Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Perutusan Khas Perdana Menteri Tentang Pengubahsuaian Bajet 2016

Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah Menteri Kewangan Kedua YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara Saudara dan Saudari Para Hadirin dan Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian, Hal 1: Mukadimah 1. Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi nastain. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad Sollal-Lah-hu-a’laihi-wa-sallam. 2. Saya mulakan dengan memetik tafsir oleh para ulamak merujuk firman Allahu-Taala dalam surah Al-Insyirah bahawa, pada setiap kesulitan dan dugaan yang kita hadapi, pasti beriring dengannya kesenangan atau kebahagiaan yang berhikmah. 3. Maka hendaknya, begitulah keyakinan yang wajib ada dalam diri kita masing-masing dan semestinya yang diletakkan terhadap keadaan pentadbiran dan pengurusan Kerajaan. Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian, 4. Disebut orang sejak d