Dengan penolakan golongan muda pada p/ raya umum lalu (8 Mac 08) melalui saluran tiga , empat dan lima, maksudnya kita kena meremajakan UMNO bukan setakat Pemuda tapi UMNO itu sendiri tidak harus lama dan pendekatan tidak 'trendy', sudah sampai masa pemimpin di peringkat akar umbi tawarkan diri untuk bertanding Majlis Tertinggi. Apa salahnya. Kalau sayangkan UMNO dan sanggup memperkuatkan parti UMNO sepenuh masa, orang seperti ini harus kita alu-alukan. Pic : Artis veteran di pelancaran buku Filem P.Ramlee 260408
Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All
Comments