Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009
Belum pun sampai setahun pakatan DAP, PAS dan PKR mentadbir kerajaan di empat buah negeri, pemimpinnya sudah menampakkan ketidaksepakatan yang jelas antara sesama sendiri. Kini, timbul perbezaan pendapat antara pengerusi DAP, Karpal Singh dengan Ketua Umum Pakatan Raayat (PR) Anuar Ibrahim berhubung pendiriaan Karpal Singh mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung krisis politik negeri Perak yang tidak dipersetujui oleh Anwar. Bagaimanapun sesetengah pemerhati politik menganggap apa yang berlaku sebagai sandiwara politik pakatan .

BN akur dengan keputusan rakyat yang dibuat melalui sisyem demokrasi. Maka menjadi tanggungjawab gabungan pembangkang untuk akur....

Kemelut politik yang berlaku di Perak mengingatkan saya kepada peristiwa yang berlaku di Terengganu selepas PRU ke 12 pada Mac 2008 mengenai perlantikan MB. Datuk Ahmad Said dikatakan telah menjadi pilihan Istana Terengganu bagi menyandang jawatan tersebut. Buktinya, Idris bersama ADUN Terengganu yang menyokongnya tidak pun memulaukan majlis angkat sumpah MB dan barisan EXCO nya. Justeru, apabila berlaku peralihan kuasa di Perak sekarang, bekas MB (Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin) mestilah akur dengan keputusan dan kehendak Sultan Perak dalam perlantikan MB .
Apabila tarikh 16 September 2008 dipilih dan dicanangkan olih Anuar Ibrahim untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Perseketuan, pelbagai cara telah dibuat oleh pembangkang. Antaranya cuba memujuk Ahli Parlimen dari Sabah dan Serawak untuk memasuki Pakatan Pembangkang. Mereka juga menghantar wakil untuk memujuk Ahli Parlimen BN hingga ke Taiwan. Mereka juga mengugut PM supaya meletak jawatan dengan menggatakan mereka telah mendapat sokongan untuk menubuhkan kerajaan baru. Mereka juga mencadangkan undi tidak percaya terhadap PM. Tetapi semua ini hanyalah angan-angan kosong pihak pembangkang. Kini apabila kerajaan PKR di Perak tumbang, mereka mengugut SPR supaya menerima surat pengosongan tiga kerusi ADUN Perak. Mereka juga berani mencabar Sultan Perak yang merupakan Ketua Negeri Perak dan pernah memperkenankan perlantikan Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin, ADUN PAS, sebagai Menteri Besar. Kenapa Pakatan Rakyat tidak boleh menerima titah Sultan Perak agar Nizar dan Exconya meletakkan j

Kenyataan Pejabat Sultan Perak pada 5.2.09 di keluarkan kepada media yang dikeluarkan oleh pejabat Duli yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib , Timbalan Perdana Menteri Malaysia, yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 hb. Februari 2009. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd. Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti dikalangan ahli-ahli Dewan Negeri. Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan. Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut. DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin baha

Nizar lawan Sultan

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar pada 4hb. Februari 2009 berjanji menerima apa sahaja keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pembentukan kerajaan baru tetapi sebaik dititahkan agar meletak jawatan Menteri Besar pada 5hb.2.09, beliau tidak mempedulikannya. Namun, hakikatnya beliau sudah hilang kuasa. Akses ke pejabatnya sendiri dibangunan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) di Ipoh disekat apabila premis itu dikunci dan kawal anggota polis. Tiada sekeping fail atau sehelai kertas pun dibenar dibawa keluar.

UMNO mampu bangkit semula

Setelah apa yang berlaku sejak kebelakangan ini yang menimpa UMNO, Rakyat pastinya mahu melihat kebangkitan semula parti ini terutamanya pada persidangan Agung UMNO pada Mac depan. Apa yang perlu dilaksanakan UMNO bagi mengembalikan semula imejnya yang semakin pudar dan kurang diterima oleh masyarakat terutamanya golongan muda. Sebenarnya, UMNO masih lagi dalam hati setiap rakyat negara ini terutamanya orang Melayu kerana mereka beranggapan hanya UMNO sahaja yang mampu menyatukan kaum majoriti di negara ini. Bagaimanapun isu-isu lalu yang belum dijelas dan samar-samar hendaklah segera di jelaskan yang dikatakan memperjuangkan kelompok-kelompok tertentu serta rasuah politik yang akhirnya menyebabkan UMNO semakin dijauhi terutama golongan yang dudok diatas pagar. Kedudukan UMNO ketika ini tidaklah seteruk seperti yang digembar-gemburkan kerana kedudukan mereka masih lagi utuh dan mampu mentadbir kerajaan. Walau pun ada pemimpin UMNO menyuarakan kebimbangan tentang apa yang berlaku terhad

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua ADUN Bebas yang telah menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN ) baru di Perak. Memang telah diduga dengan tindakan Pakatan Raayat (PR) di Perak. Memang telah diduga dengan tindakan Pakatan Raayat (PR) di Perak selama ini yang bersikap angkuh dan kuku besi hingga menyebabkan wakil-wakil mereka hilang kepercayaan kepada pimpinan mereka sendiri. Dengan mandat baru yang diterima ini, kerajaan BN yang akan dibentuk nanti akan dapat memikul amanah dan tanggung jawab dengan adil dan saksama untuk membela nasib semua kaum dan membangunkan Perak dalam semua bidang. Disamping itu adalah diharapkan agar lebih ramai ADUN yang tidak puas hati dengan PAS, PKR dan DAP agar menyokong kerajaan BN untuk mewujudkan kestabilan politik di negeri itu demi kesejahteraan rakyat jelata." Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tindakan MB Perak bubar DUN salah..

Tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri sebentar tadi sebelum mendapat perkenan Sultan Perak, adalah salah, kata seorang peguam Malik Imtiaz Sarwar. Ini kerana kuasa membubarkan dewan undangan negeri terletak ditangan pemerintah negeri, dalam kes ini ialah Sultan dan bukannya Menteri Besar. Menurutnya, Undang-undang Tubuh Negeri Perak secara jelas menyatakan pembubaran dewan undangan negeri merupakan kuasa mutlak Sultan dan tiada orang lain mempunyai kuasa membubarkan dewan undangan negeri. Adalah lebih elok jika Menteri Besar mempersembahkan terlebih dahulu kepada Sultan sebelum mengumumkan pembubaran itu. Beliau sepatutnya mengadap Sultan tetapi beliau tidak berbuat demikian.

Siapa Menteri Besar baru Perak?

Setelah berlakunya pengambilalihan kuasa kerajaan negeri dari Kerajaan Pakatan Raayat banyak pihak kini menyebut-menyebut siapakah yang bakal menjadi Menteri Besar Perak yang baru bagi menggalas perjuangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu. Ini kerana calon yang bakal menerajui negeri itu nanti mestilah seorang yang berkaliber, disukai dan diterima rakyat bagi memastikan cengkaman kuasa dan pentadbiran kerajaan negeri berterusan tanpa sebarang masaalah. Berkebolehan dan berkelayakan sahaja tidak cukup, tugas berat mentadbir negeri ini pastinya sukar di laksanakan lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana politik masa kini yang memerlukan 'kelainan' untuk menyakinkan rakyat yang berjumlah lebih 2 juta. Ini kerana, dalam keadaan BN yang hanya mempunyai sedikit kelebihan kerusi DUN itu, adalah penting jika semua pihak dapat menerima dan memberi sokongang padu kepada sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
Kerajaan Pakatan Raayat (PR) Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang sehingga lewat petang berhempas pulas untuk bertahan, akhirnya kecundang menerusi cara yang diajar dan sering digembar-gemburkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN Perak memberitahu sidang media di pejabatnya, bahawa parti BN kini memiliki majoriti mudah untuk mengambil alih dan membentuk pentadbiran negeri daripada PR berikutan langkah empat ADUN meninggalkan pakatan itu lalu menyokong BN. Najib berkata, keempat-empat mereka sudah memberikan mandat kepada beliau untuk menamakan Menteri Besar yang baru dan berikrar menyukong sesiapa saja yang dipilih BN. Dengan perkembangan terbaru itu, BN kini mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, Pakatan Rakyat 28 dan Bebas 3. Menurut beliau, walaupun BN dan PR mempunyai jumlah kerusi sama, ketiga-tiga ADUN Bebas berkenaan sudah menya

Kronologi politik di Negeri Perak

Pada 9 Mac 2008: Gabungan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS membentuk kerajaan negeri selepas memenanggi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi pada pilihan raya umum ke 12. Pada 17 Mac 2008: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pasir Panjang dari PAS Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak. Pada 19 Mac 2008: Istiadat angkat sumpah 10 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Pada 25 Ogos 2008: Dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak Jamaluddin Mohd Radzi (PKR) dan Kapt (B) Mohd Osman Jailu (PKR) dihadapkan di Mahkamah Sesyen atas tuduhan rasuah berhubung projek pembangunan bernilai RM 180 juta. Mahkamah menetapkan pada 10, 11 dan 12 Februari 2009 sebagai tarikh perbicaraan. Pada 25 Januari 2009: ADUN Bota dari UMNO, Datuk Nasarudin Hashim mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk menyertai PKR. P