Skip to main content

Teringat Kisah Perhimpunan Agung UMNO Di PWTC Setiap Tahun Ketika Bertugas Tampa Gagal Bermula 1985

Bila perhimpunan agong UMNO, ramai lah pakcik-pakcik dan makcik-makcik dari kampung penuh PWTC. kerana apa? kerana kasih kepada UMNO.. sanggup tinggal kerja.. kebanyakan kerja motong getah, buat bendang dan kerja kampung. bila bahagian kata sedikan bas, maka ramai lah yg berpusu-pusu hendak ke kuala lumpur. maklumlah setahun sekali saja dapat ke kuala lumpur.

Mereka ni datang dengan bas mcm rombongan sekolah. bertolak awal malam, sampai subuh di hentian rehat sg. buloh. di situ lah mandi.. di situ lah solat.. di situ lah salin baju.. saya nak tanya ketika itu, di mana pemimpin UMNO? mereka enak di buai mimpi..ada yg di rumah banglo, ada yg di hotel 5 bintang, tidur di tilam empuk, bercadarkan baldu, mandi air panas dan mandian buih, pakai pakaian berjenama dengan wangian serba harum. indahnya menjadi pemimpin UMNO.

Kemudian , makcik dan pakcik tadi bergerak masuk ke PWTC, sebelum sampai di berikan juadah sarapan pagi dalam bungkusan, air dalam kotak untuk mengisi perut... di mana pemimpin UMNO? mereka bangun pagi.. ada pegawai dah tunggu, ada driver dah tunggu..breakfast beraneka juadah, di letak dalam pinggan dan cawan berjenama, ada yg di hotel sarapan buffet dengan penuh hidangan, ambik sana secubit sini secubit.. indahnya menjadi pemimpin UMNO.

Kemudian makcik dan pakcik tadi masuk beramai-ramai ke dalam pwtc. pakat duduk bersila depan screen gergasi di aras 2 PWTC, ada yg dapat duduk atas karpet, ada yg atas lantai, ada yg lapik surat khabar, ada yg berdiri hanya nak tengok pemimpin berucap.. pemimpin berucap di dalam, mereka bertepuk sorak di luar dewan. penuh semangat kerana berdentum dentam bak kilat menyambar ucapan para pemimpin UMNO di dalam dewan yang menjanjikan pembelaan kepada bangsa melayu dan agama Islam.

Bila ada pemimpin UMNO yang lalu ketika tu.. makcik pakcik ni serbu pakat nak salam.. ada yg cium tangan, ada yg nak ambik gambar, ada yg nak selfie walaupun handphone pakai jenis cap ayam saja... kerana apa? kerana teruja dapat pegang tangan pemimpin UMNO, pasal nak balik tunjuk kat anak dan kawan di kampung dengan bangganya dapat bergambar dengan pemimpin UMNO.

 Bila ada pemimpin UMNO yang lalu ketika tu.. makcik pakcik ni serbu pakat nak salam.. ada yg cium tangan, ada yg nak ambik gambar, ada yg nak selfie walaupun handphone pakai jenis cap ayam saja... kerana apa? kerana teruja dapat pegang tangan pemimpin UMNO, pasal nak balik tunjuk kat anak dan kawan di kampung dengan bangganya dapat bergambar dengan pemimpin UMNO.

Menjelang petang, di bagi makan lagi dalam bungkusan dan air teh ‘o’ ikat tepi habuan lapik perut sebelum balik. ada yg makan bertenggek saja tepi jalan.. ada yg sakan dok selfie pemandangan hotel seri pacific dan sunway putra mall. di mana pemimpin UMNO? dengan baju melayu segak bergaya, bersamping ribuan ringgit, penuh pengikut duduk di hotel minum bersama pengikut.

Makcik dan pakcik najk bas dengan tak
mandi, ada yg pakai selipar jenama tat sing saja. yang makcik pulak pakai tudung bawal dengan kerongsang beli di pekan isnin di jeniang, tersenyum bangga untuk balik ke kampung. mereka bangga kerana UMNO lah buat hidup jadi senang sikit, aman makmur, anak-anak boleh pi sekolah, anak boleh masuk universiti dengan tidak terbeban sangat. pi klinik tak kena bayar, ada bantuan sikit-sikit dari UMNO. apa lagi memikirkan UMNO akan membela nasib orang melayu dan mempertahankan Islam. bangga menjadi ahli UMNO.
Kemudian , makcik dan pakcik tadi bergerak masuk ke PWTC, sebelum sampai di berikan juadah sarapan pagi dalam bungkusan, air dalam kotak untuk mengisi perut... di mana pemimpin UMNO? mereka bangun pagi.. ada pegawai dah tunggu, ada driver dah tunggu..breakfast beraneka juadah, di letak dalam pinggan dan cawan berjenama, ada yg di hotel sarapan buffet dengan penuh hidangan, ambik sana secubit sini secubit.. indahnya menjadi pemimpin UMNO.

Kemudian makcik dan pakcik tadi masuk beramai-ramai ke dalam pwtc. pakat duduk bersila depan screen gergasi di aras 2 PWTC, ada yg dapat duduk atas karpet, ada yg atas lantai, ada yg lapik surat khabar, ada yg berdiri hanya nak tengok pemimpin berucap.. pemimpin berucap di dalam, mereka bertepuk sorak di luar dewan. penuh semangat kerana berdentum dentam bak kilat menyambar ucapan para pemimpin UMNO di dalam dewan yang menjanjikan pembelaan kepada bangsa melayu dan agama Islam. ada yang angkat keris berjanji taat setia mempertahankan UMNO. ada yg terpekik sampai nak keluar anak tekak untuk berjuang UMNO walau dengan darah dan nyawa. makcik dan pakcik di luar gemuruh bertepuk dengan linangan air mata mendengar keikhlasan hati pemimpin mereka di dalam berucap.

Kini.. setelah pilihanraya ke- 14 apa jadi? pemimpin yg makcik dan pakcik bangga seorang demi seorang lari meninggalkan parti. depa tak fikir dah yang makcik dan pakcik berjuang dalam UMNO ada yang tak dapat apa pun. sebut program UMNO
menderu datang, ada pemimpin UMNO datang, motong getah pun tinggal pasal nak bagi ramai.

Mereka tak pikir dah yang makcik dan pakcik tadi berjaga malam berkempen untuk bagi menang UMNO, di pondok panas terpekik terlolong suruh orang undi BN sampai peti undi tutup.

Mereka semua kaya raya.. rumah banglo boleh main sembunyi-sembunyi, ada kolan renang, anak-anak pun jadi jutawan sebahagiannya, harta melimpah ruah, kalau pi mekah pun naik kapal terbang business class, pi kapal awal balik kapal
paling awal, duduk pun di hilton makkah, bilik suite, tak kena tunggu giliran.

Makcik dan pakcik di kampung, motong pokok getah, habis tebang tanam pulak, habis tebang tanam pulak.. tu pun tak mampu nak pi mekah lagi. ada yg mampu dok tunggu giliran.

Tapi tetap tak lari tinggalkan UMNO. ada bunga, mata lebam, oren mai bagi borang, dengan bangga makcik dan pakcik kata aku orang UMNO dan mati pun aku tak keluar UMNO.

Tak pa makcik dan pakcik... kita berjuang bersama.. sila duduk dan jangan lariiii... kita pasti bangkit... UMNO baru ini lebih kuat dan lebih kasih sayang. kita bina semula tembok yg runtuh.. usah di kenang mereka yang pergi. mereka pasti ada jawapan di depan Allah. akhirat adalah negeri abadi. dunia hanya persinggahan...

Salam perjuangan!!

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun