Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

PENJELASAN ISU TUNTUTAN HASIL PETROLEUM KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Semua negeri termasuk Kelantan bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974. Semua Negeri yang mendatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975/76 akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dalam negeri berkenaan. 1. Apakah istilah yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas? ISTILAH YANG DIGUNA PAKAI BAGI MAKSUD PEMBAYARAN TERSEBUT ADALAH " BAYARAN TUNAI" SEBANYAK 5% DAN PERKATAAN "ROYALTI" TIDAK DIGUNAKAN DALAM MANA-MANA ISTILAH AKTA BERKENAAN. 2. Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/76? TELAGA MINYAK ATAU GAS MESTI BERADA DALAM SEMPADAN NEGERI IAITU BUMI NEGERI BERKENAAN SERTA PERAIRAN WILAYAH NEGERI IAITU SEJAUH 3 BATU NAUTIKA YANG DIUKUR DARI PARAS AIR SURUT (ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) NO.7 TAHUN 1969). 3. Adakah kerajaan Negeri Kelantan