Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Pecat Nasha: Rakyat Gembira Usaha Najib Satukan Palestin, Kecuali PAS

Kunjungan Perdana Menteri ke Palestine baru-baru ini mendapat reaksi positif rakyat Malaysia. Ia juga mengukuhkan lagi pandangan luar terhadap Malaysia sebagai negara yang benar-benar serius dan tidak hanya beretorik dalam memperjuangkan keamanan dunia. Biarpun kunjungan tersebut disambut sinis oleh pihak pembangkang, iaitu kononnya sebagai publisiti atau modal politik pilihanraya, tetapi yang penting, satu usaha ke arah keamanan telah pun berjaya dimulakan. Mengambilkira penderitaan penduduk Palestin dan hakikat keganasan Israel yang berlarutan sehingga berdekad-dekad, menuduh kunjungan Perdana Menteri sebagai mencari publisiti murah membuktikan yang pihak pembangkang langsung tidak prihatin, malah lemas dalam politiking merebut kuasa. Ini kerana kunjungan tersebut merupakan satu langkah berani di pihak Perdana Menteri dan isteri, yang nekad berkunjung ke ‘medan perang’, mengambil risiko ke atas keselamatan diri dan nyawa, demi menerima jemputan pihak Palestine yang

Pakatan Rakyat Hina Hamas

Kesediaan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya mengambil risiko besar dengan melawat Semenanjung Gaza, Palestin minggu lalu sehingga kini masih dipertikaikan dan diperlekehkan oleh pakatan pembangkang. Dalam lawatan itu, PM dan rombongan termasuklah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur serta Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin dan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin telah meluangkan masa beberapa jam untuk melihat sendiri kesan keganasan oleh rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Di masa yang sama PM juga mengikrarkan kesediaan Malaysia untuk menjadi orang tengah dalam usaha meneruskan penyatuan Hamas dan Fatah demi kebaikan Palestin itu sendiri, disamping meneruskan bantuan kemanusiaan. Nyata sekali keprihatinan PM tidak disenangi oleh juak-juak bawahan mahupun pucuk pimpinan PR, masing-masing cuba memberi perspesktif negatif sekalipun menyedari saat ini rakyat Palestin khusu

Pecat Nasharudin Bukti PAS Amal Kuku Besi

  Nik Aziz sambut ulangtahun kelahiran di rumah Karpal Pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku ahli Majlis Syura Ulama PAS sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh suku sakat Anwarinas setelah beberapa percubaan sebelumnya menemui jalan buntu. Kelibat Ustaz Nasharudin yang turut sama menyertai lawatan bersejarah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke Semenanjung Gaza, Palestin dimanfaatkan sepenuhnya oleh pimpinan PAS untuk dijadikan alasan utama pemecatan tersebut. Lain-lain alasan seperti tidak datang mesyuarat memaksa Majlis SYura memecat Ustaz Nasharudin pada pertemuan 13 Januari 2013 yang lepas sebenarnya hanyalah tempelan sahaja untuk mengabui mata ahli dan penyokong PAS. Jika alasan tidak datang mesyuarat adalah punca utama pemecatan Ustaz Nasharudi

BN TETAP PILIHAN DI HATI PENGUNDI PADA PRU13

Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menjurus kepada pola pengundian yang menunjukkan Barisan Nasional akan terus diyakini rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja. Statistik kaji selidik UMCEDEL menunjukkan BN mendahului Pakatan Rakyat dengan lima mata peratusan. BN memperolehi 42 peratus berbanding 37 peratus yang memberikan keyakinan kepada PR berdasarkan kepada soal selidik ke atas saiz sampel 1,409 pengundi. Malah pemimpin BN berpendapat bukan sahaja parti pemerintah akan menang besar tetapi juga akan berjaya merangkul kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Keyakinan ini bukanlah cakap-cakap kosong kedai kopi tetapi berlandaskan kepada fakta dan realiti di peringkat akar umbi pengundi. Sikap keterbukaan dan pendekatan inovatif pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Naji Tun Razak merupakan dua faktor amat penting yang meny

Lepas Damaikan Filipina-Bangsa Moro, Najib Bakal Damaikan Fatah-Hamas

Walaupun Malaysia belum lagi menjadi negara maju, tetapi negara ini berada di kelasnya yang tersendiri sebagai negara yang berpengaruh dan dihormati. Pendirian Malaysia yang konsisten dan tegas untuk tidak mencampuri urusan negara lain, tetapi menyokong dan membantu segala usaha ke arah keamanan membuatkan kita sering dipilih sebagai rujukan atau pengantara bagi memulihkan keamanan di negara-negara yang berkonflik. Pendirian Malaysia adalah konsisten sejak era Tun Abdul Razak. Pendirian ini mendapat kekuatan yang ampuh di era Tun Mahathir apabila beliau melonjakkan Malaysia sepuluh langkah ke hadapan sehingga dikenali sebagai Harimau Asia. Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib jelas mewarisi kehebatan bapanya serta kebijaksanaan Tun Mahathir melalui pengalaman

Harakahdaily Nafi Pertahan Kalimah Allah

Isu Kalimah Allah benar-benar meletakkan PAS di dalam keadaan tersepit di antara agama dengan politik atau antara Allah SWT dengan Tokong Lim DAP. Media perdana beberapa hari ini giat melaporkan bantahan yang dibuat oleh ahli-ahli PAS sendiri terhadap DAP melalui perhimpunan aman, serta memijak bendera DAP. Malah, terdapat juga laungan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Antaranya di Pulau Pinang dan juga Kelantan. Seiring dengan itu Ketua Dewan Ulama serta beberapa orang pemimpin Ulama PAS bertali arus membuat kenyataan tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan di dalam Injil Kristian. Tetapi, seiring dengan itu juga, Ulama-ulama ini ditempelak oleh DAP dan PKR kerana mereka telah terlebih dahulu bersetuju dengannya sebelum ini dan sebarang tindakan untuk menukar fikiran adalah tidak relevan sama sekali. Keadaan ini membawa kepada keputusan demokrasi iaitu DAP, PKR menang

LGBT: Adakah Ini Hanya Masalah Bagi Umat Islam/Malaysia?

Dunia kini kian berubah. Walaubagaimanapun, penulis rasakan bahawa tiada siapa pun yang tahu akan faktor yang mengubah dunia kita. Ada yang mengatakan bahawa segalanya adalah lebih baik berbanding dahulu - dengan segala perjuangan untuk mendapatkan kebebasan, hak sama rata dan juga hak asasi manusia. Dan ada juga yang menyatakan bahawa mereka bimbang akan segala perjuangan untuk mendapatkan kebebasan, hak sama rata dan juga hak asasi manusia, akan menjejaskan nilai-nilai keagamaan, budaya dan juga keluarga. Antara perkara yang menjadi faktor kepada perubahan dunia kini adalah psikologi. Istilah Islamphobia (fobia kepada agama Islam) sebagai contohnya, telah berubah daripada fobia kepada perasaan marah, dan ianya telah menyebabkan masyarakat berfikir bahawa apa jua perkara yang mempunyai kaitan dengan Islam, adalah konservatif dan sesuatu yang salah. Namun, sedar atau tid

Kalimah Allah Tak Perlu Kebenaran Tapi Nama ‘Penang’ Perlu Kelulusan Tokong?

Ramai yang terkejut dengan laporan akhbar semalam yang menyatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Tokong Lim Guan Eng, sekali lagi mengulangi bahawa apa jua acara baru atau yang pertama kali diadakan yang ingin menggunakan perkataan 'Penang', perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri lebih dahulu. Alasannya ialah untuk memastikan penglibatan parti politik mana agar tidak disalahguna. Kenyataan tersebut dibuat sebagai membidas penganjuran Penang Run 2013 pada Hari Thaipusam. Memandangkan acara tersebut disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri, maka kenyataan Tokong Lim ini dengan sendirinya membawa maksud bahawa Jabatan tersebut telah dinafikan kuasa untuk meluluskan sesuatu acara, sekali gus menunjukkan cengkaman kuat kuku besi sang Tokong. Tidak pernah dalam sejarah, seorang Ketua Negeri mengambil langkah sebegitu angkuh dengan memilik-sendirikan nama negerinya bagaikan hak mutlak keturunannya. Baga

Husam Musa Wajar Cermin Muka Sendiri

Naib Presiden PAS merangkap Exco kanan Kerajaan PAS kelantan, Husam Musa nampaknya seperti tidak dapat menahan diri untuk turut sama tampil mempertikaikan pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung 7 projek pembangunan di Kelantan sekiranya negeri itu kembali diperintah oleh Barisan Nasional (BN). Menurut Husam, pengumuman tersebut dilihat sengaja meniru projek pembangunan yang pernah dijanjikan oleh Kerajaan PAS Kelantan terutama melibatkan pembinaan lebuhraya dan stadium baru. "Kita sudah memberitahu kepada rakyat di negeri ini sudah lama, kerajaan negeri mahu membina stadium baru dan wujudkan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, tetapi Najib baru umumkan sebagai manifesto," katanya sebagaimana dipetik oleh Sinar Harian. Rupanya Husam agak tersinggung dan tentunya resah bila mana janji manisnya yang ditaburi kepada rakyat Kelantan untuk membina Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kuala krai dan Kota Bharu serta sebuah stadium baru telah 'dici

Keberanian Najib, Kebaculan Nik Aziz

Tika ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya sedang berada di Semenanjung Gaza, Palestin bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh. Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012. Akhirnya 22 Januari 2013 sekitar 4.40 petang waktu Malaysia, Dato' Seri Najib dan anggota rombongannya tiba di Semenanjung Gaza, Palestin. Turut serta ialah isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor. Buat julung kalinya lagu NegaraKu berkumandang di Palestin sebagai meraikan detik bersejarah itu, sesuatu yang agak membanggakan ramai rakyat Malaysia setelah berpuluh tahun negara ini menjadi rakan setia menyokong

Seminar Nusantara: Apa Seterusnya?

Pembentangan kertaskerja sekitar Seminar Nusantara pada 18 – 20 Januari lalu wajar diambil sebagai panduan bagi seluruh umat Islam, khasnya di Malaysia dalam mengatur langkah mengharungi cabaran dan halangan dalam berbagai bentuk dan arah. Dalam konteks Malaysia, yang mana umat Islam masih tercari-cari identiti dan arah tuju, pembentang dari Indonesia oleh YBhg. Prof. Dr. Hj Ali Mustafa Yakub yang membawa tajuk ‘Pemurnian Pemikiran dan Pembangunan Umat Islam Indonesia’ cukup menarik untuk dijadikan rujukan. Mengupas sejarah Islam di Indonesia, beliau menyimpulkan bahawa Islam itu tidak khusus kepada bangsa atau budaya Arab serta tidak tertakluk kepada imej tetap. Contohnya, pakaian jubah, serban ala Arab atau bentuk kubah bukanlah simbol atau tanda Isla
Pas, Harakah ‘Sapu’ Duit Tabung Memali! fantrealika.tripod.com Tragedi Berdarah Memali tercetus kerana Ibrahim Libya enggan menyerah diri untuk ditahan di bawah ISA. Kini tragedi yang menimbulkan banyak tanda tanya itu telah lama berlalu – 15 tahun. Pihak pimpinan PAS telah mengambil tugas dan tanggungjawab menjaga dan membela nasib waris mangsa yang terbunuh yang menimbulkan banyak tanda tanya itu telah lama berlalu – 15 tahun. Pihak pimpinan PAS, telah mengambil tugas dan tanggungjawab menjaga dan membela nasib waris mangsa terbunuh. Oleh kerana PAS memfatwakan yang terbunuh dalam tragedi Memali itu sebagai syuhada atau ‘mati syahid’, maka pihak kerajaan tersisih dari sebarang urusan hidup mereka. Demi kesejahteraan umat Melayu Islam, segalanya dibiarkan kepada pihak PAS memikul tanggungjawab. Manipulasi PAS dalam membolehkan mereka menerima banyak wang derma atau sumbangan ikhlas dari Islam seluruh negara, khususnya dari kalangan penyokong-penyokong PAS. Iklan-iklan meng

Isu Kalimah Allah: Petunjuk Pemerintahan Syaitan Berkepala Tiga

Isu Kalimah Allah yang menggelegak di dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan sejuk. Sifat kiasu semulajadi DAP tidak memungkinkan parti tersebut berganjak walau seinci. Manakala, PAS pula terdesak ingin meyakinkan penyokong mereka bahawa mereka mampu mempertahan Islam. Sementara PKR mengambil pendirian serupa dengan DAP atas alasan ianya telah dipersetujui lebih awal di dalam pakatan mereka termasuk oleh PAS. Justeru, U-turn yang dibuat PAS berdasarkan keputusan Majlis Syura adalah tidak boleh dipakai atas alasan kesilapan PAS tidak merujuk kepada Majlis Syura terlebih dahulu sebelum bersetuju, tidak harus dibebankan kepada PR. Akhirnya, yang perlu menanggung akibat dari kesilapan PAS tersebut adalah Islam dan umat Islam. Namun, sebagai umat Islam, kita telah diajar agar melihat hikmah di sebalik sesuatu. Hikmahnya dari ‘tragedi’ ini ialah kita diperlihatkan dengan jelas gambaran corak pe

Kalimah Allah: Hinanya Majlis Syura PAS Di Mata PR

Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada 'merayu' menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu. Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR. Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible. "Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keput

Cina Kurang Hadir, Bukti Tolak Kepimpinan Melayu

Seminggu sudah berlalu sejak berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) yang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu minggu lepas, namun hingga kini khalayak umum masih tercari-cari jawapan kenapa kehadiran masyarakat Cina di HKR #KL112 merosot dengan agak ketara. Keadaan luar biasa itu jauh berbeza bila dibandingkan dengan penyertaan besar mereka semasa demonstrasi Bersih 3.0 pada April 2012 yang diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan di mana hampir separuh pesertanya adalah keturunan Cina. Mungkinkah benar majoriti masyarakat Cina kini sudah beralih arah setelah menyedari pakatan pembangkang, PR hanyalah satu kerjasama longgar yang berpaut pada dahan rapuh yang tidak menjamin perubahan yang lebih baik berbanding BN? Persoalan ini menarik perhatian ramai kerana senario selepas PRU 12 2008, menyaksikan majoriti

PR Kekal Benarkan Kalimah Allah Dalam ‘Bible’

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang walaupun Majlis Syura PAS pada 8 Januari 2013 memutuskan sebaliknya. Nampaknya, ‘bola’ kini di kaki Majlis Syura pula untuk bertindak balas. Itupun jika berani dan jika ada sedikit kekuatan untuk mempertahankan nama Allah dari dipijak-pijak oleh puak penganut Kristian dan Plural. Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain membawa kepada dua permasalahan besar iaitu kekeliruan di kalangan umat Islam sehingga membawa kepada murtad, dan juga syirik secara langsung iaitu ke atas nama Allah itu sendiri. Kedua-dua masalah ini bolehlah disifatkan sebagai satu bencana besar kepada umat Islam. Oleh itu, tidak keterlaluan rasanya untuk menyarankan supaya mana-mana umat Islam yang tidak merasa gusar atau terganggu dengan kedua-dua permasalahan ini, agar menyemak kembali imannya. Pendi