Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Sokong Azam Bermakna Sokong Penentang Almarhum Tan Sri Azizan

Almarhum Tan Sri Azizan selama memegang jawatan Menteri Besar Kedah telah berusaha sedaya upaya dalam perjuangannya untuk menegakkan Islam yang sebenar.  Ketika hayatnya, arwah cukup jelas menyatakan perbezaan antara PAS dengan Islam atau parti dengan kerajaan.    Beliau enggan mencampuraduk kedua-duanya tidak kira apa pun yang dihadapinya.    Kerana itu beliau menghadapi cabaran yang begitu berat dalam menerajui negeri Kedah.      Biarpun apa kelemahannya dalam pentadbiran, keikhlasan beliau terhadap rakyat tidak dapat dinafikan.    Beliau begitu takut untuk menerima sebarang pemberian, yakni ‘hamper’ sekali pun.    Malah, sering mengembalikan wang yang diberikan kepadanya oleh tauke-tauke besar mahupun tauke-tauke ‘alibaba’ yang mana menyebabkan beliau dimusuhi mereka.  Mungkin menyedari kekurangan beliau dalam ekonomi dan pentadbiran, maka beliau tidak segan silu meminta nasihat, hatta dari musuh sekali pun, demi kesejahteraan negeri.    Namun, malang sekali keikhlasan dan

Pemilihan UMNO Dan Hala Tuju Seterusnya

Demam pemilihan UMNO kini semakit kuat dengan tarikh pemilihan jawatan-jawatan penting semakin dekat.     Tetapi apa yang menjadi topik hangat di kalangan ahli akar umbi dan juga rakyat hari ini berbanding topik calon, ialah berkenaan hala tuju UMNO selepas pemilihan.  Secara dasarnya, pemilihan kali ini bukan sekadar satu lagi pemilihan sepertimana sebelumnya.    Tidak keterlaluan dikatakan bahawa pemilihan kali ini dianggap sebagai penentu masa depan negara.  Justeru, adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin UMNO untuk memberi perhatian dan mengkaji apakah yang sedang bermain di kotak fikiran rakyat dan akar umbi parti. Kenapa mereka melihat pemilihan ini sebagai genting sekali?    Apakah bezanya dengan pemilihan yang lepas-lepas?  Untuk pengetahuan, keraguan atau persoalan yang bermain di fikiran rakyat ialah:    Apakah benar UMNO telah meletakkan hala tuju baru?    Apakah benar UMNO tidak lagi ingin membawa semangat Melayu?  Persoalan ini timbul apabila pemilihan

Agenda BBC untuk memecah belahkan orang Islam?

Isu Kalimah Allah yang masih hangat (terutamanya untuk orang Kristian), yang dipelopori oleh para mubaligh agama tersebut di dalam DAP. Pihak mahkamah telah menghalang mereka untuk menggunakan nama tuhan ornag Islam untuk penyiaran dan keguanaan percetakan telah dianggap oleh DAP sebagai satu tamaparan hebat. Sebagai buli yang tersohor, DAP selalunya akan meragam apabila kehendak tidak tercapai. Setelah keputusan dibuat oleh mahkamah, parti tersebut masih lagi menyalak dan menyalahkan orang Islam dan sesiapa sahaja yang menentang mereka. Sekarang DAP bukan sahaja menyalak kepada PDRM dan ROS, tetapi juga kepada sistem kehakiman negara. DAP ialah satu parti yang sangat bising. Entah bagaimana, salakan DAP ini telah didengari oleh agensi berita antarabangsa BBC.    BBC pula dengan menipu Cuba menyatakan bahawa UMNO dan PAS sedang bergaduh untuk menentukan samada nama “Allah” boleh digunakan oleh orang-orang Kristian. BBC tidak menyebut langsung tentang salakna DAP yang s

Karpal Singh Tak Tahu Undang-undang Hanya boleh Dimansuh Melalui Parlimen

Kes Liwat II Anwar Ibrahim yang kini berada di Mahkamah Rayuan terus berjalan tanpa penghujung menghabiskan wang rakyat.    Percubaan demi percubaan terus dilakukan oleh para peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh untuk menangguh atau menggugurkan kes tersebut.    Namun sehingga ke hari ini masih lagi belum berjaya.      Antara hujah Karpal Singh ialah bahawa Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 Kanun Prosedur Jenayah adalah undang-undang lapuk maka, beliau menuntut agar Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah digugurkan dari mengetuai pendakwaan, sekali gus menggugurkan kes.  Nampaknya, demi politik dan wang, Karpal Singh sanggup membawa hujah-hujah bodoh tanpa segan silu.  Sedangkan, kita percaya, Karpal sebagai Ahli Parlimen dan juga peguam, sedia maklum bahawa Undang-undang tidak akan termansuh sendiri tanpa diputuskan oleh parlimen. Sesuatu undang-undang akan terus berkuatkuasa dan tidak ada istilah ‘lapuk’ baginya.  Justeru, Hakim Datuk Rohana Yusuf menolak h

PEMBANGKANG TAKUT KETELUSAN PCA

Pembangkang mula gentar apabila kerajaan bercadang untuk membentangkan Rang Undang-Undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) pada persidangan semasa Parlimen.  Hujah pembangkang PCA yang bakal dibahaskan dalam Dewan Rakyat tidak ubah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan pada tahun 2011. ISA digantikan pula oleh Akta Perhimpunan Awam yang membolehkan perhimpunan diadakan tanpa banyak kekangan tapi masih perlu mematuhi beberapa syarat.   Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan PCA bukan bertujuan mengawal musuh politik Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan. PCA perlu diperkenalkan bukan bagi mengganti ISA tetapi sebagai menyesuaikan perundangan melindungi negara dan rakyat selari dengan suasana dan keadaan masyarakat.  Apabila berlakunya banyak jenayah seperti kes bunuh, ragut, rompakan, samun dan sebagainya, pembangkang sibuk mensasarkan kerajaan khususnya pihak polis atas kononnya kegagalan mengatasi masalah peningkatan jen