Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2008
Jika pada 2001 Lim Kit Siang berkeras meminta Tan Sri (sekarang Tun) Khalil Yaacob mengambil cuti daripada jawatan parti dan kerajaan yang disandang ketika itu semata-mata kerana lapuran polis yang dibuat terhadapnya. Ini kan kes dua exco negeri Perak yang telah ditudoh di mahkamah. Dalam erti kata yang lain, walaupun Tan Sri Khalil belum disiasat, Lim Kit Siang sudah mendesak beliau berhenti sebagai menteri. Jadi dalam kes dua exco Perak yang sudah ditudoh di mahkamah, kenapa Lim Kit Siang ada 'standard' yang berbeza? kenapa Lim Kit Siang mengamalkan 'double standard' dalam kes terbaru ini? tak kan dia sudah lupa 'standard' yang dia telah guna dahulu bila nak serang BN? mana prinsip dia hari ini? Pic: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 180908 di PWTC.

Penyukong Anwar kena ...

Kesihan kerana Anwar Ibrahim menambahkan bilangan ahli politik yang menjadi bahan lawak jenaka orang ramai. Berasa kesihan kepada beliau kerana sejak 16 September perbagai jenaka seperti "Anwar Ibrahim mengankat sumpah dihadapan dihadapan potret yang di Pertuan Agung" "Anwar telah mendapat 30 kerusi daripada courts mammoth dan ikea" dan perbagai lagi jenaka sms yang termasuk lucah yang tidak sesuai disiarkan di sini... selepas ini, Anwar berhentilah menyanyikan lagu-lagu boria. Cukuplah sekali memberi harapan palsu kepada penyukong sendiri. Fikir- fikir la ... Pic: Di majlis mesyuarat majlis tertinggi UMNO 180908 di PWTC.

Beza Undi bukti Anwar tak hebat...

Kalah dengan majoriti 15,671 undi bukanlah bermakna BN di Permatang Pauh sudah terkubur. Masih ada harapan untuk memulihkan kembali sokongan terhadap BN. Kena berusaha tanpa mengira masa. Para penyokong BN yang berjumlah 15,524 perlu dijaga. InsyaAllah, keadaan akan kembali pulih. Dengan permainan politik Anwar kebelakangan ini hingga menyebabkan bangsa lain menjadi semakin berani mempertikaikan hak Melayu. Ini kerana dijanjikan dengan perbagai harapan oleh Anwar demi mencapai hasratnya menjadi Perdana Menteri. Pic: ketika Majlis Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO 180908 di PWTC . W 140908
" Saya tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai himpunan aman itu malahan kalau Majlis Peguam bercadang untuk mengulangi keangkuhan sikap anti-Islam mereka ini, sudah pasti mereka akan dapati saya berada di sana mempertahan dan membela Islam". Kata Zulkifli Nordin Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu. Pic: MT 180908 di PWTC
" Semua ahli PAS diingatkan agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru sehingga sanggup mengetepikan ideologi parti untuk menubuhkan sebuah negara Islam". Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS Pic: MT UMNO 180908

Semangat Raya...... Pic sebelum rakaman takbir raya sebelum mesyuarat MT UMNO di PWTC 180908

Syawal yang akan diraikan tidak lama lagi tidak akan berseri tanpa takbir yang memuji kebesaran IIahi. Bagi memeriahkan sambutan Syawal kali ini, Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat rakaman takbir raya untuk disiarkan melalui RTM menjelang 1 Syawal nanti. Turut terlibat dalam sesi rakaman takbir raya berkenaan ialah Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO Tan Seri Muhyiddin Yassin.

Tindakan pembangkang tidak bermoral...

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hassan Malek menjelaskan tindakan mendedahkan usaha pembangkang memujuknya meninggalkan UMNO dan menyertai Pakatan Raayat (PR) bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan. Sebaliknya, katanya "kenyataan ini dibuat sebagai satu langkah memberitahu rakyat bahawa wujudnya usaha tidak bermoral dikalangan pembangkang untuk menarik wakil raayat BN menyertai parti itu. Kita tidak boleh bersama-sama bersekongkol dalam perkara yang merugikan bangsa dan negara " Katanya. Foto : Rakaman Takbir Hari Raya olih Ahli-ahli MT sebelum berlangsungnya mesyuarat MT.

MT beri masa Pak Lah bincang dengan Najib

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau termasuk semua ahli Majlis Tertinggi (MT) parti sebulat suara bersetuju masa peralihan kuasa antara Perdana Menteri dan Timbalan nya di tentukan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi parti. Bagaimanapun katanya UMNO Bahagian berhak untuk memutuskan pendirian mereka . "Tunggulah kalau ada apa-apa nak diumumkan oleh Presiden atau Timbalan Presiden. Muhyiddin menegaskan, tindakannya itu bukan atas tujuan atau muslihat tertentu tetapi untuk memastikan supaya UMNO khasnya BN dipulihkan secepat mungkin agar terus diberi kepercayaan untuk mentadbir kerajaan pada pilihan raya akan datang. Katanya, Abdullah menerima dengan terbuka pandangannya itu yang turut disokong oleh semua ahli MT. Foto MT 180908

Anwar kuda tunggangan DAP....SH 190908

Rakyat tidak perlu lagi terkeliru dengan gimik politik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim selepas gagal membentuk kerajaan pada tarikh berkenaan (160908) Anwar kini yang menjadi kuda tunggangan DAP untuk memenuhi cita-cita politiknya. Ternyata dakwaan Anwar sebelum ini adalah satu pembohongan semata-mata. Ada baiknya fokus kita terhadap tugas seharian kerana banyak perkara yang bolih kita lakukan. Raayat kini memerlukan pembilaan termasuk memperbanyakkan prluang perkerjaan, memperkukuhkan ekonomi, mempertingkatkan infrastruktur dan pengangkutan serta memastikan hidup lebih selesa. Semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin perlu memberi fokus terhadap usaha itu bagi memastikan rakyat mendapat pembelaan yang sewajarnya. Foto: Mesyuarat MT UMNO 180908

Tun Dr Mahathir Mohamad ingin pulihkan ......

Untuk memulihkan parti UMNO, TDMM harus kembali kepada UMNO dan melakukan perubahan dari dalam. (19 Mei 08 - TDMM umum keluar dari parti UMNO-dengan alasan tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya Datuk Seri Abdullah .

Mukhriz mahu UMNO terus kukuhkan parti, lupakan soal Anwar...

Dengan penolakan golongan muda pada p/ raya umum lalu (8 Mac 08) melalui saluran tiga , empat dan lima, maksudnya kita kena meremajakan UMNO bukan setakat Pemuda tapi UMNO itu sendiri tidak harus lama dan pendekatan tidak 'trendy', sudah sampai masa pemimpin di peringkat akar umbi tawarkan diri untuk bertanding Majlis Tertinggi. Apa salahnya. Kalau sayangkan UMNO dan sanggup memperkuatkan parti UMNO sepenuh masa, orang seperti ini harus kita alu-alukan. Pic : Artis veteran di pelancaran buku Filem P.Ramlee 260408

Pertukaran portfolio untuk lepas tangan : TSSJ SH 180908

" Sekarang ini rakyat lihat prestasi Perdana Menteri semakin merosot manakala prestasi Najib meningkat. Bukan Pak Lah menilai prestasi Najib. Raayat sendiri tahu menilai prestasi Perdana Menteri," katanya yang turut mengatakan dari kaji selidik yang di jalankan menunjukkan 85 peratus rakyat tidak puas hati dengan kepimpinan Pak Lah. (Tan Sri Sanusi Junid- SH 180908)

Berhati-hatilah dengan PAS...

PAS sanggup berada dilandasan yang bertentangan dengan Islam semata-mata untuk meraih sokongan. Anwar Ibrahim mempunyai niat buruk memperalatkan PAS untuk mendapatkan sokongan Orang Melayu, Kesangsian Ketua Umum PKR mempunyai niat buruk memperalatkan PAS dalam usaha menubuhkan kerajaan. Jika dikaji secara teliti, kelihatannya sama-sama ingin di peralatkan. Setiao ahli OAS dan PKR yang cintakan Perjuagan Melayu agar meneliti semula keikhlasan kedua-dua parti berkenaan dan kembali ke pangkal jalan sebelum terliwat. Sejarah telah membuktikan betapa PAS sangat bijak dalam permainan politiknya sebelum berjaya mendapat kuasa tetapi akhirnya melanggar janji bila telah mendapat kuasa. PAS akan menggunakan taktik kotor yang sama bila menang pilihan raya nanti. Anwar terpaksa mengalah dengan sandiwara PAS yang bijak bermain dengan isu agama. Pada awalnya PAS tidak menampakkan cita-cita untuk merebut jawatan Perdana Menteri, tapi bila menang kelak PAS akan lupa daratan. (W 14 0908)

Perlu perubahan......

Cadangan, BN negeri-negeri memulakan, masukan gambar-gambar yang membutikan kejayaan-kejayaan telah dicapai, sebagai latar belakang poster tentunya ia akan meninggalkan jauh poster pembangkang yang sekadar boleh menjanjikan bulan dan bintang sebagai balasan kepada sokongan pengundi. Foto: Di majlis pelancaran buku Filem P.Ramlee di Saloma Bestero pada 260408

Poster dacing juga perlu perubahan....

Ini merupakan satu cadangan kepada pucuk pimpinan BN supaya bersedia untuk melakukan perubahan, khususnya 'poster design' yang boleh dianggap sebagai ketinggalan zaman. Masa dah berubah. Poster BN pula dari yang kecil, kenalah ditukarkan kepada yang lebih besar dan 'design' nya mestilah berjaya menarik minat. Pic: Majlis peresmian buku filem-filem P.Ramlee di Saloma Bistero

Kepimpinan UMNO perlu perubahan....

Kekalahan calun BN adalah satu mesej kepada UMNO bahawa rakyat termasuk orang Melayu menolak UMNO, UMNO perlu berubah dan pucuk pemimpin parti perlu menerima pandangan dan kemahuan ahli-ahli parti. UMNO kecundang kerana kelemahan parti dan sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang bertelagah sesama sendiri merebut jawatan. Foto: Makan malam di rumah MB Terengganu pada 260708 dengan MUBARAK

Kita sentiasa memahami susah dan senang ...

Kesetiaan bukan semestinya dizahirkan atas kertas sebaliknya, setia adalah maruah bagi seseorang, rakan-rakan di Sabah dan Sarawak juga mempunyai maruah dan harga diri dan mereka tidak boleh diperdagangkan dengan begitu murah dengan dakwaan sedemikian. Sebagai rakan dalam BN, "susah dan senang ketika bersama dan jika ada sedikit kesusahan mereka tidak akan bertindak keluar meninggakkan UMNO. Pic : Makan malam di rumah MB Terengganu pada 260708 (MUBARAK)

Anwar langgar demokrasi ... W 14 sept 08

Semua ini permainan Anwar untuk kepentingan politiknya, tidak nampak Anwar dapat sokongan parti lain dalam gabungan itu kerana mereka mempunyai matlamat politik yang berbeza. 16 September hanya mainan atau impian Anuar sahaja untuk simpati dan tumpuan rakyat kepadanya. Bak kata khidmat SMS ini "Hari ini Anwar juga menerima paling banyak ucapan tahniah dari pemimpin dari seluruh dunia kerana telah berjaya menjadi Perdana menteri kapada rakyat pembangkang. Beliau telah mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan gambar Yang Di Pertuan Agung dirumahnya di Segambut. syabas di ucapkan"

UMNO kena main ....pic 250708 di KT

UMNO kena main dan tertipu dengan lakunan Anwar, Anwar memang pandai bersandiwara. Jadi kita tak perlu mengikut rentak tari beliau yang sumbang itu. Kalau kita terikut maka kita yang kena main. Kerana panik dengan Anwar, BN Sabah telah membuat surat 'akujanji' kepada semua Ahli Parlimen parti, seolah-olah BN berada dalam keadaan terdesak. Akujanji itu juga telah menimbulkan rasa tidak puashati dikalangan Ahli-ahli Parlimen kapada kepimpinan UMNO, seolah-olah kesetian mereka diragui. Jika pemimpin atasan takut, macam mana pula ahli-ahli peringkat bawahan hendak jadi kuat. Foto: Majlis peresmian Mesyuarat Agung MUBARAK.

Pic Majlis Peresmian Mesyuarat Agung MUBARAK di KT pada 250708

Diresmikan olih Datuk Seri Najib Razak

Tan Sri Onn Ismail tak sangka di cabar Timbalan - Datuk Badrudin Amiruldin

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Onn Ismail terkejut dengan keputusan timbalannya, Datuk Badrudin Amiruldin menawarkan diri bertanding jawatan itu pada pemilihan UMNO Disember ini. Timbalannya itu sebelum ini menyatakan persetujuan mereka mengekalkan jawatan masing-masing, sekali gus tidak ada pertandingan. Walaupun tiada perjanjian rasmi dengan Badrudin dan hanya persetujuan mulut, Onn tidak menjangka Badrudin mengubah keputusan itu. terpulang kepada beliau untuk melawan bosnya.

Apa nasihat TSSJ kepada semua yang terlibat dalam pemilihan UMNO yang akan datang?

"Buat keputusan yang bijak, Pilih pemimpin yang betul dan bukannya memilih pemimpin yang akan merosakkan parti. Malah, buat pertimbangan yang bijak dan elakkan diri daripada dipenggaruhi oleh mana-mana pihak" .TSSJ 160908 SH

Adakah BN khususnya UMNO boleh di pulihkan?

"Jika berlaku pertukaran pucuk pimpinan sekarang (Pak Lah) dan dalam waktu terdekat ini, maka insyALLAH UMNO dan BN boleh dipulihkan kembali. Dua tahun, masa yang dirancang oleh Pak Lah tidak cukup untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai kepada UMNO dan BN. Jadi, sekarang adalah masa yang sesuai untuk Pak Lah berundur dan memberi laluan kepada sesiapa sahaja untuk menerajui parti tersebut". TSSJ

Apa nasihat TSSJ kepada pemimpin yang ada sekarang?

Saya ingin bawakan kepada mereka satu cerita iaitu kisah yang berlaku pada Zaman Shah Iran yang memanggil perisik Perancis yang bekerja dengan bapanya lalu bertanya 'apa beza aku dengan bapa aku?'... Lantas perisik itu menjawab 'Pada zaman bapamu, orang takut untuk bercakap bohong! tetapi pada zaman kamu, orang takut untuk bercakap benar'. Kalau kita hendak kedepan, kita kena berani hadapi kenyataan... kalau dah tak popular, orang dah tak percaya kat kita, eloklah kita mengundur diri. TSSJ SH