Belum pun sampai setahun pakatan DAP, PAS dan PKR mentadbir kerajaan di empat buah negeri, pemimpinnya sudah menampakkan ketidaksepakatan yang jelas antara sesama sendiri. Kini, timbul perbezaan pendapat antara pengerusi DAP, Karpal Singh dengan Ketua Umum Pakatan Raayat (PR) Anuar Ibrahim berhubung pendiriaan Karpal Singh mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung krisis politik negeri Perak yang tidak dipersetujui oleh Anwar. Bagaimanapun sesetengah pemerhati politik menganggap apa yang berlaku sebagai sandiwara politik pakatan .
Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All
Comments