cabaran dan dugaan. Pastinya 10 kronologi penting peristiwa yang membabitkan UMNO menjadi kandungan ucapan dasar lima presiden terdahulu. Ucapan dasar Presiden biasanya diterjemah kepada tindakan. UMNO tentunya tidak mahu disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Tetapi, jika calon yang dipilih itu difitnah, UMNO perlu mempertahankannya. UMNO juga perlu memastikan s

PAS Jual Agama "Siapa Nak tanggung Dosa" Kamal Saidin

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Persoalan tentang winnable candidate terus mendapat perhatian para perwakilan apabila hari ini seorang wakil Kedah menggariskan ciri-ciri calon berkenaan mengikut pandangan Islam. Mohd. Kamal Saidin yang mengambil kesempatan menyentuh perkara itu ketika tampil sebagai pencadang usul agama, pendidikan dan sosial berkata, pada pilihan raya umum lalu, UMNO mengalami kekalahan termasuk di Kedah akibat perbalahan dan perebutan jawatan. Justeru, beliau menjelaskan, seseorang yang mahu menepati ciri-ciri sebagai calon boleh menang adalah mereka yang tidak meminta-minta dan melobi jawatan. ''Mereka tidak membeli jawatan dan apabila mendapat jawatan tahu beristighfar, yang bertanggungjawab, berkorban dan mempunyai sifat kasih sayang. Inilah winnable candidate," katanya pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Mohd. Kamal menarik perhatian perwakilan dengan membawakan kisah dialog Nabi Muhammad SAW dengan Abdul Rah

Usah Lupa Asas Tubuh UMNO,Parti Perlu Jadi Alat Perkukuh Islam- Zainal S...

KUALA LUMPUR: Pemimpin negara disaran mencontohi sifat kepimpinan Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang sentiasa mengutamakan kepentingan negara lebih daripada diri sendiri. Wakil Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom, berkata Tun Razak yang juga bapa Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib, ketika zaman pentadbirannya sanggup menahan sakit daripada pengetahuan orang ramai, termasuk keluarga terdekat demi negara. Beliau berkata, ramai menyangka Tun Razak yang sentiasa tampil di khalayak ramai dengan tongkat dan jaketnya sebagai sebahagian daripada gayanya, tetapi sebenarnya beliau menyembunyikan sakitnya, sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir. "Saya dapat khabar, isteri dia tak tahu, anak-anak dia pun tak tahu yang tahu hanya doktornya, mulia sungguh hatinya, dia tahu kalau dia beritahu Toh Puan Rahah (Mohd Noah), dia takkan boleh keluar," katanya semasa membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial pada Perhimpunan Agung UMNO 20

PAS Baru Jumpa 'Kitab' Halalkan Sekongkol Dengan DAP - YBhg Ustaz Mohd A...

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Wakil UMNO Kelantan, , Mohd Afandi Yusoff ketika membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 menggesa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar berikutan kegagalannya mentadbir negeri itu sehingga menyebabkan peningkatan gejala sosial, masalah air bersih serta peningkatan kadar jenayah. Sambil menyifatkan Menteri Besar Kelantan itu sudah tidak berupaya mentadbir negeri berkenaan kerana faktor usia yang sudah lanjut, beliau juga mengingatkan Nik Aziz bahawa satu ketika dulu Nik Aziz pernah menyuruh Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah meletak jawatan. “Undurlah segera. Bagi mandat kepada Barisan Nasional. Dulu suruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi berhenti…mereka dah berhenti pun. “Suruh orang lain berhenti tetapi kenapa beliau tidak pula berundur, usia sudah lanjut, orang lain juga mahu memegang jawatan itu,” katanya di sini, hari ini. Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO