Skip to main content

Gelang patah kubur Lim Kit Siang Vs Datuk Abdul Ghani Othman


      
DAP nampaknya mengambil langkah untuk menyerang kubu kuat UMNO iaitu di Johor dengan menghantar Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah. Namun, apa yang bakal terjadi, ini adalah langkah Kit Siang yang dilihat sebagai menempah kubur sendiri. Kit Siang akan berentap dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam pilihan raya akan datang ini. Dan ini sekali gus memperlihatkan sebagai medan terakhir beliau untuk berada di dalam pilihanraya. Analisis yang dijalankan oleh Tun Mahathir melalui blognya berkenaan mengapa Lim Kit Siang berminat untuk mencemarkan Gelang Patah ada relevannya. Sebagai parti yang berselindung disebalik parti berbilang kaum, nyata agenda sebenar merka adalah untuk menghapuskan politik bangsa Melayu. Dan dengan mengambil keputusan untuk bertanding di Gelang Patah adalah antara langkah mereka dalam memastikan matlamat mereka tercapai. Mereka juga berniat untuk menghapuskan kerjasama yang berasaskan sikap “perkongsian” antara bangsa Melayu, Cina dan India di Malaysia. Jadi di mana letakknya parti yang kononya memperjuangkan semua kaum itu. Inilah kotornya DAP termasuk pemimpinnya, dan inilah salah satu komponen Pakatan Rakyat. Oleh itu, BN meletakkan harapan kepada Dato’ Ghani Othman untuk menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang dan agenda chauvinis DAP. Ini adalah sebagai satu langkah untuk memastikan terbunuhnya kesenangan salah seorang kepimpinan DAP. Dan sekurang-kurangnya dapat memadamkan semangat chauvinis di dalam parti itu. Menurut mantan PM itu juga, Singapura dikatakan memberikan bantuan kepada DAP untuk merampas Johor. Sehingga satu tahap, Singapura memberikan cuti dua hari kepada rakyatnya bagi membantu jentera pilihanraya DAP. Mereka turut memberikan elaun kepada jentera-jentera PAP yang akan membantu DAP pada PRU13. Sampai begitu sekali agenda dan permainan kotor DAP, sehingga melibatkan mereka yang berada di seberang. Tetapi percayalah, keputusan penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding bagi kerusi Gelang Patah pada PRU-13 ini boleh dilihat sebagai langkah penamat kepada karier politik pemimpin veteran pembangkang itu. Sejarah 27 tahun lalu akan berulang apabila pengundi Gelang Patah menolak Kit Siang yang merupakan pemimpin veteran pembangkang yang kononnya amat digeruni. Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dijangka akan mengalami nasib sama seperti mendiang Tan Sri Lim Chong Eu apabila karier politiknya berakhir selepas dikalahkan Kit Siang 27 tahun lalu. Apa yang berlaku pada Tan Sri Lim Chong Eu akan terjadi pada Lim Kit Siang kali ini. Jadi, sama-sama kita nantikannya.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun