Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Alamak....Orang Kanan Kantoikan Anwar

Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.  Didedahkan sendiri oleh 'orang kuat' Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard.                                        Anwar sendiri menjadi perancang sebenar didalam penipuan pemilihan PKR. Chegu Bard sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya dengan kredibiliti Anwar serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana sebelum ini Chegu Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa pemilihan parti tersebut.    Dan Chegu Bard juga mendedahkan bahawa Anwar cuba menyogoknya dengan wang ringgit serta jawatan bagi menutup rahsia berkenaan pemilihan parti PKR sendiri yang disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi.  Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus melihat pendedahan oleh Chegu Bard ini sebag

SOKONGAN TERHADAP BN MELONJAK, PEMBANGKANG BAKAL KECUNDANG

Kurang tujuh hari sebelum hari mengundi pada 5 Mei 2013, lonjokan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin mantap dan kukuh. Di mana sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki untuk berkempen dan bertemu rakyat, beliau di sambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan. Ini merupakan satu indikasi amat positif bahawa rakyat sudah sedar bahawa BN sesungguhnya ikhlas apabila ia menyatakan iltizam untuk berubah menjadi kerajaan yang lebih prihatin, telus, bertanggungjawab dan dinamik. Sokongan padu rakyat juga mencerminkan bahawa agenda transformasi yang digerakkan oleh Datuk Seri Najib diterima baik oleh rakyat dan ini dizahirkan dengan respons pro-aktif kepada calon-calon BN di seluruh negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13. Kemungkinan BN menang besar dengan mendapat kembali majoriti dua pertiga di dalam Dewan Rakyat tidak boleh dinafikan lagi. Bagaimanapun keadaan yang sama tidak boleh digambarkan bagi pakatan pembangkang yang terdi

Bekas pembantu peribadi dedahkan Teresa Kok gelapkan duit bantuan ibu tunggal

Sebagai seorang yang kerap menuduh BN dengan amalan rasuah, Teresa Kok sebenarnya seorang yang maha hipokrit.   Sepatutnya beliau lebih menjaga kepentingan rakyat di Seputeh, tapi Teresa sibuk menjelajah negara untuk menjaja betapa kerajaan BN diselubungi rasuah.  Bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen Seputeh ini, Tony Tan, telah mendedahkan Teresa telah menyeleweng wang yang sepatutnya disalurkan kepada ibu-ibu tunggal.                    Dipendekan cerita, beberapa lama setelah duit tersebut diserahkan. Teresa Kok dan Tony Tan bermasam muka selepas Teresa menuduhnya menggunakan nama parti untuk mengutip wang tersebut. Maka berlakulah  perselisihan faham yang telah menyebabkan Teresa Kok bertindak untuk menyaman bekas Pegawai Khas nya sebanyak RM10 Juta. Tujuan saman itu diajukan hanya untuk menutup salah laku yang dilakukan oleh Teresa Kok yang telah menggelapkan wang RM10,000 tersebut. 

Gelang patah kubur Lim Kit Siang Vs Datuk Abdul Ghani Othman

DAP nampaknya mengambil langkah untuk menyerang kubu kuat UMNO iaitu di Johor dengan menghantar Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah. Namun, apa yang bakal terjadi, ini adalah langkah Kit Siang yang dilihat sebagai menempah kubur sendiri. Kit Siang akan berentap dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam pilihan raya akan datang ini. Dan ini sekali gus memperlihatkan sebagai medan terakhir beliau untuk berada di dalam pilihanraya. Analisis yang dijalankan oleh Tun Mahathir melalui blognya berkenaan mengapa Lim Kit Siang berminat untuk mencemarkan Gelang Patah ada relevannya. Sebagai parti yang berselindung disebalik parti berbilang kaum, nyata agenda sebenar merka adalah untuk menghapuskan politik bangsa Melayu. Dan dengan mengambil keputusan untuk bertanding di Gelang Patah adalah antara langkah mereka dalam memastikan matlamat mereka tercapai. Mereka juga berniat untuk menghapuskan kerjasama yang berasaskan sikap “perkongsian” antara bangsa

Laman ‘Suara PR’ Milik Azmin? banyak kali menimbulkan kontroversi

Sebuah Laman web pro-Pakatan Rakyat iaitu Suara Pakatan Rakyat telah banyak kali menimbulkan kontroversi apabila mengeluarkan artikel-artikel yang bertentangan dengan arus pemikiran masyarakat malah langsung tidak mengambilkira sensitiviti agama mahupun kaum dalam membentangkan hujah. Beberapa kali laman tersebut membangkitkan kemarahan golongan-golongan tertentu antaranya, suku kaum di Sabah Sarawak malah menghina wira negara, Kanang Anak Langkau, memperlekehkan Ulama tersohor Malaysia, Allahyarham Dr. Uthman AlMuhammady, menyokong LGBT dan lain-lain lagi. Akibatnya, pihak Pakatan Rakyat berusaha menafikan bahawa laman tersebut milik mereka dan beberapa kali membuat kenyataan rasmi serta memberi amaran kepada penyokong mereka agar menjauhi laman tersebut. Namun, yang peliknya, apabila saja berlaku kontroversi dan pemimpin mereka membuat kenyataan akan menarik balik artikel tertentu, maka artikel tersebut pun ditarik balik oleh admin laman tersebut. Ini membuktikan wujudn

Nik Aziz Perlekeh Sultan Johor

Beberapa hari lepas, pakatan pembangkang melancarkan manifesto khusus untuk negeri Johor yang bertemakan "Johor Maju dan Berkebajikan" di Hotel New York di Johor Bharu. Antara intipati utamanya ialah jawatan Menteri Besar hanya dipegang selama dua penggal sahaja. "Ini salah satu cadangan yang paling bersejarah sebab jawatan menteri besar itu dihadkan kepada dua penggal sahaja ... macam presiden Amerika. "Sebab kita merasakan mereka yang memegang kuasa terlalu lama akan cenderung untuk melakukan 'power corrupt'," demikian kata Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau ketika berucap dalam majlis tersebut. Menariknya pelancaran manifesto serba unik ini dijayakan dan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 5 penggal berturut-turut. Kehadiran Nik Aziz bererti MB Kelantan itu bersetu

Khalid Mahu Main Golf Selepas Kalah PRU13

"Tak jadi masalah, kalau kalah, saya boleh main golf," demikian kata Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim ketika membayangkan kemungkinan beliau akan kalah di DUN Pelabuhan Klang pada PRU13 kelak. Bunyinya seperti pasrah dan sudah mengaku kalah, itu secara tersurat tapi secara tersiratnya ia sebenarnya hanyalah untuk mengaburi mata khalayak supaya tidak mempersoalkan kenapa beliau tiba-tiba berpindah DUN. Biasanya jarang benar seseorang Menteri Besar beralih kawasan DUN yang ditandingi kecuali jika ada persempadanan semula kawasan DUN atau pun dikehendaki berpindah ke kerusi Parlimen kerana khidmatnya diperlukan di peringkat Pusat. Namun apabila Khalid mengumumkan akan bertanding di DUN Pelabuhan Klang pada PRU13 ini, di masa yang sama mengekalkan pencalonannya di kerusi Parlim

BN TAWAR PIMPINAN DINAMIK, PEMBANGKANG BERGELUT ISU MORAL

Negara yang maju dan progresif berpunca daripada kepimpinan yang kuat dan mantap. Kepimpinan negara yang kukuh akan diterjemahkan kepada sistem kerajaan utuh, professional dan sensitif kepada hasrat dan dasar kerajaan yang memerintah. Hakikat ini terpaksi di dalam pentadbiran Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Pemimpin-pemimpin datang silih berganti pada setiap pentadbiran dengan pasukan mereka sendiri bagi membantu merealisasikan agenda politik nasional serta pembangunan pada tempoh terbabit. Sejak 56 tahun lalu Malaysia sudah menyaksikan enam Perdana Menteri menduduki tampuk kekuasaan bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ini diikuti oleh Almarhum Tun Abdul Razak Datuk Hussein, Almarhum Tun Hussein Datuk Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sekarang kerajaan Malaysia diterajui oleh anakanda perdana menteri kedua iaitu Datuk Seri Mohd Najib. Pada pilihan raya ini, Datuk Seri Najib akan meminta rakyat unt

Isu CEC DAP: PR Tidak Layak Persoal SPR

DAP terkenal dengan kelantangan dan kelancangan mulutnya menghentam kerajaan atas apa saja yang dilihat korup, kotor atau salah di mata mereka. Di masa yang sama, mereka mempromosi PR, khasnya DAP sendiri sebagai sebuah parti yang menjunjung segala nilai murni yang tidak diamalkan oleh kerajaan BN. Justeru, slogan Cekap, Amanah dan Telus dijadikan simbol pentadbiran parti itu di Pulau Pinang. Kononnya, pentadbiran kaum Cina lebih bersih dan professional berbanding pemerintahan kaum Melayu. Dan kononnya kaum Cina lebih bijak dan bermaruah dari kaum Melayu. Itulah yang dimomokkan dan diterap ke dalam jiwa anak-anak DAP sejak dahulu kala lagi. Bagi DAP, jika ada segelintir Melayu yang berjaya atau kaya, ia adalah kerana dia atau ibubapanya atau nenek moyangnya pernah memakan rasuah. Sama ada itu, ataupun kerana mempunyai pertalian dengan kerabat diRaja atau orang-orang penting dalam negara. Kononnya juga, anak-anak Melayu di Pusat Pengajian Ti

Adakah ceramah tak dapat sambutan juga sandiwara UMNO, YB Tian Chua?

Kebodohan demi kebodohan yang ditunjukkan Naib Presiden PKR ini akhirnya sudah menampakkan kesan dan menghakis keyakinan rakyat. Terbaru, penduduk-penduduk Parlimen Batu mula sedar siapa sebenarnya Tian Chua sehinggakan ceramah beliau di kawasan parlimen sendiri tidak mendapat sambutan seperti PRU12. Tian Chua seharusnya mengambil jalan mudah dengan memohon maaf terhadap kenyataannya bahawa pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara. Maka tidak perlu pembangkang mengeluarkan segala jurus untuk menyelamatkan Tian Chua sambil menepis persepsi rakyat bahawa Pakatoon tidak sensitif dan Patriotik. Bukan pemimpin utama pembangkang sahaja yang bersilat, pemimpin Melayu DAP, Aspan Alias turut berkungfu mengutuk sesiapa sahaja yang mengkritik Tian Chua termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor. Diungkit kembali kes Rahim tumbuk Anwar sampai lebam dulu. Rasanya bukan Rahim sahaja, 1 Malaysia kalau diberi ruang dan peluang akan melakukan perkara yang sama terhadap petualan

Manifesto Pembangkang Tokok Tambah Apa Yang Dilaksanakan Kerajaan BN

Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Barisan Nasional pada 6 April lalu telah dengan secara rasmi mengumumkan manifestonya di hadapan lebih 25,000 penyokong yang hadir serta jutaan lagi yang menyaksikannya menerusi siaran langsung yang dibawakan oleh beberapa stesyen televisyen tempatan. Ketika mengumumkannya, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak telah memberikan jaminannya bahawa manifesto yang diumumkan itu adalah janji kerajaan kepada rakyat yang akan dilaksanakan dalam masa lima tahun akan datang jika terus diberikan kepercayaan oleh rakyat dengan memberikannya mandat baru pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Jaminan beliau ini nyata berbeza dengan janji ‘fantasi dan khayalan’ (seperti yang dirujuk Najib di dalam ucapannya) pakatan pembangkang seperti yang dibuktikan mereka dengan tidak melaksanakan janji-janji manifesto 2008. Antara janji yang dimuatkan dalam manifesto yang diumumkan Najib itu adalah sasaran kerajaan untuk menaikkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dar

Sokong Najib Bererti Sokong Semua Calon BN

Di saat-saat akhir pilihanraya, pembangkang terus cuba memomokkan rakyat bahawa menukar kerajaan bukanlah sesuatu yang harus dikhuatiri kerana mana-mana parti pun pasti akan cuba berbuat yang terbaik untuk rakyat. Dalam pada itu, pembangkang terus menonjolkan Barisan Nasional sebagai bukan sebuah parti yang baik, manakala parti mereka adalah yang terbaik. Hakikatnya, menukar kerajaan bukanlah perkara kecil dan boleh dicuba-cuba dan diperbetulkan kembali dengan mudah. Sekali kita menukar kerajaan, beberapa polisi akan turut berubah sama yang mana tidak semudah itu untuk diubah pula jika tidak berpuas hati. Apatah lagi jika kerajaan baru itu mengambil langkah awal menghapuskan atau menukar semua platform bagi menyukarkan polisi tersebut diubah kembali ke asalnya. Lihat saja bagaimana Presiden Morsi di Mesir yang mendapat kuasa melalui pemberontakan kini menyusun prosedur dan undang-undang baru bagi menghapuska

Manifesto BN Adalah Akujanji Bukannya Janji Palsu

Pelancaran Manifesto BN, "Menepati Janji Membawa Harapan" di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 April 2013 sesungguhnya amat meriah apabila ia tidak hanya dihadiri ahlinya tetapi turut berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga hadirin melimpah ke luar stadium. Suasana sekitar perkarangan dan di luar stadium agak sesak di mana jumlah hadirin lebih besar berbanding mereka yang berpeluang masuk ke dalam stadium. Mujurlah ada beberapa skrin besar yang disediakan penganjur membolehkan khalayak di luar mengikuti perkembangannya, jika tidak tentu ramai yang merungut dan kecewa dibuatnya. Manifesto BN yang dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak itu antaranya menggariskan 150 komitmen termasuk 17 perkara utama meliputi pelbagai bidang ekonomi, agama, pendi

Manifesto BN - Dokumen 'Akujanji' Kepada Rakyat

Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen 'akujanji' kepada rakyat, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak. "Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai. Saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia," kata Perdana Menteri ketika berucap pada perhimpunan janji 1Malaysia "Rakyat Didahulukan" sempena pelancaran manifesto BN bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam Sabtu CIRI-CIRI UTAMA: BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13. 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat. Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018. Apa yang dibentangkan adalah sangat realis

PKR Semakin Huru-Hara Di Perak, Ramai Tinggalkan Parti

Pengumuman Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengesahkan akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini dilihat sebagai satu tindakan serampang dua mata. Menurut sumber yang diterima, ia ekoran dari gelombang penolakkan orang Islam dan Melayu yang semakin mengenali makhluk ‘dua alam’ itu. Ini kerana dikhabarkan majoriti pengundi di Pematang Pauh telah mula bosan dengan sindrom penafian Anwar yang sehingga kini gagal menjawab semua dakwaan berhubung isu salah laku moral yang dikaitkan ke atas dirinya. Selain gagal memberikan khidmat yang cemerlang untuk para pengundi di kawasan, Anwar juga dikatakan jarang meluangkan masa untuk berjumpa dengan masyarakat setempat yang suatu ketika dahulu merupakan penyokong kuatnya. Maka telah mula kedengaran di kalangan pengundi di Permatang Pauh untuk menolak Anwar sekiranya dia masih mencalonkan dirinya dalam pilih

PKR semakin huru-hara di Perak, ramai tinggalkan parti

Seramai 40 orang ahli PKR termasuk Ketua Pemuda PKR Sungai Siput menyertai UMNO. Dikhabarkan juga bahawa Ketua Bahagian PKR Pasir Salak Ahmad Taufik Hassan juga akan meninggalkan PKR untuk menyertai UMNO. Tak tau lagi ke? Keadilan dalam PKR hanya retorik. PKR = Anwar Ibrahim. Dari dulu sampai sekarang Anwar memang tak dengar pandangan orang lain. Asyik veto, asyik saman, asyik pergi hotel jumpa budak muda. Ahli-ahli PKR semakin diabaikan oleh Anwar.

Tokoh akademik ramal BN menang PRU13

Pembubaran Parlimen yang diumum Perdana Menteri pagi tadi bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah menimbulkan banyak persoalan terutama di kalangan ahli politik, pemerhati politik, pelabur, ahli perniagaan atau rakyat biasa, apakah Barisan Nasional (BN) akan kembali diberikan mandat oleh rakyat atau sebaliknya. Namun apa yang pasti ia terpulang kepada kira-kira 13 juta pengundi yang akan membuat pilihan dalam menentukan mereka yang layak diberikan amanah dan tanggungjawab dalam mengurus tadbir negara. Seorang tokoh akademik yang ingin merungkai persoalan tersebut, telah melakukan kaji selidik dan analisa mengenai perkembangan politik negara percaya arus politik massa akan memihak kepada BN. Dalam wawancara khas bersama Bernama, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Kamaruddin M Said, meramalkan BN mempunyai peluang untuk menang 2/3 kerusi parlimen pada pilihanraya u

Tahun Ke-4 PM Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia

Putaran waktu dirasakan begitu cepat berlalu, tanpa disedari telah genap 4 tahun Dato Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri mengurus tadbir kerajaan, malah tiada siapa yang dapat menyangkal mahupun menafikan prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan selama ini. Ini kerana semenjak Perdana Menteri mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2008, keadaan ekonomi negara terus berkembang baik berlatar belakangkan ekonomi global yang tidak menentu. Keberansangan dan perkembangan ekonomi dalam tempoh ini memperlihatkan kejayaan implementasi Program Transformasi Ekonomi (ETP) sekaligus membuktikan bahawa negara berada di landasan yang baik untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Sebagai contoh, Keluaran Dalam negeri Kasar (KDNK) dan Pendapatan Negara Kasar (PNK) telah menunjukkan peningkatan yang ketara malah dijangka akan mencecah jumlah 1 trilion u

PEMIMPIN PEMBANGKANG TAKUT KALAH RELA TINGGALKAN PENGUNDI

Puak pembangkang semakin menampakkan sifat hipokrit mereka apabila masing-masing bertempiaran mencari kawasan selamat untuk bertanding. Bertanding di kawasan di mana mereka menganggap sebagai kubu kuat pembangkang mungkin mampu menyelamatkan karier dan masa depan politik yang kebanyakannya berada di hujung tanduk. Daripada pemimpin PKR seperti Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, bekas Menteri Besar Perak daripada Pas, Nizar Jamaluddin hinggalah kepada Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang, semuanya mengorbankan kerusi yang disandang sekarang untuk lari meninggalkan pengundi mereka pada Pilihan Raya Umum pada tahun 2008 dahulu. Yang menjadi mangsa ialah rakyat di kawasan itu yang mengharapkan pembelaaan yang tidak kunjung tiba sejak lima tahun di wakili pembangkang. Malah yang lebih terasa pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang ialah para pengundi di kawasan terbabit yang tegar menyokong mereka di peti undi ketika itu. Pemimpin pembangkang daripa