Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Pakatan Pembangkang Takut Dengan Kejayaan BN Urus FELDA-Ahmad Maslan

PAS MALU BESAR PENEROKA TIDAK SOKONG HIMPUNAN OREN Pemimpin PAS terkedu dan menerima tamparan hebat apabila warga Felda menolak untuk menyertai Himpunan Oren anjuran parti itu Sabtu lalu. Selama hampir sebulan, media rasmi PAS, Harakah mewar-warkan penganjuran demonstrasi tersebut sebagai tindakan menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dengan mensasarkan penyertaan lebih 20,000 golongan peneroka. Akhirnya yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran kerana bukan sahaja tidak ada warga Felda yang menyertai Himpunan Oren tersebut, malah ahli PAS yang dikerah dari seluruh pelusuk negara pun tidak lebih daripada 2,000 orang. Sebenarnya sekalung ucapan tahniah dan pujian harus diberikan kepada peneroka diseluruh negara kerana bijak membezakan antara kenyataan kemajuan jelas yang telah diusahakan di bawah kerajaan Barisan Nasional sejak ia ditubuhkan dan janji palsu pihak PAS dan pembangkang. PAS tidak dapat menerima hakikat b

Perlis Tekad Teruskan Kecermelangan PRU13- Mohsin

Jenerasi Muda Jangan Terpengaruh Propaganda Pembangkang

AnWar DiSerang Penyakit Mudah Lupa- Zulkifli Nordin

AnWar Tawar Kontrak 440J Jika Hentikan Kritik-Gobalakrishnan

Dalam kes liwat 1 yang melibatkan Anwar Ibrahim pada tahun 1998, kenyataan penghakiman yang dikeluarkan adalah seperti berikut: “Kami menemui bukti yang mengesahkan bahawa tertuduh benar-benar terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya yang kejadian di Tivoli Villa benar-benar berlaku….” Dalam kes liwat 2 pula, kenyataan penghakiman telah menerima keterangan berlakunya penetrasi dubur Mohd Saiful Bukhari dan menemui sperma ‘lelaki Y’, namun disebabkan tiada bukti sokongan ia tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan ahli parlimen Permatang Pauh itu dengan tuduhan liwat memandangkan integriti sampel yang diambil telah tergugat sebelum dihantar untuk analisis kimia. Sekadar mengingatkan pembaca, ‘DNA lelaki Y’ telah disahkan sepadan dengan DNA Anwar yang didapati dari bahan-bahan yang digunanya dan kemudian dibuang, di lokap polis. Anwar dan penyokong-penyokong boleh meraikan ‘kejayaan’ mereka dalam kes ini. Tetapi hakikat bahawa Saiful Bukhari telah diliwat