Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

"UMNO DAN MALAYSIA YANG BERUBAH" - MOHAMAD HASAN

Ucapan penuh Perasmian Sayap-sayap oleh Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat. TAJUK: UMNO dan Malaysia Yang Berubah YB Dato’ Dr Noraini Ahmad, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dan kepimpinan Exco Wanita. Yang Berbahagia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan kepimpinan exco pergerakan pemuda Umno Malaysia Yang Berbahagia Datuk Zahida Zarik Khan, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan kepimpinan exco pergerakan puteri Umno Malaysia Ketua-ketua Wanita parti komponen Barisan Nasional, para jemputan serta semua saudara/saudari perwakilan sayap2 Umno Malaysia yang saya sayang. Para Perwakilan sekalian; 1. Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada sayap-sayap parti iaitu Wanita, Pemuda, dan Puteri yang telah berjaya mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan-cawangan dan bahagian- bahagian dalam jangkamasa yang singkat. 2. Seterusnya tahniah juga saya ucapkan kerana telah berjaya menganjurkan Perhimpunan Agung Pe

BN vs PH....Pertarungan Antara Siapa dengan Siapa?

Ramai yg tidak menyedari siapa yg sebenarnya yg sedang bertarung dlm politik di Msia masa ini Bukan UMNO atau PAS atau DAP atau PPBM,PKR atau parti parti yg ujud. *Yg sedang bertarung sebenarnya antara Tun M dan DSAI* Sejak DSAI di pecat dan di buang dari umno oleh TM,DSAI adalah mimpi ngeri yg menghantui TM.Tidak spt Ku Li atau Tun Musa,yg tidak melawan atau melawan separuh jalan apabila di pecat/gugurkan,DSAI bukan saja melawan kembali,malah berjaya mencetus satu fenomena kebangkitan di bawah slogan REFORMASI.Dengan keluar masuk penjara,yg di atur melalui kuasa Tun M DSAI reformasi adalah reformasi terhadap segala sistem dan amalan politik dan pengurusan kenegaraan Tun M.Malah sudah menjadi kelaziman teriakan reformasi ialah utk menjatuhkan Tun M dan menghadapkannya ke muka pengadilan. Pertarungan antara dua tokoh ini sebenarnya pertarungan antara STRATEGIS VS CHARISMA.. Ramai yg tidak perasan,krisis Tun M dan PM PM penggantinya mula meletus di ambang atau menjelang DSAI

Teringat Kisah Perhimpunan Agung UMNO Di PWTC Setiap Tahun Ketika Bertugas Tampa Gagal Bermula 1985

Bila perhimpunan agong UMNO, ramai lah pakcik-pakcik dan makcik-makcik dari kampung penuh PWTC. kerana apa? kerana kasih kepada UMNO.. sanggup tinggal kerja.. kebanyakan kerja motong getah, buat bendang dan kerja kampung. bila bahagian kata sedikan bas, maka ramai lah yg berpusu-pusu hendak ke kuala lumpur. maklumlah setahun sekali saja dapat ke kuala lumpur. Mereka ni datang dengan bas mcm rombongan sekolah. bertolak awal malam, sampai subuh di hentian rehat sg. buloh. di situ lah mandi.. di situ lah solat.. di situ lah salin baju.. saya nak tanya ketika itu, di mana pemimpin UMNO? mereka enak di buai mimpi..ada yg di rumah banglo, ada yg di hotel 5 bintang, tidur di tilam empuk, bercadarkan baldu, mandi air panas dan mandian buih, pakai pakaian berjenama dengan wangian serba harum. indahnya menjadi pemimpin UMNO. Kemudian , makcik dan pakcik tadi bergerak masuk ke PWTC, sebelum sampai di berikan juadah sarapan pagi dalam bungkusan, air dalam kotak untuk mengisi perut... di mana p

Iman Dan Pegangan, Tidak Goyang Dan TATAP BERSAMA UMNO - Annuar Musa

Ramai juga pemimpin tertinggi UMNO yg telah bertemu TM.Ada yg berkumpulan dan ada secara berseorangan.Ada yg dijemput,ada yg di atur pihak ketiga dan ada juga yg minta berjumpa Saya di beri update bagi sesetengah perjumpaan itu.Saya merasakan sebarang engagement dan diskusi antara pemimpin politik patut di galakkan.Nawaitu,terpulang niat masing masing Kebanyakan pertemuan membawa neratif yg sama.Lazimnya meminta meninggalkan umno,kemudian memperkasakan PPBM.. TM tentu punya perancangan sendiri.TM seorang strategis dan tajam fikirannya.Kita perlu membaca lebih jauh pemikirannya Namun kebanyakan pemimpin umno cukup istiqamah pendiriannya.Mereka tidak melihat kpd individu tapi party itu sendiri.UMNO di teruskan..celaan celaan kebanyakan sudah berada di luar saf..kita sering dengar istillah BAPA PELINGKUP NEGARA...PENYAMUN NEGARA..RASIS...ANTI HADIS..KLEPTOKRAT...BANGSAWAN...dll...semuanya sudah di luar. UMNO kembali pada basic..parti yg kini di miskinkan...di tindas dan di tekan

Apa Anehnya Wang Berjuta di Pejabat PM?

Najib Razak 9 Sep 2018, 2:09 tengahari (Dikemaskini 9 Sep 2018, 2:19 tengahari) A A ULASAN | Mungkin ramai tidak tahu bahawa presiden Umno ditugaskan untuk mengendali semua aset parti, termasuk menerima sumbangan politik daripada ahli perniagaan, individu, pertubuhan bukan kerajaan dan badan korporat. Presiden Umno juga ditugaskan untuk mengalih dan membuat pembayaran mengikut keperluan parti pada masa pilihan raya. Semua hak ini ada ditulis dalam Perlembagaan Umno dan ia menjadi satu kelaziman sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad lagi. Ada satu klip video tular merakamkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi pada 6 Sept 2015 selepas beliau digantikan sebagai timbalan perdana menteri. Katanya beliau sendiri tidak mempersoalkan amalan dana khas presiden kerana itu ialah kebiasaan untuk diuruskan oleh presiden sejak dulu lagi. Dr Mahathir juga pernah mengaku secara terbuka bahawa dia menyerahkan RM1.4 bilion dalam bentuk wang tunai dan sah