Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Jalan Belakang Untuk Memastikan Mayat Mangsa Pesawat Malaysia Airlines MH17 Dan Kotak Hitam Pesawat Itu Dibawa Keluar -Najib Razak

"Jika anda boleh bayangkan, hanya empat bulan selepas kehilangan MH370, tiba-tiba di tengah malam, anda terima mesej, 'Kita kehilangan pesawat; ia hilang daripada radar, Saya dalam keadaan tidak percaya," katanya kepada Amanpour. "Ada beberapa perkara yang saya rasa kami lakukan dengan betul semasa tragedi pertama. Ada juga yang sepatutnya kami boleh buat dengan lebih baik terutama dari segi komunikasi,  Tetapi kali ini kami sedar yang kami perlu bertindak, dan bertindak lain daripada kebiasaan." Dilaporkan sebelum ini, mayat mangsa nahas MH17 dan kotak hitam itu hanya mendapat kebenaran dibawa keluar dari lokasi kejadian selepas Najib membuat perundingan secara terus dengan pemberontak Ukraine. "Kadang kala kita perlu buat kerja menggunakan jalan belakang."  Najib berkata beliau amat tersentuh dan hampir menangis selepas berjumpa keluarga mangsa, menyebabkan beliau memutuskan perlu mengambil tindakan yang "tidak konvensional,  Sebagai pe

Guan Eng Pernah Beri Alasan Silap taip...Jangan Putar lah ....

Guan  Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP bersedia meletak jawatan jika UMNO negeri dapat membuktikan kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM1.5 bilion kepada PPS. Bagaimanapun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman dalam kenyataan semalam mengesahkan berlaku kesilapan penggunaan perkataan 'bilion' dalam laporan Umno Online bertarikh 4 September lepas itu dan ia telah diperbetulkan kepada RM1.5 juta. Guan Eng pernah kata...

Ahmad Said Dan Ghazali Akan Kembali Ke Pangkuan UMNO

Selepas dua hari Terengganu berdepan kemelut politik  Seperti dijangka akhirnya krisis politik Terengganu berakhir hari ini dengan Dato' Seri Ahmad Said dan Ghazali kembali semula kepada UMNO sekaligus kukuhkan kerajaan Barisan Nasional di negeri itu. Ahmad Said menghubungi Perdana Menteri dan memaklumkan keputusan beliau dan Ghazali untuk menyertai Umno semula dan akan mengadakan sidang media pada bila-bila masa hari ini (Rabu).  Beliau juga memaklumkan kesal atas apa yang berlaku," kata YB Tengku Putra Tengku Awang. selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bersama wakil rakyat Umno negeri berkenaan di Perdana Putra di sini. Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ,timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor cuma bekas Menteri Besar yang juga ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib tidak hadir. Seorang lagi ADUN Hulu Besut,Nawi Mohamed tidak dapat had