Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

Puisi : ... Karamah Melayu

Bangsa Melayu pernah kuat, Buka tanah guna tulang empat kerat, Masih sempat beristeri empat, Tongkat Ali jamu khasiat. Bangsa Melayu pernah digentar, Ular, harimau ditepuk tampar, Kerisnya bisa silatnya gempar, Amuk Melayu bumi bergegar. Bangsa Melayu pernah gagah, Berkaki ayam hutan diredah, Pernah cuba diganyang penjajah, Umat Melayu jihad sabilillah! Bangsa Melayu pernah berdaulat, Seantero dunia kesultanan hebat, Tujuh penjajah cuba menempat, Dengan kudrat semua dihambat. Bangsa Melayu bangsa keramat, Nabi (saw) pernah beramanat, Buat dakwah di bumi berkat, Diakhir masa ramai wali hebat. Bangsa Melayu terasnya hikmat, Sejarah Melayu tertera riwayat, Nabi (saw) memberi amanat, Raja Melaka mendapat hidayat. Bangsa Melayu penuh santunan, Agama dijunjung zaman berzaman, Wali Melayu penuh kehebatan, Karamah barakah jadi laziman. Bangsa Melayu penuh daulah, Halusi sahaja kisah sejarah, Wa’ad Melayu jangan disanggah, Sanggah waad menjemput tulah. Ta