Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Kenaikan Gaji ADUN Selangor: Perangkap Buat Khalid?

Dikala Pakatan Rakyat melaungkan kesejahteraan demi rakyat serta mengungkit-ngungkit kemewahan dan perbelanjaan kerajaan pusat, keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menaikkan gaji Menteri Besar dan 56 ADUN nya, membuktikan hipokrasi PR yang tiada tolok bandingnya.  Kenaikan yang diperkatakan di sini bukanlah 5%-10% sepertimana kebiasaan di syarikat-syarikat swasta, itu pun boleh dikira tinggi.    Apa yang mengejutkan ialah kenaikan yang dinikmati oleh pemimpin Selangor adalah ratusan peratus iaitu: 106% bagi Menteri Besardan 231% bagi Exco, 266% bagi Speaker, 373% bagi Timbalan Speaker dan 87% bagi ADUN.  Kenaikan ini bermakna daripada 66.2% daripada RM1.85 billion dari Belanjawan Negeri tahun hadapan, akan digunakan untuk menampung kos pengurusan sahaja manakala baki 33.8% sahaja yang tinggal untuk pembangunan.  Soalan yang paling tepat untuk apa yang berlaku ini  :    “Apa kejadahnya?” Mungkin ramai terlepas pandang bahawa Selangor baru sahaja menaikkan elaun

Kalah Naib Presiden, Mahfuz ‘Di Belasah’ Ahli-Ahli Parlimen

Inilah yang dinamakan, sebab mulut, badan binasa. Kegagalan bekas Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar untuk mempertahankan jawatan tersebut di dalam pemilihan Muktamar Pas Ke-59 baru-baru ini telah menyebabkan dia menjadi tumpuan di dalam Sidang Dewan Rakyat pagi semalam. Selain para wartawan, Mahfuz turut menjadi mangsa  ‘usikan’  rakan ahli-ahli Parlimen yang  ‘membelasahnya’  ekoran kekalahan tersebut. Sebelum ini dia sering diberi jolokan  ‘hero Pas’  kerana disifatkan begitu lantang di Parlimen, sedangkan pada hakikatnya Mahfuz lebih banyak merepek dan mengganggu perbahasan dari membicarakan isu dan kepentingan rakyat. Sebaik sahaja parlimen mula bersidang, Mahfuz terus  ‘dibelasah’  sehingga menyebabkan Speaker turut tersenyum dengan ‘usikan’  tersebut. Mungkin disebabkan tidak tahan, dia dilihat keluar dari dewan tidak lama selepas itu. Namun episod tersebut tidak berakhir di situ, sebaik sahaja di temui di ruangan rehat untuk ahli-ahli Parlimen, Mahfuz sekali lagi menerima nasib

Ahli Pas mengaku Pas Hanya ‘BARUA’ DAP

Sekiranya sebelum ini, apabila ada yang mengatakan Pas hanyalah kuda tunggangan DAP ramai yang mengatakan ia merupakan propaganda Umno. Mereka mendakwa, kononnnya secara realiti hubungan Pas dan DAP tidak seperti yang di dakwa itu. Namun apabila ada para perwakilan Pas yang membangkitkan isu tersebut, ia telah mengejutkan ramai pihak. Ini kerana ternyata semua yang di katakan itu ada asasnya dan bukanlah merupakan propaganda Umno seperti yang di dakwa. Di dalam Muktamar Pas baru-baru ini parti itu seakan  ‘mati kutu’  dengan amukan para perwaklan yang jelas tidak berpuas hati dengan pendekatan  ‘tahluf siaysi’  parti itu dengan DAP. Sebagai contoh Wakil Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad ketika membahaskaan ucapan Presiden iu membangkitkan isu tersebut yang mendesak barisan kepimpinan parti wajar menangani kedua-dua isu tersebut dengan segera. Menurut beliau, jika perkara itu tidak diselesaikan, ahli-ahli Pas berhak menukar kepimpinan yang sedia ada. "Kedua-dua isu i

Bayangkan PRU Dibawah Pemerintahan Kerajaan PR

Kemelut Pemilihan CEC DAP masih belum selesai walaupun telah hampir setahun berlalu.  Masalah perwakilan ‘hilang’ terus menghantui parti itu termasuk dalam pemilihan semula.   Diimbas kembali pemilihan parti PKR yang lalu turut menyaksikan keadaan huru-hara yang sama, atau mungkin lebih teruk lagi.  Dalam pemilihan PKR terdapat 160 aduan serta beberapa perletakan jawatan, tidak termasuk pergaduhan sehingga membawa kecederaan.  Kini, Muktamar PAS pula kecoh dengan berbagai-bagai ‘kejadian pelik’ seperti kelibat calon di bilik penyimpanan peti undi dan juga pengiraan yang memakan masa semalaman.   Jika DAP pada mulanya menyalahkan komputer, dan kemudiannya menyalahkan ROS dan UMNO, PAS pula sehingga setakat ini, masih lagi terpinga-pinga dan belum memutuskan siapa untuk disalahkan.  Dalam pemilihan CEC, DAP hanya perlu mengira 1,823 undi.  Dalam Muktamar PAS pula, PAS hanya perlu mengira 1,086 undi.  Walaupun jumlah undi begitu sedikit dan melibatkan kepentingan ahli-ahli sendiri, pen

PAS Perlu Jadi DAP Kerana Melayu Lebih Sayang DAP dari PAS?

Dalam Muktamar Pas ke-59, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad telah membentangkan satu fakta yang sepatutnya mampu menyentak PAS dari lamunan.    Ia berkenaan sokongan orang Melayu kepada PAS yang berkurangan sebanyak 2% dalam PRU yang lalu.  Ini bukan kali pertama PAS diperingatkan mengenai sokongan Melayu yang semakin merosot terhadap parti itu tetapi telah berkali-kali.    Bagaimanapun, peringatan itu dipandang sepi oleh PAS.  Menurut Dr. Dzulkefly, sokongan Melayu terhadap PKR merosot lebih teruk iaitu sebanyak 7%.    Apa yang pelik ialah sokongan Melayu terhadap DAP pula dikatakan meningkat sebanyak 2%.  Kita tidak tahu setakat mana ketepatan pembentangan Dr. Dzulkefly tetapi ia seharusnya diberi perhatian mendalam oleh ahli-ahli dan pemimpin PAS.  Walaubagaimanapun, melihat dari keputusan pemilihan PAS, adalah didapati bahawa PAS telah memilih untuk mempersetankan sahaja peringatan Dr. Dzulkefly itu. Mungkin PAS benar-benar berpegan

PEMILIHAN PAS BUKTI ANWARINAS BERJAYA TUMPASKAN ULAMA

Keputusan pemilihan jawatan tertinggi serta ahli jawatankuasa Pas Pusat bagi penggal 2013-2015 yang baru berlangsung menunjukkan kumpulan yang berkiblatkan Anwar Ibrahim terus menggukuhkan cengkaman mereka ke atas parti itu. Dengan kemenangan besar Anwarinas di dalam Pas, besar kemungkinan parti itu akan terus berada di bawah telunjuk pemimpin PKR itu. Ini juga bermakna apa sahaja usaha yang dilakukan oleh sesetengah faksi di dalam Pas khususnya golongan ulama untuk mengkaji semula tahalus siyyasah atau kerjasama politik bersamna PKR dan Dap boleh dikatakan sudah berkubur. Usul yang diluluskan oleh sayap Pemuda Pas bagi kajian semula kerelevanan Pas berada di dalam pakatan pemnbangkang nampaknya tidak dipedulikan oleh majoriti perwakilan yang menghadiri muktamar ke 59 parti itu. Dalam erti kata lain, golongan ulama dalam Pas telah kecundang kepada Anwarinas yang bekerja bukan untuk agenda perjuangan parti itu tetapi lebih kepada merealisasikan muslihat Anwar. Malah

Kebebasan Beragama Bukan Bererti Tidak Perlu Ikut Undang-undang

Tidak cukup dengan provokasi dengan cara mencabar ajaran Islam.    Tidak cukup dengan mengejek dan menghina nama Rasulullah SAW, nama Allah SWT dan juga umat Islam dan Melayu.    Hari ini, masyarakat bukan Islam di negara ini turut mencabar peraturan dan undang-undang negara.    Mereka menganggap klausa ‘kebebasan beragama’ di dalam perlembagaan Malaysia sebagai tiket untuk mereka melakukan apa saja atas nama agama.  Umat Islam di negara ini pada dasarnya bersikap terlalu toleran.    Selagi apa yang dilakukan oleh bukan Islam itu tidak mengganggu rutin hidupnya, selagi itu kita mengambil sikap menutup sebelah mata.    Malangnya, sikap toleran kita tidak pernah dihargai malah diambil kesempatan untuk memijak kepala, menghina, mengejek dan mencabar kita.  Kita tidak faham kenapa mereka perlu menyakitkan hati kita.    Mungkin sikap mereka ini berpunca dari ajaran agama mereka yang tidak mengajar mereka menghargai sikap toleransi orang lain.  Hari ini, satu lagi hasutan halus dibuat oleh

Pengundi Hantu: Anwar Cuba Bermain Isu Teknikal

Bayangkanlah apa perasaan penyokong-penyokong Anwar ketika ini setelah berhempas pulas, bertekak dan bergaduh sehingga tidak bertegur sapa dengan rakan dan jiran yang menyokong BN dalam PRU-13 lalu kerana percaya bahawa BN membawa lebih 40,000 pengundi hantu, tiba-tiba hari ini Anwar menafikan pula kisah yang dicanangnya sendiri.    Kita dapat membayangkan perasaan yang sama di kalangan mereka yang sanggup berkhemah dan berbaring di dalam jerebu semata-mata untuk menghalang majlis angkat sumpah, tetapi sudahnya Anwar mengangkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang dengan penuh ceria dan bangga.  Bagaimanapun, tidak mustahil penyokong-penyokong Anwar adalah terdiri dari mereka-mereka yang buta tuli dan tidak merasa apa-apa.  Tidak mustahil sebaik Anwar menyatakan beliau tidak pernah menuduh BN membawa masuk pengundi dari Bangladesh, maka secara otomatik juga otak penyokong-penyokongnya akan memadamkan sebarang maklumat mengenai perkara itu yang diterima mereka dari Anwar.   Namun, mungkin

Akhirnya Pas Terpaksa Mengakui DAP Masih Belum Faham Islam

Setelah bertahun diperkudakan oleh PKR dan DAP akhirnya Pas seakan tersedar dari mimpi dan terpaksa mengakui, bahawa parti itu telah  GAGAL  mendidik pengerusi parti Ultra Kiasu, Karpal Singh dengan ajaran Islam. Ia diakui sendiri oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika mengulas kenyataan bohong Karpal yang menjadi polemik akhir-akhir ini. Harun Taib berkata, kenyataan Karpal akibat kecetekan ilmu terhadap Islam dan berharap pemimpin itu mengkaji serta belajar Islam dengan baik sehingga akhirnya sedar kenyataan itu tidak betul. Disebabkan kenyataan Karpal yang meminta agar Pas dibubarkan pendaftaran, sebelum ini, ramai di kalangan pimpinan Pas mula melenting bagai nak gila. Baik pemimpin yang besar, hinggalah kepada pemimpin di peringkat kawasan kampung, semua seolah-olah terkejut dan tidak percaya kenyataan tersebut keluar dari mulut pemimpin rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang. Sedangkan sebelum ini, baik DAP mahupun Karpal Singh mereka ini sem