Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO melantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai penyelia pilihan raya kecil tersebut bagi pihak MKT. Datuk Mustapa Mohamed juga akan bertanggung jawab berkaitan dengan operasi harian dan membuat keputusan-keputusan sewajarnya sebagai pengarah pilihan raya kecil. SPR menetapkan hari penamaan calon DUN Manek Urai pada 6 Julai 09 manakala pengundian dijalankan pada 14hb. Julai 09.
Keterlaluan politik atau berpolitik keterlaluan tidak akan memberi manfaat kepada bangsa dan negara. Perebutan kuasa tanpa proses atau tidak mengakuri kuat kuasa undang-undang dan peraturan juga tidak akan membawa kita kemana. Paling tidak, apa yang kita dapat bahawa betapa tidak beradabnya bangsa kita. Institusi Raja yang kita daulatkan dan kedudukan Sultan diatas politik yang juga kita letakkan menjadi permainan kita sendiri. Mungkin kita ini jenis muka tidak malu, bukan sahaja tidak malu kepada Sultan bahkan tidak malu kepada rakyat dan tidak malu kepada dunia. Jika kita tahu kita adalah bangsa merdeka dan negaranya berdaulat, maka kerukunan hidup rakyat hendaklah sentiasa dijaga dan kita menjadi bangsa yang benar-benar bersatu, Kini rakyat bukannya buta, pekak atau bisu. Mereka sedang melihat, mendengar dan bertutur.

Datuk Seri Shahidan Kassim Mengumumkan menarik diri dari mencabar jawatan Presiden MOM

Keputusan tersebut turut mengulangi episod pemilihan dua tahu lalu apabila Datuk Seri Shahidan Kassim yang pada awalnya mencabar Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar bagi jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia. Membatalkan hasratnya kemudian. Jika penyertaan Shahidan mencabar jawatan Presiden MOM lebih membawa perpecahan, lebih baik undur diri.

Kerajaan Barisan Nasional perlu melakukan apa sahaja bagi menghalang bekas S.U Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng menjejakkan kaki ke Melaysia

Isunya bukan soal seorang tua yang mahu balik menghabiskan usia tua di Malaysia, tetapi isunya adalah kerana Chin Peng membawa bersamanya sejarah hitam negara ini. kalau mengikut ukuran hari ini, Chin Peng adalah ketua penganas yang ditangannya bergelumang dengan darah rakyat Malaysia daripada perbagai kaum. Ramai yang telah terkorban, ramai keluarga yang menderita. mereka yang menyokong untuk mengembalikan Chin Peng ke tanah air ini adalah golongan buta hati perut. Samalah seperti kita kencing diatas kuburan para pejuang dan anggota keselamatan yang berkorban untuk keamanan negara.

UMNO Pulau Pinang sifatkan PKR hanya pandai bercakap

"Masih ada penduduk Penanti dibelenggu kemiskinan, tiada kemudahan air dan elektrik, manakala jalan kampung yang rosak juga tidak diperbaiki. Malah masjid dan surau dikawasan itu seperti diabaikan, yang rosak tidak langsung diperbetulkan, peniaga dan usahawan kecil juga tidak diberikan bantuan apalagi soal pendidikan anak-anak". Kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Bermula dengan Mesyuarat Agung Khas pinda perlembagan parti, Perhimpunan UMNO 13hb. Okt. 09

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat hari ini menetapkan 13 hingga 16 Oktober depan sebagai tarikh berlangsungnya perhimpunan Agung UMNO 2009. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, untuk perhimpunan tahun ini, ia akan di mulakan dengan Mesyuarat Agung Khas yang bertujuan untuk meminda perlembagaan parti. Draf cadangan untuk pindaan berkenaan sudah hampir siap dan ia akan diedarkan kepada badan perhubungan negeri tidak lama lagi bagi mendapatkan maklum balas dan ulasan mereka. Selepas selesai, maka mesyuarat akan kembali kepada perhimpunan agung seperti biasa. Mesyuarat MKT juga memutuskan satu usul sahaja akan dibincangkan iaitu usul penghargaan kepada kepada ucapan Presiden dan dibawah usul ini semua orang boleh bawa apa juga perkara yang hendak dibawa nanti. kata Presiden UMNO pada sidang akhbar selepas mesyuarat MKT pada 29.05.09
Sejarah para pahlawan Melayu dahulu perlu diceritakan kepada generasi muda. Usaha ini mesti berterusan dan tiada penghujung. Pastinya perjuangangan kita akan disanjung oleh generasi akan datang. Kitalah yang bertanggung jawab memastikan agama Allah terpelihara dan bangsa kita bersatu, kuat dan tidak boleh diperlekehkan orang lain. Kita kembalikan kedudukan raja kita yang kita sayangi ditempat yang sepatutnya. Satu semagat juang yang tinggi perlu ada pada setiap orang Melayu. Kita kumpulkan rakan-rakan berlainan fahaman politik untuk membentuk satu jemaah demi agama dan bangsa Melayu. Ibu bapa juga memainkan peranan sebagai penasihat terbaik kepada anak-anak. Ceritakanlah kepada mereka sejarah zaman dahulu dan pupukkan semagat cintakan agama dan bangsa. Kepada para pemimpin politik, berdamailah. Semua orang Melayu melihat anda (pemimpin) Adakah cukup sekadar ungkapan atau slogan tanpa diterjemahkan dalam bentuk kenyataan? Setiap orang Islam adalah saudara kita. Fikirkanlah, Jangan terla
Masa telah sampai. Semboyan telah berbunyi. Gendang telah dipalu. Orang Melayu perlu bertindak untuk menyatukan semula bangsa kita yang kita cintai dan agama Islam yang kita anuti. Kesemua peringkat usia, sama ada golongan terpelajar, golongan ahli agama, pemimpin-pemimpin politik, pelajar, pendidik, golongan petani dan apa-apa sahaja golongan dari kelompok Melayu perlu memulakan gerakan ke akar umbi menyatukan semula puak-puak yang telagah ini demi agama dan bangsa. Jangan lah hanya mempunyai sikap membisu dan melihat sahaja tanpa melakukan tindakan demi penyatuan bangsa. Kita kena bertindak. Bukan masanya untuk kita menuding jari menyalahkan puak lain. Tempat berkumpul bagi menyusun program penyatuan hendaklah kita mulakan di masjid atau pun surau. Kita tinggalkan fahaman politik masing-masing apabila berada dimasjid atau surau. Kita hidupkan jemaah dan kita bina semula kekuatan. Peranan masjid atau surau kita kembalikan seperti dizaman Rasulullah S.A.W.

Bangunlah Bangsa Melayu kembali bersatu

Di saat ini, perbalahan sesama bangsa Melayu berada di tahap kritikal sesama pemimpin atasan. Punca utama adalah perbezaaan fahaman politik dan kuasa. Budaya berpuak-puak semakin berleluasa sama ada dibandar mahupun dikampung.Pergolakan ini dilihat oleh orang lain dan mereka gembira melihat kita bersengketa sesama sendiri. Perpecahan ini amat bahaya yang akan membinasakan bangsa kita sendiri. Pepatah mengata "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Bangsa kita sekarang sedang ditertawakan orang lain kerana kita lemah sebab tidak bersatu. Kita seolah-olah sudah hilang kekuatan kerana ikatan kita amat longgar dan akan roboh bila-bila masa sahaja. Raja-Raja Melayu diperlekehkan oleh bangsa kita sendiri. Orang lain tersenyum gembira melihat kebodohan yang dijelmakan oleh bangsa kita sendiri.
Kini kesabaran politik semakin hilang, terhakis kerana kegelojohan dan kerakusan kuasa. Jika sesuatu kes dan isu sedang ditangani secara proses perundangan, misalnya soal wujud atau tidaknya masaalah pemecatan Menteri Besar Perak, kenapa tidak diserah atau ditunggu penyelesaian dimahkamah. semua orang tahu bahawa keadilan dan kebenaran akan berada ditempatnya. Atau kenapa tidak Semua wakil DUN Perak memilih siapa yang layak di Dewan DUN yang akan dibuat sidang Dewan dalam masa terdekat dengan membuat undi tidak percaya dengan MB Perak yang lepas.

Keterlaluan Politik rugikan bangsa

Apabila matlamat dibenarkan menghalalkan cara, kumpulan politik tertentu sudah sedia membelakangkan adab dan adat budaya. Mereka tidak pernah berasakan mereka tidak pernah silap. Ada individu seolah-olah dirinya memiliki kekebalan atau merasakan tidak pernah melakukan kesalahan hatta sehingga ketahap membelakangkan undang-undang dan peraturan. "Pembangkang tidak harus letak syarat untuk berunding" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 12.5.09

Jangan Sampai 'Gadai' Bangsa

Jangan gadai bangsa kerana politik jangka pendek untuk kepentingan pihak tertentu sedar dan insaflah. Paling tidak pun kedua pihak mesti patuh kepada proses dan keluhuran undang-undang dan perlembagaan serta menghormati Institusi Raja. Kita harus hormat Raja barulah bangsa lain pun hormat, jangat terlalu berpolitik kerana sampai bila pun tidak akan selesai masaalah. Utamakan kepentingan raayat, kestabilan dan keamanan negara.