Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Kerajaan Tidak Perlu Iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (Gabungan Sekolah Menengah Cina) UEC

Masalah polarisasi kaum di Malaysia nampaknya semakin hari semakin meruncing. Masalah ini tampak jelas dalam PRU-13 yang lalu di mana hampir 90% kaum Cina menolak kerajaan Barisan Nasional. Biar apapun alasan kaum Cina, rakyat yang cukup matang sedia maklum bahawa penolakan tersebut adalah berpunca dari keyakinan bahawa DAP akan berjaya merealisasikan Ketuanan Cina dalam ertikata yang sebenarnya di negara ini. Hakikatnya, kaum Cina enggan diperintah oleh Barisan Nasional kerana ia diterajui oleh kaum Melayu. Justeru, kaum Cina enggan mengiktiraf kontrak sosial yang mengikat perpaduan kaum di negara ini. Sekali gus, tidak mahu mengiktiraf perlembagaan terutamanya Artikel 152/153 walaupun mereka tahu bahawa perkara inilah yang menghindarkan negara ini dari mengalami nasib seperti Reformasi Indonesia. Kaum Cina nampaknya lupa bahawa 13 Mei juga berpunca dari masalah yang sama dengan Reformasi Indonesia di mana penduduk asal tidak berpuas hati dengan kaum Cina yang rakus

Ahmad Yakob Dedah Salah Laku Nik Aziz

Ahmad Yakob yang dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat rupanya tidak mengambil masa yang lama untuk memperkukuhkan kedudukan khususnya di kalangan penyokong PAS di negeri ini. Satu demi satu pihak yang rapat dengan Nik Aziz dicantas atas nama menambah baik pentadbiran negeri di masa yang sama beliau cuba menunjukkan imejnya yang lebih lembut dan tolenrasi dengan Kerajaan Pusat berbanding MB sebelumnya. Mat Yakob juga cuba menonjolkan keterbukaan pentadbirannya dengan mempromosikan sistem tender terbuka melibatkan penerokaan mineral seperti emas, besi dan sebagainya. Katanya, melalui sistem itu ia akan meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan Negeri. Kenyataannya itu betul kerana Kelantan mempunyai banyak sumber mineral dan keluasan tanahnya juga sayup mata memandang, jika bijak diuruskan tentu banyak manfaat untuk rakyat jelata. Seimbas lalu tiada yang pelik dengan kenyataan Mat Yakob, apatah lagi selama ini pun Nik Aziz sentiasa be

Sifat Kemanusiaan MAS Perlu Dipuji Ucapan Terima Kasih Kepada Pihak MAS

Mimpi ngeri yang menimpa seorang wanita dan bayinya yang baru berusia 14 bulan selepas dihalang menaiki pernerbangan pulang Air Asia dari Ho Chi Minh, Vietnam ke Malaysia sudah pun berakhir sebaik mereka selamat sampai di di KLIA tepat jam 7.45 19 Mei 2013. Mereka tidak dibenarkan menyertai pernerbangan Air Asia atas alasan bayi 14 bulan itu dikatakan masih belum sihat dari demam campak sedang hakikatnya sudah sembuh dan tidak membahayakan penumpang lain. Kedua-dua beranak itu kemudiannya di bawa pulang ke Malaysia dengan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bersama dua saudara yang lain. Jika tidak terpaksalah mereka terkontang kanting di Vietnam untuk selama lima hari lagi. Turut sama menjayakan misi penerbangan ehsan itu termasuklah Tourism Malaysia, Kedutaan Malaysia di Vietnam, Hong Leong Bank serta kakitangan MAS. Inisiatif kesemua pihak di atas wajar diberi pujian kerana masih mengutamakan sifat kemanusiaan yang cukup tinggi. Tahniah diucapkan

Sejak Menjadi Ahli DAP, Hata Wahari semakin kurang ajar dan BIADAP

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hatta Wahari sejak menyertai parti ‘ultra kiasu’ DAP dilihat semakin berjaya meresapi ideologi dan mentaliti pembangkang yang gemar berpolitik di jalanan. Namun amat malang baginya apabila demonstrasi yang dianjurkan itu GAGAL mendapat sambutan seperti yang diharapkan apabila hanya dihadiri oleh ahli DAP itu sahaja. Dia yang pada mulanya berhasrat untuk meluahkan bantahan ke atas gaya dan kandungan penerbitan akhbar arus perdana Utusan Malaysia, muncul untuk beberapa minit sahaja di hadapan premis syarikat itu. Namun, insiden tersebut mengundang reaksi negatif mereka yang berada di tempat kejadian apabila, Hatta selaku PENGANJUR dan KETUA DEMO tidak dapat menahan rasa malu telah menunjukkan isyarat lucah kepada kakitangan Utusan yang ‘menyambut’ kehadirannya. Menurut rekod, Hata adalah merupakan bekas kakitangan Utusan yang dipecat kerana di dapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang cenderu

Karpal Sahkan DAP Tidak Telus Kita Menyeru DAP Agar Berubahlah Dengan Berkata Benar. Ada Berani?

Pembangkang berkata bahawa PRU-13 lalu adalah tentang perubahan, maka suka penulis menyatakan bahawa mereka berkata benar. Sedar atau tidak, kita semua sedang meniti perubahan itu. Perubahan yang dimaksudkan bukanlah dari segi landskap atau struktur pentadbiran negara tetapi dari segi minda masyarakat. PRU-13 membuka mata semua pihak dan membantu kita mengenali sesama kita dengan sebenar-benarnya. PAS kini tahu siapa DAP, DAP kini tahu siapa PKR dan begitu juga sebaliknya. Kerajaan juga kini sedar siapa kaum Cina tak kira DAP, MCA atau Gerakan. Dan Cina juga kini tahu siapa Melayu PAS, Melayu UMNO dan Melayu PKR. Cuma yang mungkin masih tidak tahu apa-apa adalah Cina DAP produk SJKC yang ke hulu ke hilir berkabung dengan baju hita

MANSUH DEWAN NEGARA AGENDA DAP HAPUS KUASA MELAYU

Agenda jahat parti rasis dan perkauman Cina, Dap semakin terserlah apabila pengerusi kebangsaannya Karpal Singh mencadangkan pemansuhan peruntukan bagi kewujudan Dewan Negara di dalam Perlembagaan Malaysia. Alasan yang diberikan iaitu Dewan Negara tidak diperlukan dan hanya membazir wang rakyat adalah dangkal, tidak masuk akal dan tidak bertapak kepada asas-asas ilmu perlembagaan. Alasan yang kedua yang diberi ialah dakwaan Dewan Negara disalahgunakan oleh Barisan Nasional untuk melantik calon-calon yang kalah di dalam pilihan raya umum sebagai Senator sebagai landasan untuk dilantik ke dalam Kabinet. Tindakan tersebut katanya dianggap sebagai pintu belakang untuk melantik calon-calon tertentu sebagai menteri. Apa yang tidak disebut Karpal ialah penjelasan kewujudan serta fungsi sebenar Dewan Negara sebagaimana yang kekal termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Inilah taktik pembangkang yang sentiasa mengungkit-ungkit isu-isu sensitif yang berhubung kait dengan Perlembagaan deng

'Tsunami Cina' satu malapetaka untuk masyarakat Cina - Zahid Mat Arip

Insiden "Tsunami Cina" yang menjadi topik hangat selepas keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) pada 5 Mei lalu hanya akan menjadi malapetaka buat masyarakat Cina kata Mursyidul Am TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim). Zahid Mat Arip berkata, disebabkan masyarakat Cina membenarkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ‘meliwat’ pemikiran mereka, komuniti itu akan berdepan dengan masalah besar kerana telah menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan memilih untuk bersama pakatan pembangkang (PR). Anwar jelasnya telah mengambil kesempatan terhadap pengundi Cina dan mempergunakan pemikiran mereka untuk menghasut dan membenci kerajaan yang selama ini berkhidmat untuk mereka. Tambahnya lagi, peranan yang dimainkan penasihat DAP Lim Kit Siang, dan kepimpinan pembangkang juga menyebabkan pengundi Cina "terpengaruh" dan

