Skip to main content

PRK SUNGAI KANDIS : JANGAN LIHAT DARI ANGKA MATEMATIK

PRU 14 penuh kejutan. Tempat rakyat menamatkan dendam politik mereka. Belum berakhir 100 hari kerajaan PH berkuasa. Masyarakat dihidangkan lagi dengan satu PRK di Sg Kandis. By-election sulong pasca PRU 14. Kayu pengukur jalinan Pembangkang baharu dan ujian buat kerajaan PH kini.

Allah amat sayangkan rakyat Malaysia. Jadi, ahli politik jangan main-mainkan rakyat. Bertubi-tubi PRK selepas ini dengan Dun Seri Setia dan Balakong. Punca PRK memang sebab pemimpin PH. Semua sudah tahu.

Maka, saya tertarik untuk menganalisis PRK Sg Kandis. Sebuah kawasan semi urban "kampung di persisir kota Shah Alam-Klang". Demografi penduduk yg rencam dan pelbagai termasuk pengundi bandar, luar bandar, pelbagai kaum dan agama. Cocok menjadi subjek kajian politik.

Saya dapati kempen kedua belah pihak seimbang. PH menurunkan calon tempatan. Manakala UMNO menurunkan calon luar dengan kempen PH gagal tunaikan janji. So semalam hari pembuangan undi. UMNO tewas. PKR menang. Ustaz Zawawi menang dengan 15,427 undi manakala Lokman Adam tumpas dengan 9,585 undi. Majoriti kemenangan PKR ialah 5,842 undi.

Pabila kita peroleh angka-angka ini maka ia harus dimatematikkan. Lebih hebat jika kita mampu diPERMANTIKKAN.

Kita bandingkan dahulu tika PRU 14, dari jumlah 50,800 pengundi yang berdaftar, seramai 43,470 telah keluar untuk mengundi, iaitu 85% . Dari jumlah ini, PH mendapat 23,998 undi, iaitu 55.5%, sementara UMNO mendapat 11,518 undi, iaitu 26.5% dan Pas meraih 7,573 undi, iaitu 17.5% dan PSM memperolehi hanya 76 undi.

PRK kali ini menyaksikan dari jumlah 51,217 pengundi yang layak memgundi, hanya 25,109 pengundi sahaja yang mengeluar mengundi, iaitu 49.8%, satu angka yang agak rendah dan pasti akan mengundang persoalannya tersendiri. Ko orang tahu tak, ini adalah jumlah kedua terendah dalam sejarah selepas PRK DUN Penanti tahun 2012.

Dari jumlah keluar mengundi tersebut, PH telah mendapat 15,427 undi, iaitu 61.5% sementara gabungan UMNO / PAS mendapat 9,585 undi, iaitu 38.2%, sementara calon Bebas memperolehi hanya 97 undi.

Jika dicongak dari sifir matematik moden dan peratusan memang ramai penulis, pencacai PH dan pembodek kerajaan sekarang akan berbangga kerana mereka menang peratus lebih besar. Dari 55 % kepada 61.5%. Kenduri besar macam nie!!! Hahahaha

Jangan silap. Sifir politik tidak sama seperti formula matematik. Keputusan ini harus dibedah secara mantik. Sebenarnya kita kena kaji mengapa peratus keluar mengundi menjunam. SPR sediakan buggy, kereta pengangkut berkeliaran, cuaca cerah terang benderang, tiada mendung, tiada petir menyambar. Tiba-tiba pengundi menyorok bersembunyi dalam rumah. Mengapa? Mengapa? Seperti ada banjir diluar menghalang mereka ke Pusat Pembungan Undi. Fikirkan! Mana perginya pengundi (50,800 - 25,109 orang) berapa ramai pengundi hilang? Berapa ramai pengundi matikan diri tanda protes! Pengundi luar tidak sebanyak itu.

Ini adalah simptom pengundi amat bijak. Memberi signal walaupun samar. "wait and see" Pengundi memberi isyarat protes terhadap kerajaan PH yang mungkir janji. Cuma pengundi masih belum berani membuat keputusan untuk menyokong BN kerana masih dalam tempoh eddah 100 hari. Ini adalah wake up call buat PH.

Jangan selesa dengan keputusan kemenangan PRK Sg Kandis. UMNO pula jangan kecewa. Biarpun undi UMNO / PAS telah merosot dengan drastiknya daripada 44% (UMNO 26.5% + PAS 17.5%) kepada 38.2% sahaja. Tetapi UMNO dapat menghasut rakyat untuk duduk "ontok-ontok" dalam rumah. Tidak pulang ke Sg Kandis. Ini kemenangan moral.

Saya juga dapati UMNO dapat merampas beberapa PDM yang sebelum ini dikuasai PKR.
Untuk rekod pada PRU14 BN hanya menang di 2 PDM daripada 19 PDM keseluruhan.

Pilihanraya Kecil kali ini, BN menang di PDM :

1) PDM Johan Setia
2) PDM Kampung Pandan
3) PDM Seri Gambut
4) PDM Bukit Naga

Ini adalah satu pencapaian. UMNO jangan kecewa. UMNO sudah dapat rentak. UMNO sudah dapat momentum sebagai Pembangkang yang baik. Pemilihan calon yang tepat. Gandingan dengan PAS yang serasi. Team speaker corner yang efisien. Teruskan. Teruskan. Wakili rakyat tuntut janji PH.

Persaingan politik ini ibarat berlumba lari berpagar. Pagar pertama PH didepan sikit dari UMNO. Tapi ingat ada 2 pagar lagi di hadapan. 2 PRK menanti di depan. Pembangkang masih ada peluang. UMNO dan PAS jika menang, bagi kita ia adalah satu suara mewakili rakyat yang menuntut janji.

UMNO teruskan beri tekanan terhadap PH yang menipu rakyat. Teruskan. Jangan berhenti. Jangan mengalah. Usaha UMNO telah membuatkan pengundi mematikan diri tidak turun mengundi adalah tanda positif buat UMNO. Sikit-sikit. Pelan-pelan. Kelak pengundi akan terbuka hatinya menyokong UMNO kembali. Tunggu 2 PRK hadapan sebagai eksperimen seterusnya. Tahniah UMNO dan PAS.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun