Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

HANYA TINGGAL KENANGAN

1-   Kita yang lahir di tahun        50-60-70-80 an, adalah       generasi yang layak       disebut generasi paling       beruntung. Kerana       kitalah generasi yang        mengalami loncatan       teknologi yang       begitu revolusi di abad       ini, dengan keadaan usia       prima.     2-   Kitalah generasi terakhir       yang pernah menikmati       riuhnya suara mesin taip.       Sekaligus saat ini jari       kita masih lincah menari       di atas papan kekunci pula.       3-   Kitalah generasi terakhir       yang merakam lagu dari       radio dengan tape       recorder. Sekaligus       kita juga menikmati       mudahnya memuat-turun       lagu dari gadget.     4-   Kitalah generasi semasa       kanak2 bertubuh lebih       sihat dari anak masa       kini kerana mandi sungai,       panjat pokok, melastik,       guli, getah gerip, adalah       permainan yang tiap hari       akrab dengan kita.       Sekaligus saat ini mata       dan jari kita
MESEJ SETIAUSAHA AGUNG UMNO MALAYSIA,TAN SRI ANNUAR MUSA, SEMPENA 💯 HARI PH TERBUKTI PH KERAJAAN 'KAKISTOCRACY' 1. KAKISTOCRACY ditafsirkan sebagai sebuah kerajaan yang dikuasai oleh orang-orang yang 'bobrok' dan 'irresponsible' (tidak bertanggungjawab). 2. Jumaat ini, 17 Ogos 2018, genaplah 100 hari pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah Malaysia. 3. Rakyat bolehlah menilai kebertanggungjawaban kerajaan PH di dalam menunaikan janji-janji yang termaktub dalam manifestonya, terutama 10 janji yang mereka tawar sendiri kononnya akan dilaksana dalam masa 100 hari memerintah. 4. Selama 100 hari, ia penuh diselubungi kebobrokan, kakistocrasy tahap tertinggi, di mana kononnya manifesto bukan kitab suci. Ini menghina pengundi dan rakyat. 5. Hal sedemikian membuktikan bahawa sejak dari awal lagi, mereka tiada hasrat menunaikan janji manifesto PH, malah ia satu penipuan pengundi secara terancang. 6. Sejak mengambil alih daripada kerajaan Barisan

KEMELUT KERAJAAN MALAYSIA BAHARU SEMAKIN CACA MARBA

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita kemelut yang sangat menggerunkan bagi kerajaan yang baru mendapat mandat. Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abd Hamid, telah membuat satu pendedahan dengan menuduh YB Langkawi merangkap Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad, dan  YB Gombak, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, berkonspirasi untuk tidak mengizinkan proses pemindahan kuasa daripada YB Langkawi kepada Presiden Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, berkata, dalang kepada konspirasi itu dikatakan Pengerusi Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Tun Daim Zainuddin, dan juga membabitkan  Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. "YB Gombak sekarang ini menghadapi tuduhan yang dicipta oleh kerajaan sendiri , dan beliau adalah terlibat dalam menggagalkan rancangan PH dan janji-janji yang telah dibuat oleh PH. "Ahli Parlimen Kapar telah mendedahkan sesuatu yang cukup serius. "Mana  mungkin

Lawak GILA ... KALAU BERCERITA ... BABI PUN BOLIH TERBANG

Lawak GILA ... KALAU BERCERITA Sebenarnya simple aje..Guan Eng tak perlu merapu dan konar sana sini.. Guan Eng hanya perlu beritahu berapa baki wang yang ada dalam akaun kumpulan wang yang disatukan dan kenapa Ketua Setiausaha Perbendaharaan tidak meluluskan permohonan RM19 Billion yang bertujuan untuk dimasukkan dari tabung wang yang disatukan ke tabung amanah untuk pembayaran baki tuntutan refund GST dari tempoh bermula 9 Mei hingga 31 Mei  dari pihak kastam. Ok kita andaikan atas alasan Tan Sri Erwan Serigar  Ketua Setiausaha Perbendaharaan waktu tempoh 9 Mei hingga 31 Mei 2018 telah ditukar ke JPA maka tiada siapayang boleh meluluskan permohonan Kastam ketika itu. GST sifar bermula 1 June 2018. YBHG. DATUK SERI DR. ISMAIL HJ BAKAR telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan MOF yang baru pada 12 June 2018 menggantikan Tan Sri Irwan Serigar. Kenapa Ketua Setiausaha Perbendaharaan DS Ismail masih tidak meluluskan permohonan Kastam selepas menjawat jawatan itu be

TIADA BUKTI KUKUH KETUA PEMBANGKANG MILIKI ASET RM230J

“Jawapan yang diberikan oleh Menteri semalam telah menjelaskan bahawa itu tidak benar tetapi alangkah seronoknya jika ada orang yang bersedih dan kecewa sebab tidak boleh menjawab dan kalau menjawab pun tidak boleh diterbitkan… saya harapkan bukan hanya di kalangan Ahli Parlimen tetapi netizen juga harus mengetahui itu adalah tuduhan liar yang harus ditolak dan Parlimen telah menjawab secara bertulis dan itu jawapan rasmi dari kerajaan.” Ahmad Zahid DAKWAAN yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, menyatakan  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, memiliki aset tunai berjumlah RM230 juta adalah tidak benar. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong, semalam berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat Zahid yang kini Ketua Pembangkang, jika memiliki aset bernilai RM230 juta yang dicanangkan oleh Dr Mahathir. Setakat ini, katanya, kerajaan tiada mempunyai  bukti yang k

Ada 2 Pilihlah .. Samada Di Cop " Rasis" Atau Jadi Munafik

Makin hari makin kuat agama Islam dihina di Malaysia. Tengok sahaja di sebarang post tentang Islam, mesti ada non-muslim yang hina agama Islam. Tak terhitung banyaknya hinaan kepada agama Islam. Dan yang peliknya, orang Islam di Malaysia tidak hina pun agama lain samada Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya.  Nak diam? Saya cuba diam dan malas komen banyak sebab banyak rakan saya non-muslim. Malah follower saya yang belajar skill-skill bisnes online dan media pun ada yang non-muslim. Tapi makin hari makin tercabar saya rasa. Macam-macam isu timbul. Sampai orang Islam nak pertahankan aurat wanita Islam pun dihina. Apa ni? Malaysia negara Islam tapi tak boleh amalkan Islam?  Hormat saja agama Cuba lihat agama minoriti lain di Malaysia. Hindu contohnya. Bila Thaipusam ramai orang Islam tengok sekali. Orang Islam tiada kutuk langsung orang india merayakan Thaipusam. Ada cucuk-cucuk besi di badan, lidah, dan pipi dengan tujuan menyucikan diri dari dosa bagi pengan

PRK SUNGAI KANDIS : JANGAN LIHAT DARI ANGKA MATEMATIK

PRU 14 penuh kejutan. Tempat rakyat menamatkan dendam politik mereka. Belum berakhir 100 hari kerajaan PH berkuasa. Masyarakat dihidangkan lagi dengan satu PRK di Sg Kandis. By-election sulong pasca PRU 14. Kayu pengukur jalinan Pembangkang baharu dan ujian buat kerajaan PH kini. Allah amat sayangkan rakyat Malaysia. Jadi, ahli politik jangan main-mainkan rakyat. Bertubi-tubi PRK selepas ini dengan Dun Seri Setia dan Balakong. Punca PRK memang sebab pemimpin PH. Semua sudah tahu. Maka, saya tertarik untuk menganalisis PRK Sg Kandis. Sebuah kawasan semi urban "kampung di persisir kota Shah Alam-Klang". Demografi penduduk yg rencam dan pelbagai termasuk pengundi bandar, luar bandar, pelbagai kaum dan agama. Cocok menjadi subjek kajian politik. Saya dapati kempen kedua belah pihak seimbang. PH menurunkan calon tempatan. Manakala UMNO menurunkan calon luar dengan kempen PH gagal tunaikan janji. So semalam hari pembuangan undi. UMNO tewas. PKR menang. Ustaz Zawawi menang den

