Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Lim Guan Eng Terduduk Mendengar Pendedahan Tengku Zafrul.

 PANAS dari Dewan Rakyat.... Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Aziz mendedahkan bahawa sepanjang pemerintahan PH, sebanyak 101 projek perolehan berjumlah RM6.61bilion telah ditawarkan oleh Kerajaan PH secara ‘direct-nego’ (rundingan terus)! Mantan Menteri Kewangan Lim Guan Eng terus terduduk setelah mendengar pendedahan oleh Tengku Zafrul. Apa sudah jadi? Bukankah Lim Guan Eng selama ini sering sebut PH hanya mengamalkan “tender terbuka”? Malah ianya termaktub di dalam manifesto (bukan kitab suci) - Buku Harapan! Lim Guan Eng akhirnya mengakui bahawa semua tender yang ditawarkan melalui rundingan terus diluluskan oleh Kabinet era pemerintahan PH. Menteri Kanan MITI, Dato’ Seri Azmin Ali terus bangun dan mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa ianya tidak pernah dibincangkan di Kabinet! Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, juga bangun untuk mengesahkan dakwaan Azmin. Wah! Ini sesuatu yang amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia! Kalau Kabinet ti

FAKTA SEBENAR PC RAHMAN DAHLAN SERANG BUNG

  Kenapa Rahman Dahlan tolak Bung?  1. Kerana Bung Mokhtar tegas mahu UMNO bertanding minimum 39 kerusi DUN.  2. Bung Mokhtar tidak mahu berkompromi dengan Bersatu Sabah dalam isu kerusi lompat. 3. Pada Bung dan Perhubungan Sabah kerusi UMNO menang dalam PRU 14 adalah milik UMNO. 4. Hal ini menyusahkan pengasas bersama Bersatu Sabah iaitu Tan Sri Musa Aman. Kerana beliau janjikan Bersatu Sabah sebagai Kerajaan Sabah. 5. Oleh itu untuk hidupkan Bersatu dan berikan banyak kerusi, Musa arahkan Rahman buat PC untuk tukar Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dengan alasan Bung ada kes. 6. Rahman sebelum ini telah usulkan Musa Aman sebagai Pengerusi namun Presiden UMNO tolak! 7. Andai Musa jadi Pengerusi Perhubungan BN Sabah, maka semua Bersatu lompat akan mendapat 45 kerusi. Lalu UMNO akan mendapat 1 kerusi sahaja iaitu Dun Sg Sibuga kerusi Musa Aman. 8. Cukuplah menjadi trojan horse Bersatu wahai Rahman Dahlan!!! 9. Agenda PC malam ini adalah survival Bersatu Sabah.  10. Ahli UMNO harus kekal

Kenyataan Media Rahman Dahlan

1) Autonomi UMNO Sabah telah dinanti-nantikan oleh ahli UMNO Sabah dan rakyat Sabah secara amnya sejak sekian lama.  2) Sentimen rakyat Sabah keseluruhannya mahukan parti-parti politik di Sabah ditentukan hala tujunya oleh orang Sabah sendiri. 3) Kami percaya pemimpin-pemimpin Umno Sabah mampu menentukan hala tuju Umno Sabah sesuai dengan kehendak rakyat Sabah dan situasi politik masa kini. 4) Autonomi inilah yang dinanti-nantikan oleh rakyat Sabah dan ahli Umno sejak UMNO bertapak di Sabah 29 tahun yang lalu. 5) UMNO Sabah telah mencadangkan autonomi UMNO Sabah sejurus UMNO tidak lagi menjadi kerajaan di pusat dan di negeri Sabah. Kami melihat inilah cara yang terbaik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO Sabah. 6) Saya sendiri telah berjumpa dengan Presiden UMNO pada bulan Julai 2018 dan memberi sebab-sebab kenapa UMNO Sabah perlu diberikan autonomi politik dalam keadan politik masa kini. Alhamdulillah, Presiden menyokong autonomi Sabah kerana beliau merasakan inilah for