Lantikan Low, Bukti Kesungguhan PM Banteras Rasuah

Barisan kabinet telah diumumkan Rabu lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Namun, ianya masih tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Ramai yang mempersoalkan setiap pelantikan yang diberikan kepada mereka yang telah diberi mandat oleh PM dengan pelbagai alasan dan isu yang dikaitkan. Tidak terlepas dari palitan yang sama, Datuk Paul Low Seng Kuan yang telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri memegang portfolio rasuah. Mereka di luar sana mempertikaikan kredibiliti Paul untuk memegang tanggungjawab itu dalam konteks memperjuangkan rasuah. Sedangkan mengikut rational, perlantikan Paul menunjukkan kesungguhan kerajaan di bawah PM Najib memerangi rasuah di mana ianya dilihat dapat meningkatkan integriti dan tadbir urus yang baik. Masih belum ada negara di dalam dunia mengambil NGO terutama dari Transparency International (TI) sebagai Ahli kabinet. Penganalisis sosial dan politik Dr Chandra Muzaffar berkata, pelantika

Biarkan Anwar Pengikut Bodoh Dipergunakan oleh Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng

PAS, DAP dan PKR tahu mereka memperalatkan sesama mereka untuk mencapai objektif perjuangan dan kelangsungan parti mereka, ... dan parti yang mengaut keuntungan paling maksima adalah DAP.  Yang menang telah pun mengangkat sumpah dan mula bekerja. Ada yang sekadar menerima ucapan tahniah dan ada yang membuat kenduri kesyukuran termasuk di kalangan Pakatan Rakyat. Kabinet pun telah disusun dan ucapan-ucapan tahniah kepada Barisan Nasional dari kerajaan asing telah pun diterima. Semuanya menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama dengan kerajaan Malaysia. Cerita pengundi hantu, cerita dakwat kekal tak kekal. Dah basi dah. Dah 15 hari dah kita pilih kerajaan. Dah 15 hari dah orang melayu terbanyak memutuskan Umno terus pegang tampuk kerajaan. Orang melayu yang pro Umno relax saja, tak over excited dengan kemenangan Umno. Nampak 90 % orang melayu Pas pun relax juga, sebagai tanda setuju dengan keputusan PRU13. Yang tak boleh tidur malam adalah puak2 DAP. Memang DAP mengharapkan sanga

PAS Perlu Keluar Dari Pakatan Pembangkang-kerjasama dengan PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu

“Sekiranya Pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, Pas keluar PR! Itulah antara kata-kata yang dituturka oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang menegaskan, parti itu akan keluar dari pakatan pembangkang sekiranya kerjasama dengan PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu. Penegasan tersebut dibuat pada Februari lalu, di hadapan hampir 10,000 penyokong PAS yang hadir dalam Program Pas Ganti Umno Ke-7 (PGU 7.0) di Banggol Peradong, Kuala Nerus. Jika dilihat kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang baru sahaja melabuhkan tirainya ini, PAS sewajarnya mengotakan janjinya sebelum ini dengan keluar dari pakatan pembangkang kerana ia jelas telah merugikan Melayu dan Islam di dalam parti itu. Kerjasama politik atau diistilahkan PAS sebagai tahalluf siyasi yang dibuat dengan PKR dan DAP jelas gagal memperkasakan Melayu dan Islam itu sendiri. Pada 2 Mei lalu, beberapa hari sebelum PRU13, kepimpinan pusat PAS sudah meminta akar umbi yang mahu parti Isl

Kabinet Baru Perlu Tegas dan Lebih 'Jantan’ Kepada Anwar Ibrahim... BERSARALAH...

Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri perlu melaksanakan transformasi dengan lebih agresif dan radikal sekiranya mahu terus memegang tampuk pemerintahan negara selepas PRU-14. Walaupun PRU13 sudah berlalu, dan BN telah berjaya memenangi sebanyak 133 kerusi parlimen, namun pola dan ‘mood’ luar jangka pengundi menunjukkan terdapat tanda-tanda yang ia akan menjadikan pilihanraya yang akan datang semakin mencabar dan mendebar. Kabinet baru yang dilantik perlu memikirkan bagaimana untuk mengikis persepsi negatif yang dilemparkan terhadap kerajaan. Bukan sahaja soal pembangunan tetapi pengisian yang perlu dibuat di dalam pembangunan yang akan dilaksanakan itu perlu ditekankan. Revolusi politik perkauman, keganasan, kebencian dan campurtangan asing perlu ditangani segera sebelum negara terjerebak di dalam kancah pergolakan. Pembangkang sebaik sahaja keputusan PRU13 diumumkan, mereka terus melaksanakan gerakkerja untuk menumbangkan kerajaan. Siri-siri himpunan yang mendapat so

Cina Perlu Pilih Antara ‘Malaysia 1st’ atau ‘Chinese 1st’

http://www.youtube.com/watch?v=v77o49G4cp4 Kaum Cina Malaysia sebelum ini begitu ‘galak’ menghentam sesiapa sahaja yang mempertahan hak Melayu atau yang mempersoal kesetiaan mereka kepada negara. Tidak perlu pun menghina kaum Cina, tetapi sekadar memetik sejarah dengan mengingatkan mereka bahawa mereka adalah kaum pendatang juga, pasti akan menerima padahnya. Mereka tidak akan berhenti menyalak selagi yang terlibat tidak diambil tindakan. Namun, bila pihak mereka menghina negara ini, orang Melayu, agama Islam dan kerajaan serta pihak berkuasa sehingga ke tahap memuatnaik penghinaan tersebut ke internet, ia tetap wajib dimaafkan. Jika tidak mereka akan menyalak juga bahawa kerajaan kejam. Untuk menutup sikap berat sebelah serta pengkhianatan dan kebiadapan mereka, mereka tidak henti-henti memomokkan bahawa UMNO itu rasis atau Perkasa itu pelampau Melayu. Tuduhan ini dimainkan tanpa henti sehingga ia melekat kuat di hati da

Nik Nazmi KORBAN Terbaru Anwar 'Himpunan 505'

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim ke hulu-ke hilir menganjurkan bantahan melalui 'Himpunan 505' yang kononnya menolak keputusan Pilihan Raya Umum 13 yang jelas tidak memihak mereka, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula didakwa kerana dituduh gagal untuk memberikan notis 10 hari behubung perhimpunan selepas pilihan raya di stadium Kelana Jaya, Rabu lepas. Anwar sebaliknya lepas tangan apabila anak buahnya didakwa di mahkamah yang mana sekiranya Nik Nazmi dijatuh hukuman bersalah, beliau akan kehilangan kerusi DUN Seri Setia selain denda RM10,000. Nik Nazmi bagaimanapun tidak mengaku bersalah apabila pendakwaan di bawah di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Seksyen 9 (1) PAA 2012, dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Apa jadi kepada Anwar? Sedangkan himpunan di seluruh negara adalah ideanya sendiri kerana majoriti pemimpin dalam Pakatan Rakyat menolak cara sedemikian untuk meluahkan bantahan. Dan mangsanya adalah 'aga

DAP Tak Mainkan Politik Perkauman???? Sungguh mengarut!!!!

Sungguh mengarut!!!! Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC), Zairil Khir Johari semalam ketika Wacana Sinar Harian mengatakan parti DAP tidak pernah memainkan atau mengamalkan politik perkauman. Inilah antara kenyataan yang paling kelakar kerana umum mengetahui parti dokongan beliau itu merupakan gerakan politik ‘ultra kiasu’. Yang paling menarik, Zairil tidak dapat menafikan mengenai dominasi kaum Cina di dalam DAP. “Ya, memang kebanyakan ahli DAP dari masyarakat Cina. Itu memang tidak dinafikan” katanya. Ternyata Zairil cuba memperbodohkan rakyat dengan satu kenyataan dangkal masyarakat tahu DAP adalah merupakan sebab utama kepada Tsunami Cina dan pakatan pembangkang (PR). Malah mereka juga yang antara pengerak kepada idea untuk mengharamkan Utusan Malaysia atas alasan laporan yang dikeluarkan berbaur perkauman. Malah DAP juga sebelum ini adalah merupakan dalang dengan mengapi-apikan sentimen perkauman sehingga menyebabkan penyokong Cina, terpedaya untuk percaya jika PR

ANWAR BAKAL HADAPI TALI GANTUNG ISU LAHAD DATU?

Pilihan Raya Umum ke 13 sudah pun tamat lebih seminggu, poster-poster pun sudah mula tidak kelihatan di jalan-jalan raya dan tempat awam namun tinggal seorang lagi individu yang masih terus berkempen iaitu Anwar Ibrahim. Sementara kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan di bawah pemnbangkang sudah mula menjalankan tugas untuk tempoh lima tahun akan datang, lain pula irama politik yang didendangkan oleh Anwar seolah-seolah baginya PRU13 masih belum selesai. Tidak mahu menerima realiti bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 telah memihak kepada Barisan Nasional, Anwar terus mengadakan jelajah politik atau 'roadshow' yang melemparkan pelbagai fitnah dan dakwaan terhadap keputusan PRU13. Sasarannya ialah Suruhanjaya Pilihan Raya yang didakwanya menipu di 27 kawasan parlimen yang sepatutnya dimenangi pembangkang. SPR mengumumkan keputusan pilihan raya yang baru sele

Anak Cina Peserta Himpunan 505 Calon Kamikaze Untuk Anwar

Himpunan membantah PRU-13 yang diberi nama ‘Himpunan 505’ terus berjalan walaupun calon-calon yang menang telah pun mula masuk ke pejabat untuk bekerja. Himpunan yang disertai oleh majoriti Cina ini turut mengadakan ‘Silent Walk’ atau berjalan senyap dengan berbaju hitam konon berkabung atas kematian demokrasi di Malaysia. Jelas sekali anak-anak muda Cina ini bukanlah dari golongan yang bijak. Mereka tidak tahu apa itu demokrasi, mereka tidak tahu apa itu ideologi, mereka tidak tahu sistem pilihanraya, undang-undang, perlembagaan dan apa-apa jua.Kejahilan mereka ini membuatkan kita tertanya-tanya mengenai apakah yang diajar sekolah-sekolah vernakular Cina selain sikap perkauman? Jika inilah produk sekolah vernakular, apakah layak kaum Cina mempersoalkan kualiti sekolah kebangsaan? Kaum Cina sentiasa menganggap mereka lebih bijak dari Melayu tetapi sebenarnya anggapan itu salah. Melayu cukup bijak malah jauh lebih bijak dari kaum Cina sekiranya mereka memilih untuk

UMNO Pasca PRU-13: Apa Seterusnya? UMNO perlu mulakan dengan ‘bertindak’ bukan ‘memberi amaran’.

Pilihanraya yang digelar sebagai ‘ibu segala pilihanraya’ telah pun berlalu. Apa yang dijangka, iaitu kekecohan di waktu pengundian telah pun berlaku. Seterusnya, percubaan melakukan huru-hara membantah keputusan PRU juga sedang berjalan sepertimana yang dijangka juga, seiring dengan upacara angkat sumpah menerima kemenangan masing-masing. Oleh itu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa inilah senario pilihanraya paling kelakar di dunia. Bayangkan saja, yang membantah keputusan demokrasi ini adalah mereka yang mendabik dada sebagai pejuang demokrasi tulen. Yang menuduh SPR tidak telus itu adalah parti yang sedang disiasat kerana menipu dan memanipulasi pemilihan ahli jawatankuasa pusat mereka sendiri. Yang mempersoal dakwat kekal itu adalah

Cina Mahu Kuasa Politik, PAS Mahu Apa? Mungkinkah ini juga yang semua orang-orang PAS mahu?

Kaum Cina di Malaysia tentulah kaum yang paling ‘sensitif’ sekali. Kerana itu, apabila Utusan Malaysia hanya bertanya, ‘Apa lagi yang Cina mahu?’, maka dengan pantas akhbar tersebut dituduh rasis. Sama juga jika ada sesiapa yang mengingatkan mereka tentang tanah asal mereka, maka dengan pantas juga orang itu akan dicop rasis. Sudah menjadi tabiat kaum Cina negara ini untuk membuat bising, menjerit-jerit memberi tekanan kepada kerajaan, menghentam pihak yang terlibat sambil meroyan sekiranya ‘sensitiviti’ mereka disentuh. Jika seseorang itu tidak pernah datang ke Malaysia, mungkin mereka akan menggambarkan orang Melayu seperti ‘Aryan Brotherhood’ atau ‘Ku Klux Klan’ di Amerika yang berpegang kepada ketuanan kulit putih serta bertindak kejam ke atas kulit hitam, jika dilihat dari meroyan kaum Cina itu. Walhal, hakikatnya asal-usul dan sejarah Melayu tidak pernah menyaksikan kaum ini berlaku kejam melainkan ‘amok’ iaitu satu tindakan yang terasing oleh individu. Tetapi s

SPR Perlu Siasat Orang China Jadi Pengundi Hantu

Sedang gerombolan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk memperkatakan konon wujudnya rakyat Bangladesh yang diimport sebagai pengundi hantu, diam tak diam ramai rakyat negara ini turut tertanya-tanya perihal kemungkinan kewujudan pengundi hantu dari negara China. Asas persoalan ini cukup mudah kerana ramai pengundi keturunan Cina yang keluar awal pagi di pusat-pusat pengundian pada PRU-13 baru-baru ini bukan sahaja tak dikenali penduduk tempatan malah kebanyakannya bila disoal selidik agal bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu. Malah ada banyak kes menunjukkan ramai yang langsung tak boleh bertutur Bahasa Kebangsaan, seolah-olah satu frasa kata pun tak ada dalam kepala mereka. Bukankah senario ini cukup pelik bagi rakyat Malaysia? Biasanya jarang benar rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang tidak fasih bertutur Bahasa Kebangsaan meskipun ada antaranya sejak kecil belajar di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, namun masing-masing tetap boleh berbicara dalam Bahasa Melayu wal

Anwar Hilang Sokongan Melayu 80% kaum Cina. Hanya 10% sahaja Melayu manakala selebihnya adalah lain-lain bangsa.

Himpunan Bantah PRU-13 yang diadakan di Stadium Kelana Jaya semalam telah mengumpulkan seramai 40,000 penyokong PR. Selalunya, himpunan sebegini adalah ‘kerja’ orang-orang PAS sementara DAP duduk menontonnya di komputer riba masing-masing. Tetapi kali ini tidak nampak pula Unit Amal ataupun muslimah-muslimah dengan anak-anak kecil dan orang-orang tua turut ‘berjihad’ walaupun perhimpunan ini melibatkan PR secara keseluruhan bukan hanya PKR dan DAP. Yang hadir di perhimpunan anjuran PR kali ini adalah terdiri dari 80% kaum Cina. Hanya 10% sahaja Melayu manakala selebihnya adalah lain-lain bangsa. Dalam perhimpunan itu Anwar bercakap mengenai ‘penipuan dalam PRU-13’ dan undi popular yang kononnya memihak kepada PR. Sedangkan PRU di Malaysia adalah berdasarkan jumlah kerusi. Tetapi jika populariti yang diambil-kira pun, Anwar harus sedar bahawa beliau sudah tidak lagi popular walaupun di kawas

ANWAR MAHU CETUS REVOLUSI GAGAL JADI PM

Setelah amat kecewa tidak dapat menjadi Perdana Menteri ke tujuh Malaysia, Anwar Ibrahim kini merancang untuk mencetuskan keganasan dan huru hara dengan menghasut penyokong-penyokong pembangkang. Perasaan marah Anwar nampaknya sukar dibendung melihat kepada air muka dan raut wajah beliau mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin-pemimpin pembangkang lain sehari selepas kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu. Seperti diduga Anwar mendakwa BN telah merampas kemenangan yang kononnya sepatutnya dimiliki pembangkang. Beliau mendakwa kononnya terdapat unsur-unsur penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memenangkan BN. Seperti biasa juga SPP menjadi sasaran pembangkang yang seringkali dituduh menjadi talibarut dan perkakas UMNO. Hakikatnya jika proses pengundian dikatakan begitu teruk dimanipulasi oleh SPR tidak m