KERJASAMA UMNO-PAS BELUM TERMETERAI SEPENUHNYA - ANNUAR MUSA

1. Kerjasama UMNO-PAS mula meniti di bibir sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis terutama apabila PAS bersetuju tidak meletakkan calonnya. 2. Ramai yang membuat andaian bahawa calon Barisan Nasional (BN) akan mendapat jumlah undi bersamaan dengan jumlah yang diperolehi UMNO dicampur jumlah undi diperolehi PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, iaitu kira-kira 18,000 undi. 3. Taiko dan 'mastermind' Pakatan Harapan (PH), Lim Kit Siang, dengan cepat mengambil kesempatan menanam hasutan, malah cuba menggunakan analogi Islam dan kleptokrasi. 4. Ramai, termasuk pemimpin UMNO, yang tidak tahu apa sebenarnya bentuk kerjasama yang dicapai oleh kedua-dua UMNO dan PAS. 5. Sebenarnya kerjasama kedua-kedua parti masih di peringkat terlalu awal tetapi sangat penting. 6. PRK Sungai Kandis bukan kayu pengukur kerjasama ini. 7. Ini kerana persetujuan hanya tercapai di peringkat persefahaman meletakkan satu calon, tetapi daripada segi gerakan, kempen d

SALAM PERJUANGAN BUAT PETUGAS DAN PENGUNDI DUN N49 SUNGAI KANDIS

Terima kasih atas komen dan pandangan sahabat2 semua. Saya terlibat dlm PRU N49 DUN sg kandis bermula dari pengumuman calon sehingga D-day hari ini. Izinkan saya memberi sedikit pandangan. Sesiapa yg berada di sg kandis bermula dari awal pasti tahu bagaimana keadaan di sana.. Bagai mana moral para jentera, bagaimana situasi PDM dan bahagian, bagaimana keadaan pengundi. UMNO bertanding dlm keadaan tiada bajet. Akaun UMNO pusat dan UMNO selangor dibekukan. Aset disita. Dan moral jentera sangat rendah dan masih lg belum move on akibat kekalahan dlm PRU14. Kebanyakan cawangan dalam DUN sg kandis tiada sayap pemuda dan puteri. Maknanya separuh drpd jentera dan lumpuh. Itu menjawab soalan kenapa Lokman Adam dipilih. Dia ada team dan jentera di kalangan sahabat2 dia. Ramai tak suka Lokman Noor Adam sbb dia vokal terutamanya sebelum ni kuat mempertahankan najib. Sebenarnya itu pun fungsi dia kalau dia menang. Pembangkang di selangor ada 4 orang jer. Menang kalah di sg kandis takk

UMNO DAN PAS Perlu Buktikan Kerjasma "real".

Keputusan belum memihak pd kita yg penting kita tlh berusaha namun Allah swt belum mau mengizinkan. Sesungguhnya pencapaian terbesar di Sg Kandis adalah titik mula hubungan dan kerjasama PAS UMNO. Ia berjaya dimulakan namun masih terlalu awal tapi jangan kita tamatkan ia. Ternyata umat Melayu Islam mahukan kesepakatan PAS UMNO utk membela mereka dan membawa mereka keluar dari penipuan dan ancaman PH. Kita perlu buktikan kerjasma ini "real". Bermuafakatlah pucuk pimpinan tertinggi demi agama dan bangsa tercinta. Saya yakin Sg Kandis sebagai titik mula kita merobohkan PH dan menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita insyallah Salam perjuangan.

BN DAPAT HALANG MAJORITI PKR

1. Dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK)  Sungai Kandis, adalah jelas Barisan Nasional (BN) telah dapat menghalang PKR daripada mencapai matlamat majoriti 10,000 seperti yang mereka war-warkan dan menandakan wujudkan protes rakyat secara berkesan. 2. PRK ini juga melahirkan tunas kerjasama ke arah perpaduan ummah yang lebih padu terutama melalui kerjasama awalan UMNO-PAS. 3. Statistik keputusan PRK cukup signifikan. 4. Undi PKR telah dapat dikurangkan hampir 12,000 atau separuh daripada yang diperolehi dalam PRU lalu. 5. Protes rakyat juga ditunjukkan melalui undi yang diberikan kepada pembangkang sebanyak 9,583. 6. Ini bermakna lebih daripada 20,000 undi menolak atau memprotes terhadap PKR! 7. BN yang menyertai PRK ini dengan serba kekurangan berikutan tekanan yang dikenakan kerajaan PH membeku semua akaun dan merampas dana PRU BN. 8. Pelbagai tekanan dikenakan pada pimpinan BN/UMNO. 9. Malah kenderaan BN turut disita. 10. Jentera BN berkempen secara sed