Skip to main content

Jangan Jadi Musuh dalam Selimut -Musa Sheikh Fadzir

USUL ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 diluluskan semalam, selepas dibahaskan panjang lebar oleh 15 pembahas dengan pelbagai cadangan, teguran dan harapan. Dengan lulusnya usul itu, bermakna setiap kandungan ucapan dasar Presiden UMNO itu boleh dianggap sebagai sebahagian 'dasar' parti.

Seperti perhimpunan agung UMNO sejak ditubuhkan pada 1946, ucapan dasar dijadikan ‘sepak mula’ kepada setiap perbincangan berpandukan tuntutan semasa. Kandungan ucapan dasar presiden dijadikan ingatan dan panduan kepada setiap ahli parti untuk menghadapi masa depan dalam apa juga cabaran dan dugaan. Pastinya 10 kronologi penting peristiwa yang membabitkan UMNO menjadi kandungan ucapan dasar lima presiden terdahulu. Ucapan dasar Presiden biasanya diterjemah kepada tindakan.
UMNO tentunya tidak mahu disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Tetapi, jika calon yang dipilih itu difitnah, UMNO perlu mempertahankannya. UMNO juga perlu memastikan setiap calon yang dipilih benar-benar memahami cita-cita dan perjuangan matlamat dan perjuangan UMNO Sebagai Presiden UMNO hari ini, Najib tentunya dapat merasai denyut nadi dan menjiwai setiap masalah yang wujud dalam parti. Dengan pelbagai maklumat yang beliau terima dan kumpul dari pelbagai sumber, Najib dibantu Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada pada kedudukan yang selesa untuk membuat apa juga keputusan. Perhimpunan Agung UMNO ialah platform penting untuk beliau melihat dan mengkaji semula setiap maklumat yang berada dalam fikirannya kerana ia adalah maklum balas daripada akar umbi.

Pembahas sudah pun memberi sumbangan mereka dengan mengupas kandungan ucapan, memberi pandangan, teguran dan harapan sejak kelmarin dan diteruskan semalam. Banyak peristiwa pada peringkat akar umbi yang mungkin kecil bagi pimpinan Pusat tetapi membara pada peringkat bawahan, dibangkitkan untuk pemerhatian pucuk pimpinan dengan mengharapkan ia disusuli tindakan. Jika, bantuan yang diperlukan, UMNO sebagai parti yang menjuarai hasrat rakyat, perlu berada di barisan depan menghulurkan bantuan. Jika UMNO diminta menggempur kubu pembangkang berikutan serangan yang mereka lakukan, UMNO tidak boleh lengah lagi mengerahkan jentera untuk bertindak segera mematahkan serangan.

Seperti diramalkan, sehingga perbahasan ditutup, pembahas menyentuh pelbagai isu yang dibangkitkan oleh Presiden parti.

Meskipun Najib menyentuh pelbagai isu membabitkan perjuangan UMNO, isu yang paling dominan dan menarik perhatian mereka ialah mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Ini mudah difahami kerana ia adalah penentu kepada kelangsungan UMNO yang pastinya memberi kesan kepada kehidupan rakyat dan negara. Tambahan pula ramalan bertiup kencang pilihan raya sudah hampir di depan mata. Semangat mereka begitu membara untuk mempertahankan kuasa dengan mengingatkan rakyat mengenai jasa yang sudah UMNO curahkan.
Sudah tentu perkara yang dibangkitkan ramai pembahas ialah kriteria 'calon yang boleh menang' dan perkara berkaitan dengan pilihan raya.

UMNO tentunya tidak mahu disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Tetapi, jika calon yang dipilih itu difitnah, UMNO perlu mempertahankannya. UMNO juga perlu memastikan setiap calon yang dipilih benar-benar memahami cita-cita dan perjuangan matlamat dan perjuangan UMNO. UMNO tidak seharusnya tersalah pilih.

Setiap mereka yang sebelum ini bersikap menikam dari belakang dan belot, perlu dinyahkan. Daripada kandungan ucapan pembahas, mereka banyak menyentuh isu yang sememangnya menjadi perkara yang perlu diberi perhatian segera. Sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Najib pastinya menjadikan perhimpunan ini sebagai penunjuk untuk beliau membuat penilaian bagi mencongak tarikh pilihan raya. Jika melihat 'mood' perhimpunan ini boleh menggerakkan momentum pilihan raya, bermakna PRU-13 akan diadakan dalam jangka masa terdekat. Perhimpunan Agung UMNO ini juga menjadi platform beliau menilai adakah UMNO dan BN benar-benar bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Sewaktu pentas dibuka sebaik saja usul ucapan dasar Presiden UMNO dicadang oleh wakil Kelantan dan disokong Pergerakan Pemuda UMNO kelmarin, pembahas seolah-olah tidak begitu selesa kerana mereka mungkin mendapati isu di depan mata begitu kritikal menyebabkan mereka terlalu berhati-hati mengatur kata-kata dan kebanyakannya membaca teks ucapan. Namun, sebaik saja gelanggang dibuka untuk hari kedua semalam, perbahasan menjadi rancak kerana pembahas sudah pun mendapat rentak untuk membangkitkan isu yang dianggap panas. Pembahas tidak lagi berselindung dan membangkitkan perkara yang boleh melemahkan parti.

Wakil Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, umpamanya, tanpa segan silu membangkit soal ahli UMNO yang belot. Mungkin golongan ini sewaktu pilihan raya umum 2008, bukan saja tidak menyokong UMNO tetapi menghasut pengundi supaya tidak mengundi calon BN. Jika beliau merujuk kepada Pulau Pinang, negeri itu sudah pun jatuh ke tangan pembangkang diterajui DAP. Menyifatkan mereka ini sebagai musuh dalam selimut, beliau mendakwa mereka ini masih bersama UMNO. UMNO perlu bertindak segera. Masalah di depan mata ialah UMNO dan BN mesti menang dan merampas semula negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun