Skip to main content

Kenaikan Gaji ADUN Selangor: Perangkap Buat Khalid?

Dikala Pakatan Rakyat melaungkan kesejahteraan demi rakyat serta mengungkit-ngungkit kemewahan dan perbelanjaan kerajaan pusat, keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menaikkan gaji Menteri Besar dan 56 ADUN nya, membuktikan hipokrasi PR yang tiada tolok bandingnya. 

Kenaikan yang diperkatakan di sini bukanlah 5%-10% sepertimana kebiasaan di syarikat-syarikat swasta, itu pun boleh dikira tinggi.  Apa yang mengejutkan ialah kenaikan yang dinikmati oleh pemimpin Selangor adalah ratusan peratus iaitu: 106% bagi Menteri Besardan 231% bagi Exco, 266% bagi Speaker, 373% bagi Timbalan Speaker dan 87% bagi ADUN. 

Kenaikan ini bermakna daripada 66.2% daripada RM1.85 billion dari Belanjawan Negeri tahun hadapan, akan digunakan untuk menampung kos pengurusan sahaja manakala baki 33.8% sahaja yang tinggal untuk pembangunan. 

Soalan yang paling tepat untuk apa yang berlaku
ini  :  “Apa kejadahnya?”

Mungkin ramai terlepas pandang bahawa Selangor baru sahaja menaikkan elaun ADUN dua tahun lepas seperti mana yang diumumkan dalam BelanjawanTambahan pada 12 April 2011.  Kenaikan pada waktu itu melibatkan RM1.27 juta. 

Apa yang berlaku menunjukkan pemimpin PR Selangor langsung tidak sensitif dengan keluhan rakyat mengenai harga barang yang meningkat dan juga pengurangan subsidi yang terpaksa dilalui.  Sebaliknya, pemimpin PR terlebih dahulu memastikan yang hidup mereka tidak terjejas malah bertambah senang sebelum memikirkan mengenai rakyat. 

Lebih menarik lagi, Penasihat Kewangan Selangor, Anwar Ibrahim, nampaknya turut mempersoalkan kenaikan ini.  Malah, Anwar membuat kenyataan terbuka mengenai rasa kurang senangnya dengan kenaikan yang begitu drastik.  Dan, ini bukan kali pertama Anwar menegur Khalid. 

Hanya  beberapa minggu lalu, Anwar mengkritik Khalid di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya. Beliau secara terus terang meminta Abdul Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik. 

Memandangkan kenyataan itu keluar dari mulut Anwar iaitu seorang politikus tegar, kita mengambilnya sebagai mempunyai berbagaimakna yang tersirat. Antara yang dapat difahami dari kenyataannya ialah beliau sedang membuka laluan untuk Azmin Ali menggantikan Khalid.  Kita pasti, Khalid juga cukup sedar akan hal ini. 

Justeru, tidak mustahil tindakan Khalid menaikkan gaji Exco dan ADUN adalah salah satu langkah untuk menyelamatkan diri. Beliau sedar yang beliau perlu meraih sokongan dari mereka ini andainya terdapat usul tidak percaya terhadapnya sebagai Menteri Besar. Seperti kelaziman politik PR, tiada umpan yang lebih baik untuk mendapat sokongan selain dari ‘wang’. 
                                                               
Walau bagaimana pun, tindakan Khalid mengundang pandangan sinis rakyat terhadap kerajaan PR Selangor.  Sikap hipokrit dan tidak sensitif pemimpin PR kini terserlah dengan sejelas-jelasnya. Apatah lagi apa bila Khalid tidak dapat memberi penjelasan yang rasional terhadap tindakannya itu. 

Dari cakap-cakap kedai kopi dan sembang-sembang lamansosial, kita dapat mengesan perasaan tidak puashati rakyat. Penyokong PR juga turut merasa gelisah dengan apa yang berlaku, apatah lagi apabila Anwar sendir iturut menunjukkan rasa tidak senang dengan apa yang berlaku. 

Walaupun Khalid mungkin mampu mengambil hati para Exco dan ADUN, tetapi Khalid jelas tidak dapat mengambil hati rakyat.


Nampaknya, Khalid telah memerangkap diri sendiri dengan meletakkan dirinya antara rakyat dengan pemimpin Selangor. 

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun