Skip to main content

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya.

Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya.

Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya.

Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir.

Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja:

Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak?

Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut.

Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya?

Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan jubah dan kopiah putih yang selalu dipakai, anda tentunya tidak akan melakukan perkara terkutuk itu tidak kira ada perangkap atau tidak.

Dan apabila sesuatu dilakukan secara suka sama suka, ia tidak bermakna perkara itu tidak salah.

Kes rasuah banglo Lim Guan Eng juga dilakukan suka sama suka.

Tetapi ia tidak bermakna dia tidak bersalah serta boleh dimaafkan dan wajar dilepaskan begitu sahaja seperti yang dilakukan oleh Peguam Negara.

Dalam politik, konspirasi adalah perkara harian biasa. Semua ahli politik matang dan berpengalaman faham perkara ini.

Namun seks luar tabii dan curang kepada isteri adalah dosa besar dan suatu jenayah



.

Kepada 3,000 penyokong Azmin ini, nasihat saya ialah usahlah bersubahat dan menanggung dosa dan usah cuba menegak benang yang basah.

Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.


Comments

Abdian Ardy said…
Kalau Arfan adalah jiran saya di Jakarta sekitar tahun 90an, kata Allahyarham ibu bapak saya, Arfan ini adalah betul putra dari P Ramleen yg dibawa oleh Junaedah setelah bercerai. keluarga kami kenal baik dgn ibu junaedah dan Arfan. Pada masa itu P Ramlee adalah pemain film yg sangat tersohor sehingga kedua orang tua saya menjadi salah satu fans nya.

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun